Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Showing posts with label Makmal Masakan. Show all posts
Showing posts with label Makmal Masakan. Show all posts

Friday, 13 January 2017

Kek Pisang Mudah lagi Sedap.



Korang tahu tak nak buat kek pisang ni amat mudah. Dah lah mudah, rasa dia sedap ya ampun. Ulang-ulang makan satu beranak, siap bawak bekal ke sekolah lagi. Berbunga hati mak tengok anak-anak dan suami makan tahu. Dalam resepi gunakan pisang emas, namun kan kaksya guna pisang 40 hari tu. Alah pisang kecik-kecik, kebetulan ibuayah bekalkan dari kampung. Kita guna je apa yang ada, janji pisang masak ranum okay.


Resepi :

4 biji       telor
8 biji       pisang (7biji dilecek, 1 biji dihiris nipis)
1 cawan  gula castor
2 cawan  tepung gandum
3/4 cwn  butter cair/ corn oil
1 st        baking powder
1 st        soda bicarbonate
1 st        esen pisang/ vanila 
sedikit garam

Cara :

  1. Ayak tepung, baking powder.
  2. Lecek pisang sampai lumat. 1 biji dihiris nipis untuk hiasan atas kek.
  3. Campurkan garam & soda kedalam pisang yang dilecek tadi.
  4. Dalam bekas lain, pukul telor & gula sampai kembang.
  5. Masukkan esen pisang/ vanila & butter cair. Sebatikan guna senduk saja.
  6. Masukkan tepung. Sebatikan.
  7. Masukkan adunan pisang. Kaup balik.
  8. Tuang adunan dalam loyang petak bersaiz 9 inch, pastikan loyang sudah digris terlebih dahulu.
  9. Susun hirisan pisang pada permukaan adunan.
  10. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit/ sehingga masak.

Mudah kan? Selamat mencuba =)







Thursday, 15 December 2016

Kek Sponge Serupa Kek Hotel

Pasti ramai yang suka makan kek di hotel kan. Kebanyakkan kek menggunakan kek sponge tapi nikmatnya Ya Allah sedap sungguh. Lain sangat tekstur dan rasa dari yang biasa kita makan kat luar. Sungguh! Dalam kepala kaksya ni selalu tertanya-tanya apa lah bahan yang chef-chef pakai agaknya kan. Tentulah tak tertanya kat chef tu weh. kahkah!

Satu hari Allah takdirkan kaksya join kelas kek dengan Chef Benz. Belajar kek mirror glaze uols, dah tahu dah teknik kilat-kilatkan kek tu. Tapi tapi kan, kaksya belom sempat buat homework lagi. hihi

Ok masa dalam kelas, chef Benz pun membuka rahsianya. Kata beliau, kalau nak kek sponge yang biasa-biasa, cecair tu gunakan air. Jika nak lain sikit rasa dia,gantikan air dengan corn oil, ni lebih kurang upgrade sket rasa kek sponge tu. Dannnn jika nak rasa yang lebih lembut, milky, gebu gebas macam kat hotel, gantikan cecair dengan Dairy whipping cream. Yeay!! Dah tak rahsia lagi. so bolehlah uolz cuba nanti. 

Dairy Whipping Cream
Thanks Chef Benz for the tips!







Wednesday, 14 December 2016

Leopard print & Playboy cake

Choc moist cake with choc freshcream. Leopard print kaksya guna offset spatula je untuk calit-calit kan cream dia. Gambar bunny pula kaksya buat guna teknik buttercream transfer. Additional charges applied for cartoon artwork. Plus, kaksya buat cartoon artwork yang simple-simple je tau. Tangan keras wehh!! ahahahaha

Qaleesya's Desserts | 017-3141377 WA only | 
Self Collect : Telok Mas






Friday, 27 May 2016

Mudahnya Congo Bars

Walaupun dah tak trending lagi, kaksya tetap suka makan Congo Bar tambah lagi mudah sangat nak sediakan. Buat kudapan minum petang, lawankan dengan teh O limau panas. Wallahh nikmat sungguh. Pelik sket nama dia Congo, taktahulah mungkin origin dari  congo kot. Wallahuaklam.. Meh layan resepi.

Bahan:

315g   tepung gandum
21/2st baking powder
1/2 st  garam
150g   mentega
250g   gula perang
3biji    telor A
1st      esen vanila
150g   choc chips
70g     choc bar (potong petak dan nipis)
100g   almond flakes


Cara:
  1. Alas loyang 10 x 10inch dengan baking paper. Lebihkan baking paper pada setiap bahagian supaya mudah keluarkan congo bar.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam.
  3. Masukkan choc chips, choc bar dan almond flakes. Gaul rata dan letak tepi.
  4. Dalam bekas lain, satukan mentega dan gula perang. Gaul guna spatula.
  5. Masukkan telor satu persatu. Kacau sebati.
  6. Masukkan esen vanila.
  7. Masukkan tepung yang dah digaul dengan choc chips tadi. Sebatikan.
  8. Tuang dan ratakan dalam loyang.
  9. Bakar selama 35-40minit suhu 150C (ikut suhu oven masing2)

Kalau tak habis, simpan dalam bekas kedap udara okay. Selamat menjamu selera.

Friday, 20 May 2016

Book review : Buttercream one-tier wonders



Bismillah..
Hari ini kak sya nak bayar hutang book review. Maaf lambat ye semua, 2minggu yang super sibuk. Okay buku Buttercream One-tier wonders by Valeri & Christina merupakan buku ke-3 dari mereka. 
Ada 10 bahagian tema dekorasi kek antaranya Classic, Scenic, Shabby Chic, Metallic. Ada 30 kek idea, setiap bahagian diberikan 3 biji kek contoh berserta step by step. Ralit dok belek-belek gambar sebab cantik sangat, cara dan penerangan mudah difahami. Ada disertakan tips lagi uolss. Yeay!! Bonus diajar teknik buat bunga rose, hibiscus, ruffle flowers dan cara guna wafer paper.
Pencinta kek buttercream seperti kak sya harus dapatkan buku ni. Tambah skills dan idea mendeko supaya kek kita lain dari lain. Superb Awesome!


Thursday, 19 May 2016

Non Dairy vs Dairy Whipping Cream

Keliru dengan dua beradik lain susur galur ni? Kak sya terangkan serba ringkas kegunaannya ya. Check it out.
Non-Dairy Whipping Cream
Non-Dairy Whipping Cream aka Fresh Cream biasanya digunakan untuk menghias kek. Lebih stabil sebab dirumus dari minyak sayuran & kelapa sawit. Perlu disimpan dalam peti sejuk beku, jangka hayat lama. Cara guna : Nyahbeku, kemudian tuang dalam mixer, pukul dengan kelajuan maksimum sehingga cream kental dan bertanduk. Tak perlu tambah gula.
Favourite brand : Rich's Gold Label, Vivo, Value Pride.
Dairy Whipping Cream

Dairy Whipping Cream aka Double Cream/ Thick Cream biasanya digunakan dalam masakan, untuk buat ganache dan inti creampuff. Ia adalah hasil tenusu, jangka hayat pendek serta kurang stabil jika digunakan sebagai hiasan kek. 
Favourite brand : Anchor






Friday, 29 April 2016

Mudahnya Muffin Choc Chips

Dah lama rupanya tuan tanah tak berkongsi resepi di sini. Maaf hakak tak perasan, leka asyik share tips aje kan. Baik kalini rasa nak share resepi muffin choc chips. Kalau buat muffin ni kan, hakak suka buat membumbung, nampak montokss gitew! hehe
.
Choc Chips Muffin
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan    serbuk koko
1 cawan       gula perang
1 sudu kecil  baking powder
1 sudu kecil  soda bicarbonate
1/2 s,kecil    garam
1 cawan       susu segar
1 biji            telor
1/3 cawan    minyak sayur
1 s.kecil       esen vanila
choc chips secukupnya

Cara:
1. Campurkan bahan kering iaitu tepung, gula, serbuk koko,
soda, baking powder, garam dan ayak.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan basah iaitu susu, telor, esen
vanila, minyak. Kacau rata guna senduk kayu.
3. Masukkan campuran bahan kering kedalam bahan basah.
Aduk sekejap saja sekadar bercampur.
4. Masukkan choc chips.
5. Sudukan kedalam muffin cup. Bakar selama 20min.


Thursday, 28 April 2016

Apa beza Muffin dan Cup Cake?

Cup cake
Lepas ni jangan keliru lagi ya. Walau nampak seakan serupa tapi sangat berbeza dari segi tesktur, rasa dan cara membuatnya. Orang barat menyediakan muffin sebagai sarapan pagi mereka. Manakala cup cake disediakan untuk majlis keraian seperti majlis kahwin/ birthday etc.

Cup cake ialah adunan kek yang dimasak dalam cawan kertas. Teksturnya lembut dan moist serta dihias dengan cantik samada menggunakan buttercream, freshcream atau fondant.
Muffin
Manakala Muffin pula tergolong dalam kumpulan roti. Ia menggunakan tepung yang banyak dan telur yang sedikit. Tekstur muffin ada jenis yang lembut dan ada jenis yang padat serta kasar. Penyediaan muffin adalah sangat mudah tanpa perlu menggunakan mixer. Cuma jangan overmix, ia akan jadi keras.

Ada yang nak resepi Choc Chips Muffin? Tunggu entri hakak yang seterusnya okayy..


smile emotic

Thursday, 14 April 2016

Buttercream One-Tier Wonders. Dah Order ke?


Korang yang seangkatan dengan kakak, ye lah korang yang baking tuh, korang dah dapatkan buku terbaru Valeri & Christina Ong? Buku ketiga dari otai Buttercream. 

Antara isi kandungan ialah teknik piping, teknik buat bunga, cara stacking kek, cara guna wafer paper dan banyak lagi. Kakak suka buku-buku mereka sebab banyak kupas teknik untuk penggemar buttercream deko. Especially untuk beginner. Yay!!

Kakak baru buat pre-order, InshaAllah dapat end of April. Nanti kakak buat book review okay korang. Mudah2an korang tak terlepas peluang memiliki buku ni. Elmu tu mahal tau!

ps : harga anggaran dalam RM120, jadi boleh dah start kumpul duhet.hihu

Thursday, 31 March 2016

Friday, 25 March 2016

Tutorial Minion Cake


Nampak mudah kan..Jom belajar sama-sama..

#imagecredittogoogle

Monday, 21 March 2016

Tutorial Basketweave



Friday, 18 March 2016

Moistnya Red Velvet !!

Ada banyak resepi Red Velvet dalam gudang resepi saya. Yang paling saya suka ialah resepi ini. Juga saya gunakan untuk berniaga. Yes, yang korang dok ulang-ulang order tulah..hihi
.
Saya wakafkan ilmu disini. Moga bermanfaat untuk semua. Silakan share supaya ladang pahala kita membiak bersama..
.

Moistnya Red Velvet !!
.
Bahan A :
.
300g tepung gandum
2sb serbuk koko
2st baking powder
1st soda bicarbonate
secubit garam
.
Bahan B :
.
125g butter
280g gula castor
.
Bahan C :
.
2biji telor B
.
Bahan D :
.
1st esen vanila
1st cuka
1st pewarna merah (atau tambah ikut selera mata korang)
.
Bahan E (buttermilk) :
.
240ml susu segar
1sb cuka
.
.
Cara ;
1. Pukul B sehingga bercream.
2. Masukkan C. Sebatikan (bahagian ini dan kebawah sila
gunakan senduk saja).
3. Masukkan D, sebatikan.
4. Masuk tepung berselang dengan buttermilk dan diakhiri
tepung, sebatikan.
5. Masukkan dalam loyang 8/9 inch.
6. Bakar pada suhu 150C (ikut suhu oven memasing) selama
50minit atau sehingga masak.

.
Topping Creamcheese Sedap !!
.
250g creamcheese (anchor/philadelphia)
60g icing sugar
400g whip cream (non-dairy)

- pukul creamcheese dan gula sehingga lembut.
- masukkan whip cream dan pukul sehingga kental.

#qaleesyadessert #credittokakannaqawinatoo

Friday, 4 March 2016

Mudahnya Buat Pavlova!


Oleh sebab haritu dah share tips supaya meringue confirm jadi, jadi harini saya nak share resepi mudah buat pavlova. Simple sesangat lah! Sediakan bahan okay..

4 biji putih telur
3/4cawan gula castor
1 s.b tepung jagung
1 s.t cuka
1 s.t esen vanila.
.

  1. Putar putih telur sampai berbuih (slow speed).
  2. Masukkan gula sket2. (3kali masuk).
  3. Kemudian gunakan high speed, pukul sampai jadi meringue.
  4. Masukkan esen vanila dan teruskan pukul.
  5. Macamana nak tahu dah jadi meringue ke blom? Korang cuba terbalikkan mangkuk tu adunan tak akan jatuh pun, maka teruskan langkah berikut.
  6. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul dengan senduk, kaup balik saja ye.
  7. Letakkan adunan atas baking paper dan bentukkan bulat, pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
  8. Masak pada suhu 110C selama 1jam 30 minit.
  9. Kemudian tutup api oven, biarkan meringue 1jam didalam oven.

.
nampak tak dinding pavlova tu.
elok bulat tak ada crack.

Topping:

3/4 cawan non-dairy whip cream.
Buah2an masam.
Pukul whip cream sehingga kental, paipkan atas meringue dantaburkan buah2an tadi. Siap!

Friday, 26 February 2016

Converse Shoe Cake Tutorial.



CONVERSE SHOE CAKELike - DIY - A bit of EverythingCredit: @how to cook that
Posted by DIY - A bit of Everything on Saturday, January 9, 2016

Friday, 12 February 2016

Sedapnya Choc Moist Cake!


Ini resepi chocolate moist cake yang saya buat meniaga ya. Dari dulu sampai sekarang tetap setia dengan resepi yang satu ni. Penggunaan air panas dan susu pekat menjadikan kek lembut dan moist sesangat. Korang mesti cuba tau. 

Utk loyang size 8inch.

1cwn     tepung gandum
1/2cwn  serbuk koko
1/2st     baking powder
1/2st     soda bicarbonate
2biji      telor
1cwn     gula castor
1/2cwn  susu pekat
1/2cwn  minyak sayur
1/2cwn + 1/4cwn  air panas

Cara-cara:

  1. Ayak tepung, soda bicarbonate, baking powder dan serbuk koko. Biarkan tepi.
  2. Pukul gula cator dan telur sampai kembang.
  3. Masukkan susu pekat dan minyak. Kacau guna whisk saja.
  4. Masukkan tepung. Kacau rata.
  5. Masukkan air panas dan kacau rata.
  6. Bakar pada suhu 150C selama 50minit.

Selamat mencuba..

Friday, 5 February 2016

Sedapnya Red Velvet Truffle Brownies!


Akhir-akhir ni selalu sangat cik manis ni lalu lalang dalam wall fb saya. Maka terjebak lah membuatnya juga. Resepi diambil dari pelbagai sumber dan digabungkan dengan resepi sendiri. Mari kita tengok bahannya.

Utk red velvet Brownies (loyang 8inch)

2biji      Telor A
1/2cwn  Butter
1cawan  Gula castor
2st        Esen vanila
1/4cwn  Cocoa powder
1/8st     Garam (optional)
3/4st     Cuka makan
3/4cwn  Tepung gandum
Pewarna merah secukupnya

  1. Panaskan oven pada suhu 150C (ikut suhu oven memasing)
  2. Alaskan loyang 8x8 inch dengan baking paper dan lebihkan baking paper dibahagian tepi supaya mudah nak keluarkan brownies.
  3. Pukul telur sampai berbuih.
  4. Dalam mangkuk lain, cairkan butter.
  5. Kemudian, masukkan gula castor, esen vanila, cocoa powder, garam, cuka dan pewarna. Kacau rata.
  6. Masukkan telur.
  7. Masukkan tepung gandum. Kaup balik saja jangan overmix.
  8. Tuang brownies dalam loyang. Bakar selama 30min/ sehingga masak.

Lapisan Ganache

200g     Dark choc + Milk choc
150ml   Whip cream/ heavy cream

  1. Double boilkan cream, kemudian masukkan coklat. Kacau rata.
  2. Tunggu coklat suam dan sedikit likat sebelum digunakan.
  3. Sementara tunggu coklat likat, boleh siapkan lapisan cookies.

Lapisan cookies

20kpg  Biskut cream-o/oreo dikisar 
2sb      Butter dicairkan

- gaulkan sebati.

Cara Melayer
  1. Sapu nipis coklat atas brownies yang dah sejuk td.
  2. Tuang dan ratakan lapisan cookies.
  3. Tuang lebihan choc ganache dan ratakan.
  4. Hiaskan dengan biskut/ kacang.
  5. Tunggu ganache sedikit keras baru keluarkan brownies dari loyang okay.

Selamat Mencuba.

Friday, 29 January 2016

Puding Milo Lapis Oreo


Oleh sebab anak-anak saya sukakan coklat, maka saya lebihkan bahagian koko semasa melapis. Amat mudah membuat puding milo lapis oreo ni, hasilnya pun banyak, boleh share dengan jiran-jiran.

Bahan:

30g agar-agar bertali
4cwn air
1tin susu cair (400ml)
1cwn gula
3/4cwn Milo
1/4cwn serbuk koko (guna yg premium lg sedap)
Biskut oreo 

Cara:

  1. Basuh agar-agar dan masak dengan 4cawan air sampai agar-agar larut.
  2. Masukkan gula. Kacau.
  3. Masukkan susu cair. Kacau.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian putih dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan coklat dan serbuk koko.
  5. Lapiskan dengan adunan coklat, biar keras sedikit. 
  6. Kemudian, masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan beserta adunan putih, biar keras sedikit.
  7. Akhir sekali, tutup permukaan puding dengan lebihan adunan coklat tadi.
  8. Keraskan beberapa jam dan sedia dimakan.

Tips:

  1. Tak perlu tunggu setiap lapisan betul-betul keras untuk melayer.
  2. Kalau keras, keruk dengan garpu supaya lapisan atas dan bawah melekat.

Selamat Mencuba..


Thursday, 28 January 2016

4langkah mudah buat Cake Pop



Cake Pops 4 Ways.Pin it for later: http://bzfd.it/1ZMVExv
Posted by BuzzFeed Food on Wednesday, January 20, 2016

Monday, 25 January 2016

Roasted Chicken Cara Mudah dan Sedap.



Kalau korang google resepi roasted chicken ni ada pelbagai cara & bahan yang digunakan. Dari yang panggang kosong, bermadu sampailah yang spicy. Resepi yang saya cuba ni ada gunakan madu & smoky BBQ sauce. Sumber dari arwendanish (thanx sis). Sedap lah wehh..

Bahan :

1ekor ayam saiz sederhana
1biji bawang holland *
3biji bawang putih *
1inci halia *
2-3sb sos BBQ (sy guna smoky BBQ)
1sb lada hitam
2sb madu
1ketul kiub ayam (sy guna 1/2)
2sb gula pasir
2sb mixed herbs
11/2st garam
Olive Oil
Butter secukup rasa 

Cara:

  1.  Blend bahan bertanda *
  2.  Campurkan dengan bahan-bahan lain kecuali butter.
  3. Lumurkan bahan rempah keseluruh ayam. Masukkan juga kedalam kulit dan dalam perut ayam.
  4. Masukkan butter kedalam kulit.
  5. Curah olive oil atas ayam tadi. Ratakan.
  6. Perap selama 2jam atau lebih lama supaya rempah serap.

Cara masak kentang :

  1. Potong kentang beberapa bahagian. 
  2. Didihkan air untuk masak kentang.
  3. Masukkan kentang dan masak selama 12minit.
  4. Toskan dan letak garam.
  5. Pindahkan kedalam dulang ayam tadi, letak butter dan perasakan dengan mixed herbs.

Cara Bakar :

  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Masak ayam selama 1jam. Selepas 30minit, terbalikkan ayam dan sudukan lebihan air perapan dari dulang keatas ayam.
  3. Selepas 1jam, keluarkan ayam dan kelar sedikit bahagian peha untuk pastikan ayam telah masak atau belum.
  4. TIPS - jika air yang keluar dari belahan berwarna jernih, maka ayam telah masak sepenuhnya. Jika berwarna merah sila tambah lagi masa memasak dalam 20minit.
Hasil selepas memanggang

P/S : Gravy dia saya tak buat, next time boleh try resepi jamie oliver pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...