Cerita ni sebenarnya berlaku 3minggu lepas, waktu ibu ayah kaksya datang UK, kebetulan pula cuti sekolah. Kaksya share disini untuk kenangan dan panduan bagi korang yang bercadang nak tuju London.
sedang bersarapan di malaysian hall canteen |
Kaksya sefamily stay London 3hari saja dari hari Selasa sampai Khamis, kami duduk di hotel budget Travelogde dekat kingston upon thames. Hotel agak jauh dari centre London jika menggunakan public transport, lebih kurang 40minit. Tapi masa ni disebabkan kami ambil ibuayah dari Malaysia turun kat Heathrow, so location ni tengah-tengah, tak sibuk sangat pekan dia. Kalau korang cari hotel budget, kaksya cadangkan Travelogde, merata tempat ada, harga mampu, tapi sila booking awal-awal ye.
Hari pertama keluar dari hotel kami terus tuju ke Malaysian Hall canteen untuk menyantap breakfast. Haa jauh tak kitorang cari breakfast? ahaha saja lah kan teringin nak rasa makan kat malaysian hall. Alhamdulillah sedap, banyak juga pilihan makanan, layanan mesra dan paling penting murah. Datang london ni semua main duit saja, mahal bak ang. Parking saja dah 2.7 pound sejam, kalau kita pusing jalan-jalan tinggal keta 6jam pun dah berapa charge parking. Korang kira lah sendiri. Jadi yang mana boleh jimat kita jimat sebab jap lagi nak naik underground tube, bus, nak naik cruise sepanjang Thames river, nak masuk madam tussauds lagi, haa pandai-pandailah budget ya.
menyelit-nyelit celah orang ramai, dapat jugak tengok kereta kuda ni |
Tower Bridge selalu orang confius dengan london bridge, yang tersergam indah ni tower bridge. London bridge jambatan biasa je |
London kota yang sangat sibuk, waktu kami datang kebetulan cuti sekolah di UK, jadi laluan dan lautan orang membanjiri kota metropolitan ni. Lepas breakfast, park kereta dan cari tube menuju ke Buckingham Palace. Kebiasaannya pada pukul 11.30pagi ada acara tukar guard, lama gak tau hampir sejam, so jangan lepaskan peluang tengok acara ni.
my partner in crime dan seketul Husna |
Next kami menuju ke Westminster, dari buckingham palace tadi sambung naik tube menuju Westminster. Haa kat sini banyak tempat boleh pergi, ada big ben, london eye, tower bridge, london bridge, westminster abbey. Lepas bergambar sakan kat sekitar big ben, kami terus tuju ke thames river untuk naik cruise. Tips nak dapat tiket cruise murah, sila booking awal tiket awal sebelum datang ke London, dapat diskaun kaw-kaw u! Syukur sangat kami tempah tiket cruise, sebab tak larat kot nak jalan-jalan pergi dari satu tempat ke tempat lain. Lagipun kesian kat parents kita penat jalan dengan jetlag lagi, tu belom masuk anak-anak kita merengek sebab 'mama, abang dah penat lah..mama, laparrr!'.. ini semua perlu ambil kira tau, kalau tak mood travel ke laut jadinya.
underground tube, dah nak balik ke car park semula |
Sebelum balik ke Nottingham, kami sempat singgah ke Harrods. tapi cuci-cuci mata saja, fenat yatmat dah takdak mood nak menyoping. Ohh sebelum kaksya lupa, kalau korang nak borong souvenir, boleh borong dekat-dekat area Queensway, banyak kedai souvenir. Ada satu kedai tu seller dia siap pandai cakap bahasa melayu lagi, sikit-sikitlah bab greeting tu pandai lah. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat kena pergi, cuma kami sempat pergi beberapa tempat saja. Alhamdulillah dapat juga menyantuni ibuayah yang teringin nak tengok kota London.
Qaleesya Roslan,
London 31 May 2016.
terima kasih atas info ni.
ReplyDelete