Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Showing posts with label Kembara UK. Show all posts
Showing posts with label Kembara UK. Show all posts

Monday, 20 June 2016

Tempat-tempat Menarik di London

Cerita ni sebenarnya berlaku 3minggu lepas, waktu ibu ayah kaksya datang UK, kebetulan pula cuti sekolah. Kaksya share disini untuk kenangan dan panduan bagi korang yang bercadang nak tuju London. 
sedang bersarapan di malaysian hall canteen
Kaksya sefamily stay London 3hari saja dari hari Selasa sampai Khamis, kami duduk di hotel budget Travelogde dekat kingston upon thames. Hotel agak jauh dari centre London jika menggunakan public transport, lebih kurang 40minit. Tapi masa ni disebabkan kami ambil ibuayah dari Malaysia turun kat Heathrow, so location ni tengah-tengah, tak sibuk sangat pekan dia. Kalau korang cari hotel budget, kaksya cadangkan Travelogde, merata tempat ada, harga mampu, tapi sila booking awal-awal ye. 
depan buckingham palace
Hari pertama keluar dari hotel kami terus tuju ke Malaysian Hall canteen untuk menyantap breakfast. Haa jauh tak kitorang cari breakfast? ahaha saja lah kan teringin nak rasa makan kat malaysian hall. Alhamdulillah sedap, banyak juga pilihan makanan, layanan mesra dan paling penting murah. Datang london ni semua main duit saja, mahal bak ang. Parking saja dah 2.7 pound sejam, kalau kita pusing jalan-jalan tinggal keta 6jam pun dah berapa charge parking. Korang kira lah sendiri. Jadi yang mana boleh jimat kita jimat sebab jap lagi nak naik underground tube, bus, nak naik cruise sepanjang Thames river, nak masuk madam tussauds lagi, haa pandai-pandailah budget ya.
menyelit-nyelit celah orang ramai,
dapat jugak tengok kereta kuda ni
Tower Bridge selalu orang confius dengan london
bridge, yang tersergam indah ni tower bridge.
London bridge jambatan biasa je
London kota yang sangat sibuk, waktu kami datang kebetulan cuti sekolah di UK, jadi laluan  dan lautan orang membanjiri kota metropolitan ni. Lepas breakfast, park kereta dan cari tube menuju ke Buckingham Palace. Kebiasaannya pada pukul 11.30pagi ada acara tukar guard, lama gak tau hampir sejam, so jangan lepaskan peluang tengok acara ni. 
my partner in crime dan seketul Husna
Next kami menuju ke Westminster, dari buckingham palace tadi sambung naik tube menuju Westminster. Haa kat sini banyak tempat boleh pergi, ada big ben, london eye, tower bridge, london bridge, westminster abbey. Lepas bergambar sakan kat sekitar big ben, kami terus tuju ke thames river untuk naik cruise. Tips nak dapat tiket cruise murah, sila booking awal tiket awal sebelum datang ke London, dapat diskaun kaw-kaw u! Syukur sangat kami tempah tiket cruise, sebab tak larat kot nak jalan-jalan pergi dari satu tempat ke tempat lain. Lagipun kesian kat parents kita penat jalan dengan jetlag lagi, tu belom masuk anak-anak kita merengek sebab 'mama, abang dah penat lah..mama, laparrr!'.. ini semua perlu ambil kira tau, kalau tak mood travel ke laut jadinya.
underground tube, dah nak
balik ke car park semula
Sebelum balik ke Nottingham, kami sempat singgah ke Harrods. tapi cuci-cuci mata saja, fenat yatmat dah takdak mood nak menyoping. Ohh sebelum kaksya lupa, kalau korang nak borong souvenir, boleh borong dekat-dekat area Queensway, banyak kedai souvenir. Ada satu kedai tu seller dia siap pandai cakap bahasa melayu lagi, sikit-sikitlah bab greeting tu pandai lah. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat kena pergi, cuma kami sempat pergi beberapa tempat saja. Alhamdulillah dapat juga menyantuni ibuayah yang teringin nak tengok kota London.

Qaleesya Roslan, 
London 31 May 2016.

Monday, 25 April 2016

Lakeside Spring Visit.


Dalam Lakeside ada satu port yang dipenuhi dengan pokok sepanjang laluan pejalan kaki. Pokok-pokok ni sedang mengeluarkan bunga-bunga apple blossom berwarna putih. SubhanAllah maha hebat ciptaan Allah.
Sewaktu kami bergambar disini, ramai juga pengunjung lain sedang photoshoot. Dan perlu berhati-hati sebab banyak lebah-lebah sedang menghisap madu dan melakukan pendebungaan. Saat paling indah untuk dinikmati ialah bila kelopak-kelopak bunga jatuh berterbangan diusik sang lebah. Gugur satu persatu ke bumi. Sempat kami capture scene tersebut, mujur sang lebah-lebah tak kejar kami.

Sunday, 24 April 2016

Nottingham Castle - BBC day out


Free entry sempena BBC day out dibeberapa buah tempat sejarah sekitar Nottingham pada hari ahad yang lepas membawa kami melawat ke Nottingham castle. Dah lama sebenarnya tunggu peluang untuk masuk masuk percuma. Maka berbondong-bondong lah visitor.

Pada kurun ke 17, Nottingham castle pernah menjadi mahligai indah kediaman Dukes of Newcastle. Kini yang tinggal hanyalah sebahagian sahaja daripada struktur asal kesan dari runtuhan semasa peperangan Civil War pada tahun 1657. Ia juga pernah dibakar oleh rioter pada tahun 1831.
Pernah tengok cerita Robin Hood? Haa di Nottingham inilah lagenda robin hood hidup. Apa kaitan dengan Nottingham castle? Menurut ceritanya, Nottingham castle ni dijadikan court apabila sheriff of nottingham dapat menangkap robin hood dan akan disumbatkan ke penjara dibawah dungeon. Dalam lawatan ni, kami tak ikut trip turun ke kawasan dungeon kerana terlihat agak menyeramkan.
Inilah dungeonnya. seram ke seram?
Seluas pemandangan boleh dilihat dari puncak castle. Sangat cantik. Patutlah istana dibina dikawasan tinggi. Peluang untuk raja-raja melihat rakyat dan jajahannya. Disini disediakan binocular untuk melihat bandar Nottingham.

Dalam perjalanan keluar jumpa abang robin nak say hello tapi diacunya kita dengan panah. Baikkk saya tak dekat! Sampai sini entri jalan-jalan. Nanti sambung lagi okayy..

Nottingham castle,
17th April 2016.

Sunday, 17 April 2016

Jubilee Campus - University of Nottingham


Tarikan dalam jubilee campus
 Innalillahiwainnailaihirojiun,

Hampir 2minggu kami anak-beranak bergilir-gilir diuji dengan demam viral. Saya sendiri paling lama demam, tak mampu untuk bangun pun! Suami yang setia dan bertahan menjaga kami setiap hari. Mujur ketika ini Uni sedang Spring break selama 1bulan.

Alhamdulillah kesihatan kami sekeluarga semakin pulih. Untuk itu, kami keluar menghirup udara nyaman sejuk di sekitar Jubilee Campus. Juga dikenali sebagai 'state of the art facilities' yang terdiri dari fakulti pendidikan & sains komputer, fakulti bisnes, kontemporari chinese studies.

Bangunan ini sebenarnya ialah perpustakaan. Cantik kan senibinanya ditambah dengan pemandangan sekitar tasik. Seronok, aman, tenang rasa nak menimba ilmu dan berdiskusi. 

Bangunan-bangunan didalam campus ini semuanya mesra alam sekitar dan teknologi hijau. Tasek dibina bertujuan sebagai 'cooling' untuk bangunan. Pernah memenangi anugerah 'Energy Globe Award'.
 Adik belajar kenal itik, ikan, bunga, tasek. Silibus alam sekitar. Sila awasi anak-anak bila berjalan di tepi tasik. Tarikan mampu membawa anak terjun dalam tasik.

Sunday, 3 April 2016

Sepetang Spring di Arboretum Park, Nottingham

Alhamdulillah, musim spring yang ditunggu-tunggu telah selamat tiba. Ketidaksabaran untuk melihat bunga-bunga berkembang telah membawa kami ke park terdekat dengan rumah. Hanya bunga Daffodil dan Cherry Blossom yang sedang berkembang ketika ini. Itu pun dah terasa cantik yang teramat sangat dah. Subhanallah!
Daffodils

Monday, 14 March 2016

Wollaton Hall 'Batman's House', Nottingham

Wollaton Hall, disini lah penggambaran cerita Batman 'The Dark Knight Rises' dijalankan pada tahun 2011. Cantik rumah agam Elizabethan yang dibina pada tahun 1850an. Kini Wollaton Hall dijadikan museum, Nottingham Natural History Museum dan Industrial Museum.
Seketul mamat kat depan bukan batman ye

Wollaton Hall telah dibeli oleh council pada tahun 1925 untuk dijadikan museum. Museum ini adalah terbuka kepada umum dan kemasukan percuma.
 

Wollaton Park ni sangatlah luas, kami juga berpeluang menjejak rusa di padang ragut dan kawanan itik dan angsa dalam tasik. Tempat riadah bersama keluarga yang sentiasa dipenuh orang. Wollaton park juga tempat tumpuan untuk bermain sledging ketika salji. Memang seronok sebab kawasan lapang.

Sunday, 13 March 2016

Kunjungan Hormat Team Exeter

Hari Sabtu lepas, kami menerima kunjungan hormat team dari Exeter.. Mereka terdiri dari 3buah keluarga yang sedang membuat pengajian PHD dan postdoc mereka. Fatimah dan Fayeez dari Utem, yang ni satu team dengan suami saya (Utem), manakala Dr.Halimah & Dr. Hafiz staff UUM. Alhamdulillah seronok kami dengan kedatangan mereka. Tahu sajalah bila dah jadi golongan minoriti ni, hubungan jadi akan cepat mesra dan akrab walaupun baru pertama kali jumpa. Seronok bak hang jumpa Malaysian!
Mencipta memory =)

Berborak berkenalan macam dah lama jumpa. Yang lebih seronok bila Dr.Hafiz & Dr. Halimah banyak kongsikan tips dan pengalaman mereka untuk panduan kami. Ilmu yang berharga untuk newbie macam kami. 

Benarlah kata orang, tetamu itu datang membawa rezeki dan rahmat, bila mereka pulang membawa keluar dosa-dosa kecil kita. Allahuakhbar!!
Terima kasih semua menceriakan 2hari kami. InshaAllah jika berkesempatan kami membalas kunjungan ke Exeter pula. Nice to know u guys!

Nottingham,
5-6 March 2016

Thursday, 10 March 2016

World Book Day 2016

Di UK , world book day disambut pada minggu pertama dalam bulan March. Anak-anak perlu memakai costume watak-watak yang terdapat dalam buku. Jadi Iqbal memilih untuk bawakan watak 'Cowboy', manakala Damia membawa watak 'Princess'.. 

 Seronok kan ada hari 'costume'..Mak diaorang pulak rasa nak masuk sekolah semula.heh heh
kesian horsey terseksa bawa budak besar ni.


Bentinck Primary School, 
Nottingham,
4hb March 2016.

Wednesday, 9 March 2016

Happy Mother's Day & International Women's Day

Rainbow cake

Selamat Hari Ibu dan Wanita Sedunia 2016 
untuk semua wanita..
Semoga kita menjadi wanita solehah dunia dan akhirat..

Hadiah dari suami dan anak-anak. =)


Sunday, 28 February 2016

Bestnya Jalan-Jalan Liverpool.

Seterusnya kami bermusafir ke Liverpool. Ia merupakan bandar yang best dan menarik untuk dilawati. Antara destinasi kami ialah Anfield Stadium, sapa Liverpool fan sila angkat tangan.. 

      

Port yang paling mesti dilawati ialah Albert Dock. Albert Dock telah diiktiraf sebagai tempat sejarah Liverpool's UNESCO ' World Heritage Site'. Tempat ini suatu masa dahulu pernah diledakkan dengan bom semasa perang dunia ke-2. Kemudian dibaik pulih dan kembali beroperasi pada tahun 1984. Juga dianggap sebagai sistem docking revolusioner kerana ruang muara sungai membolehkan kapal masuk terus ke gudang penyimpanan barang.


Pemandangan berlatarkan albert dock.


Dalam Merseyside Maritime Museum ada satu section sejarah Titanic & Liverpool 'The Untold Story'. Sayu hati tengok bahan-bahan tinggalan kapal titanic yang masih terpelihara, nama-nama krew dan anak kapal yang terlibat dalam nahas tersebut. Tiada gamabr kenangan untuk dikongsi bersama sebab kami dilarang untuk mengambil sebarang rakaman video atau kamera. Ingat dalam kotak fikiran aje lah ye.
Kemudahan solat juga disediakan, boleh cari didalam Museum of Liverpool, level 1. Ini terbaik!! 
Pemandangan jauh Big Ben
Big Ben menajdi tumpuan pada setiap sambutan tahun baru. Stesyen-stesyen radio dan TV akan menggunakan bunyi yang unik itu untuk menandakan kedatangan tahun baru. Hampir 4jam kami melawat tempat bersejarah ini, kemudian kami bergerak ke Cheshire Oaks Designer Outlet yang mengambil masa 1/2 jam perjalanan. 

Tamatlah catatan musafir kami ke Liverpool 3hari 2malam yang ditaja sepenuhnya oleh en.Suami. Memang best sangat2 ziarah Liverpool, rasa macam taknak balik pun ada (dah kenapa?)..hihi
Family Room 
Okay, nak recommend pada anda jika berpeluang melawat Liverpool dan mencari penginapan yang selesa, anda bolehlah cari Liverpool Homestay Abang Nazali dan Kak Ain. Sangat selesa tau!


Qaleesya Roslan,
Liverpool vacation,
15-17 Februari 2016.


Monday, 22 February 2016

Etihad Stadium & Al-Jazeera Manchester.


Hari berikutnya kami ke Etihad Stadium, tapi kali ni kami tak ikut tour hanya bergambar depan stadium dan borong souvenirs saja. Apa yang menariknya waktu kami pergi, ada sale kaw2 murah. Best2! Bangunan Etihad stadium mempunyai binaan yang menarik, lain dari stadium2 yang lain, moden dan elegant. Laluan tram juga dalam kawasan stadium, wow sangat mesra pengunjung!

Tempat makan yang halal mudah didapati di Manchester, salah satu tempat makan yang glamour di Manchester ialah Al-Jazeera yang terletak di area Rusholme. Semasa kami sampai di restoran pun, ada beberapa kumpulan student Malaysia yang sedang makan, wah terasa seperti di Malaysia pula, penuh je dengan orang kita.hihi

Bertentangan dengan Al-Jazeera ada kedai dessert (Moonlight), menu wajib cuba ialah Faluda, ice cream dan pelbagai pilihan kek. Ada banyak lagi kedai-kedai halal dan sedap yang agak glamour di jalan Wilmslow Road ni cuma kami tak berkesempatan menjengah setiap kedai. InshaAllah lain kali sampai ke Manchester wajib cuba kedai lain pula.

Kembara Manchester,
Isnin, 15 Februari 2016.

Sunday, 21 February 2016

Old Trafford Stadium Tour, Manchester

Alhamdulillah cuti sekolah baru bermula. Kami merancang untuk melihat keindahan Manchester dan Liverpool. Kami bergerak dari Nottingham pada pukul 12tengahari, traffic lancar dan tiba ke Manchester 2jam kemudian. 
Kemudian terus menuju ke Old Trafford Stadium untuk museum & stadium tour. Sebenarnya kami dah terlepas waktu yang kami book melalui online. Mujur mereka masih menerima kami dan masukkan kami ke group tour berikutnya. Harga tiket untuk dewasa£18 seorang. Junior/ Warga emas/ Student ialah £12.
Tuan suami lah orang yang paling happy, berseri-seri muka sepanjang melawat stadium. Manakala puan isteri hanya mampu melihat kegembiraan suami saja.hahaha Begitu lah orang yang tak minat bola. Cuba bawa pergi designer outlet atau portmeirion, bersinar-sinar silau senyum.

Dalam changing room.
Kami dibawah melawat kesetiap tempat di dalam stadium. Tour selama 2jam terasa macam sekejap pula. Tambahan pula tour guide kami suka melawak orangnya. Pengalaman masuk stadium yang boleh dikatakan seronok bagi kami anak-beranak. 

Kemudian kami solat jamak di masjid berhampiran dan terus menuju ke rumah Asraff dan Illid untuk tumpang bermalam. Terima kasih tuan rumah atas layanan istimewa. 

Manchester,
Ahad 14 Februari 2016

Sunday, 7 February 2016

Portmeirion Factory Shop, Stoke-on-Trent

Bila Portmeirion ada sale haruslah terjah. Time ni dapat yang second pun dah ok. Affordable price. Kita kasi borong setiap set.yeehaa!!

Umpama kanak-kanak masuk kedai gula-gula. Gitu lah perasaannya, rambang mata dan nak buat pilihan pun dah xtahu. Mujur suami ada disisi memberi pandangan. 

Namun harus berhati-hati semasa memilih sebab ada barangan yang diperbuat dari bone china. Wallahua'lam jenis bone apa saya pun xtahu. Cuma saya ingat uztaz ada pesan, jika dari bone lembu yang tidak disembelih dengan cara halal, maka segala benda yang dibuat dari haiwan tersebut juga adalah Haram. Hati-hati ya.

Sunday, 24 January 2016

Bullring Indoor Market, Birmingham

Setelah 4bulan tidak makan ikan kembung, maka nafsu melonjak-lonjak untuk mencari ikan kembung. Diikuti tekak yang sudah tidak mampu lagi untuk menelan ayam dan daging. Maka saya menyatakan hasrat kepada encik suami 'Moh ler kita pegi Birmingham cari ikan di pasar'..Giteww!!



Sejam perjalanan semata-mata yang ke pasar membeli ikan fresh.huhu Kami terus tuju ke Bullring Indoor Market. Tempat ni ada pasar basah (jual seafood segala) dan pasar kering (jual baju, peralatan lain2). Buka dari jam 9 pagi - 5.30 petang setiap hari kecuali Ahad.  

En.suami tengah tunggu ikan
dibersihkan
Oleh sebab ikan segar, jadi harganya memang agak mahal. Kalaulah convert ke RM memang tercekik membayarnya.haha


Terdapat pelbagai jenis ikan dan kebanyakkannya ikan yang saya tak kenal (lain dari ikan di Malaysia). Yang saya kenal ialah Salmon, Barramundi (siakap), Seabass, Tilapia, Breams (kerisi), Mackerel

Nangis tengok harga lobster ni
Lobster biru

Udang, sotong, ketam juga ada. Beli sikit sambil tutup mata nak hulur duit. 



Pepahat pun ada. Favourite ni cuma tak kemaruk lagi nak makan. Size besar dari yang biasa kami makan.
Akhir sekali tak jumpa ikan kembung yang fresh, cuma ada yang sudah difrozen dan diberi nama Indian Mackerel, 1kg 3pound. Dapatlah stok 2bulan, sotong 2ekor, 1 ketam (dungeness crab), 3ekor seabass, sekor siakap sederhana, kembung 1kg berjumlah 34GBP. Mission accomplished!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...