Adik somell & block..
Block ni akan buatkan adik leka. Dia boleh berada dalam dunianya dalam jangka masa yang agak lama. Sesekali akan dengar adik bercakap sorang diri, mungkin ada 'kawan' imaginasi..huhu sel-sel otak sedang berhubung.
Kehulu kehilir pun dengan block, mujur tak tidor bawa block.. Lebih baik begitu dari kepit gadjet doplohpatjam kan..
#freegadjet
Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka
Showing posts with label Homeschool idea. Show all posts
Showing posts with label Homeschool idea. Show all posts
Thursday, 24 March 2016
Thursday, 25 February 2016
Matching Nombor dan Warna.
Sediakan sticker berwarna dan labelkan nombor dengan sticker. Kemudian suruh anak lekatkan sticker mengikut warna dan nombor masing-masing.
Dapat belajar mengenal warna dan nombor.
Thursday, 4 February 2016
Tarbiatul Aulad Untuk Ayah
1. Biasakan lidah anak-anak dengan istighfar setiap kali mereka melakukan kesalahan, sebagai contoh, ketika anak melihat adegan yang tidak sepatutnya di televisyen, ajar anak-anak untuk terus beristighfar.
2. Biasakan juga lidah anak-anak untuk beristighfar ketika bermusafir bersama-sama. Boleh dilakukan aktiviti beristighfar beramai-ramai di dalam kereta yang dipimpin oleh anak-anak. Apa yang penting, istighfar mesti menjadi keutamaan besar dalam hidup mereka.
3. Fahamkan anak-anak tentang makna-makna asas dalam istighfar. Sebagai contoh, terangkan kepada mereka makna dari penghulu istighfar yang cukup mulia itu dan minta mereka beramal dengannya setiap hari sekurang-kurangnya sekali.
4. Jelaskan juga kepada anak-anak akan kelebihan dan kemuliaan manusia yang sentiasa melazimi istighfar. Terangkan juga bahawa mereka yang beristighfar adalah manusia yang dicintai oleh Allah dan bakal mendapat balasan syurga yang cukup menakjubkan.
5. Ayah perlu memeluk anak-anak perempuan dan mencium mereka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu sebelum mereka ke sekolah atau rumah pengasuh dan sebelum mereka tidur.
Banyakkan memuji anak-anak perempuan pada masa dan ketika yang sesuai untuk memenuhi keperluan emosi mereka. Anak-anak perempuan yang kenyang dengan kasih sayang ayahnya tidak akan mencari lelaki lain sebelum tiba masanya bagi memenuhi emosinya yang kosong.
Tips ini dan banyak lagi tips-tips menarik seputar tarbiatul aulad akan dimuatkan dalam buku terbaru berkisar tentang tarbiah keayahan yang akan terbit tidak lama lagi.
Insya-Allah.
FB~ Hisham Sharif
Thursday, 21 January 2016
Messy Fun with Handpainting
Ini juga part of sensory play juga meransang minda mereka untuk share idea mereka nak lukis apa. Kanak-kanak memang suka menconteng kan? Lepas ni kita buat body painting.
Thursday, 14 January 2016
DIY 3: Parking Garage
![]() |
| Syok diorang main.hihi |
- Kotak-kotak terpakai/ cardboard
- Gunting
- Gam yang super kuat
Tips:
- Ikutlah besar mana kita nak garage tu sebagai base.
- Tingkat 2 dan 3 kecilkan sedikit size tapaknya.
- Sila buat tiang penyokong guna bahagian kotak yang tebal (supaya tak roboh bila main beramai-ramai)
Thursday, 7 January 2016
Mari Belajar Membaca
Salah satu azam saya tahun 2016 supaya anak-anak saya pandai membaca dalam BAHASA MALAYSIA. Supaya apabila tiba masa kami pulang kebumi Malaysia nanti, mereka tidak tertinggal/ terpaksa catchup dengan kelajuan yang maximum segala silibus Bahasa Malaysia.
Ini cara yang kami gunakan. Praktikkan kaedah fun learning, bahan yang menarik. Beri pemahaman tentang suku kata. Mulakan dengan asas. Kaedah phonic juga sangat membantu.
Latih tubi setiap hari secara santai. Gunakan bahan yang berlainan.
Jangan lupa puji anak-anak bila mereka membunyikan perkataan dengan betul. Ia sangat membantu emosi mereka. Jom share cara anda..
Ini cara yang kami gunakan. Praktikkan kaedah fun learning, bahan yang menarik. Beri pemahaman tentang suku kata. Mulakan dengan asas. Kaedah phonic juga sangat membantu.
Latih tubi setiap hari secara santai. Gunakan bahan yang berlainan.
Jangan lupa puji anak-anak bila mereka membunyikan perkataan dengan betul. Ia sangat membantu emosi mereka. Jom share cara anda..
Tuesday, 29 December 2015
Playdough Scissor skills
- Fine motor skills
- Hand-eye coordination
- menguatkan tangan.
Resepi Homemade Playdough boleh cari disini
Wednesday, 23 December 2015
DIY 2: Homemade Playdough
Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam halus
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air mendidih
Pewarna
Perisa (optional -saya tak letak)
1/2 cawan garam halus
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air mendidih
Pewarna
Perisa (optional -saya tak letak)
- satukan tepung, garam, cream of tartar, minyak. Gaul sebati.
- masukkan air panas mendidih & gaul guna sudu.
- bila dah suam boleh uli doh.
- bahagikan doh beberapa bahagian. Letakkan pewarna & perisa. Uli sebati.
- boleh terus digunakan.
![]() |
| Tortoise |
Monday, 14 December 2015
Busy Baby with Pompom
Aktiviti ini untuk melatih fine motor skills. Memindahkan pompom dari satu tempat ke dalam tray menggunakan sudu. Colour sorting juga boleh dilakukan serentak.
Sunday, 13 December 2015
Saturday, 12 December 2015
Bagaimana Pelangi Terbentuk?
Allahuakhbar!!
Pembelajaran spontan untuk anak-anak. Mereka yang nampak pelangi pada waktu ini. Jadi saya terangkan bagaimana pelangi terbentuk. Dalam bahasa mudahnya, biasanya pelangi terbentuk ketika udara panas tetapi hujan rintik-rintik.
Gambar diambil oleh anak bujang saya dari tingkap bilik homeschooling kami. Terfikir untuk buat weather station. Alangkah seronok!
Pembelajaran spontan untuk anak-anak. Mereka yang nampak pelangi pada waktu ini. Jadi saya terangkan bagaimana pelangi terbentuk. Dalam bahasa mudahnya, biasanya pelangi terbentuk ketika udara panas tetapi hujan rintik-rintik.
Friday, 11 December 2015
Pre - Writing Practice
Sudah menjadi rutin setiap malam, saya akan sediakan bahan untuk homeshooling keesokan hari. Bila anak bangun esok tengok atas meja ada bahan/ benda baru nak belajar, gembira mereka. Lepas sarapan terus nak buat homework (mandi pun tidak) haha..
Kadang-kadang habis kering idea tak tahu nak buat apa. Maka beralih kepada buku teks dimana mereka agak bosan dengan kaedah ini. Anak-anak suka dengan cara fun learning, warna warni & bergambar. Tak hairanlah anak-anak yang bersekolah di UK sangat enjoy pergi ke sekolah.
Ini bagi mengukuhkan tangan memegang pensil, mengikut bentuk untuk mudah menulis.
![]() |
| Trace the dotted lines |
![]() |
| Add caption |
Saturday, 28 November 2015
Art is a Must !!
Sepanjang minggu ni aktiviti homeschooling adalah serius. Dari hari isnin mama asyik kejar silibus menggunakan buku-buku latihan PTS & Sasbadi.
Rasa rugi pula tak bawa buku latihan silibus sekolah Malaysia banyak-banyak tempohari. Hanya berbekalkan silibus tahun satu saja. Tahun depan balik Malaysia perlu kejar silibus tahun 2 pula. May Allah ease..
Pagi-pagi anak-anak syurga dah tanya harini nak belajar apa mama? Berbunga-bunga hati mama nakkk.. Makanya harini mereka mulakan kelas dengan aktiviti mewarna menggunakan water colour. Stamping & painting with straw. Excited!!
![]() |
| Stamping guna kentang yang diukir bentuk & sayuran. Apa yang ada je masa tu hihihi |
Syok betul dak adik melukis.
Sunday, 22 November 2015
DIY 1 : Marble Maze
Wow!! Sangat teruja dengan aktiviti ini. Anak-anak pun excited sungguh. Aktiviti ini untuk latih motor skill mereka. Saya praktikkan kat semua anak-anak, yang paling best sebab dapat renggangkan mereka dengan gadjet. Alhamdulillah..
Potongkan straw berwarna-warni kepada beberapa bahagian. Aturkan didalam kotak seperti halangan kepada guli untuk bergerak bebas & gamkan straw.
Mudah & cepat penyediaannya. Bahan yang diperlukan ialah kotak, straw (lebih elok gunakan straw yang bersaiz besar), guli, gam, gunting.
![]() |
| Bahan-bahan yang diperlukan. |
![]() |
| Hasil Maze kami. |
![]() |
| Budak ni yang paling excited. |
Penambahbaikan:-
- Gunakan straw besar supaya guli tidak mudah terkeluar dari landasan.
- Buat halangan yang lebih sukar.
- Sila buat 2-3set maze mengikut bilangan anak-anak supaya tidak berebut.hahaha
Thursday, 19 November 2015
Belajar Mengenal Abjad & Nombor
Anak-anak lebih mudah tertarik untuk belajar jika kita menggunakan kertas yang berwarna-warni. Sebenarnya nak mengajar husna (1thn 10bln) mengenal nombor & abjad, jadi saya gunakan lukisan.
Misi - mengenalkan nombor & abjad, sepadankan mengikut tulisan berwarna.
![]() |
| Kakak yang lebih teruja, jadi kita belajar bersama. |
Misi - mengenalkan nombor & abjad, sepadankan mengikut tulisan berwarna.
Alhamdulillah untuk kakak ini adalah mudah. Untuk husna perlu latih selalu, setakat ini husna pandai susun-susun ikut bulatan tapi tidak mengikut susunan yang betul.
Aktiviti ini juga boleh melekakan husna. Kurang sikit gangguan kepada kakak & abang yang tengah buat homework.hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)































