Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Showing posts with label Kek Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kek Kahwin. Show all posts

Wednesday, 16 August 2017

Kek Hantaran Melaka

Assalamualaikum =)

Jom layan gambar kek hantaran pulak. Kek hantaran kami mostly gunakan buttercream. Jadi anda toksah dok risau kek cair ke apa kan. Letak je pada suhu bilik inshaAllah tak ada masalah. Cuma kena lah semut ye *wink.

Harga bermula dari RM 80 onwards bergantung pada berat dan design yang anda request. Harga adalah termasuk kotak lutsinar. Haaa berbaloi kan. 

Korean Flower Wreath cake


Qaleesya's Desserts,
Telok Emas, Melaka
WA only : +60173141377





Tuesday, 15 August 2017

Kek Bertingkat Murah

Untuk anda yang mempunyai budget terhad, kaksya suggest-kan kek bertingkat yang guna tiang macam ni. Anda akan dapat kek seberat 3kg dengan harga RM 180 tak termasuk kos penghantaran. 


Disclaimer : Cake topper is FOC while stock last. Please ask, TQ.

Qaleesya's Desserts
Telok Mas, Melaka
WA Only : +60173141377

Thursday, 10 August 2017

2tier stacked naked wedding cake

Tempahan dari the lurve event. TQ yan selalu bagi kepercayaan pada kaksya untuk buat kek-kek in trend.

Wishlist cake design #num3. Achievement unlocked! Alhamdulillah.




Qaleesya's Desserts, 
Telok Emas, Melaka
WA only : +60173141377


Wednesday, 12 April 2017

2tier Pink & Tiffany Blue Wedding Cake


Penyatuan hati 2pasang mempelai, Dr Sumayyah & Abduh serta Zubair & Aisyah. Majlis dibuat di Restoran Terapung Sungai Putat, cantik dan cozy sangat restoran ni. Yang mengantau kek ni rasa macam dikayangan. Verangan hihi

Terima kasih kakak kepada pengantin, Dr. Asma' atas tempahan. 
Top tier : Buttercheese cake
Bottom tier : Choc Moist cake
Color Themed : Pink & Tiffany Blue
Weight : 4kg ++
Cake Topper : Ruffeycackey


Qaleesya's Desserts
WA only :017-3141377
Telok Mas, Melaka



Tuesday, 10 January 2017

Kek Kahwin 3 tingkat Melaka


Assalamualaikum semua,

Kaksya nak ucapkan terima kasih pada pengantin Bariah & pasangan, juga kepada orang kuat majlis Kak Faizah sebab sudi menempah kek 3 tingkat untuk majlis kahwin. Mohon maaf atas kekurangan ya. Selamat Pengantin Baru, selamat melayari bahtera rumahtangga.=)

3tiers Stacked Wedding Cake - 9kg 

Top Tier : Red Velvet 
Second Tier : Red Velvet
Bottom Tier : Buttercheesecake
Fully covered with buttercream.
Cascading roses blue & white themed - as request by bride.
Free cake topper.
RM 350.

Cake decorator nak interframe jugak
Tempahan dan pertanyaan pakej kek kahwin boleh wasap kaksya : 017-3141377
Lokasi : Telok Mas, Melaka
Tempahan kek kahwin 2017 dibuka. InshaAllah.



Friday, 25 November 2016

Kek Kahwin Melaka.


Musim persekolahan hampir tiba ke penghujung, menandakan akan tiba musim orang kahwin dan bertunang. Best wooo memenuhi jemputan kahwin, acah-acah mengimbau diri sendiri di atas pelaminan. aceeewah gedik ko kan!

Makanya kaksya nak pesan pada bakal-bakal pengantin, jika berhajat untuk menempah kek dengan Qaleesya's Desserts, wajiblah menempah awal, seminggu atau dua minggu awal supaya kaksya tidak dengan berat hati terpaksa menolak order awak-awak disebabkan slot dah penuh. Nak selit pun kadang-kadang tak mampu walaupun dah guna tangan sotong enjin turbo. huhu


So simpan num kaksya ni dan whatsapp terus untuk bertanya atau menempah kek +6 017-3141377. Yes ada delivery sekitar Melaka untuk tempahan kek kahwin, namunnn bergantung pada availibility juga. =)

Terima kasih atas kerjasama bakal pengantin semua. Kaksya doakan majlis anda berjalan lancar, bahagia dan bersama membimbing keluarga menuju Syurga Allah.


Saturday, 14 May 2016

Selamat Pengantin Baru.

Tempahan dari kakak pengantin untuk majlis perkahwinan adiknya. Baiknya kakak sponsor kek untuk adik. Semoga murah rezeki selalu dan selamat pengantin baru.

Qaleesya's Desserts,
Melaka.

Saturday, 23 April 2016

Basic Pakej Kek Kahwin.

Basic pakej terdiri daripada sebiji kek dengan berat 2kg beserta 16pcs cupcakes. Pilihan perasa kek boleh mengikut citarasa bakal-bakal pengantin. Anda datang dengan tema dan deko pilihan, InshaAllah kami cuba realisasikan impian untuk majlis anda.


Saturday, 12 March 2016

Kek Kahwin Tema Kuning.

 Kek Red Velvet disaluti Buttercream untuk pengantin. 
Mereka memilih warna tema 
kuning diraja semasa hari persandingan.. 
Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga syurga.


Friday, 8 January 2016

Purple as sweet as you

Wedding Package B:
Buttercheese Cake + 16ps Cupcakes
RM150


Saturday, 26 December 2015

Seputih Salju

2tiers stacked cake
Red Velvet with Buttercream
White, Red & Black themed



Sunday, 8 November 2015

Sama Tapi Tak Serupa : 2tiers Stacked wedding cake

Stacked kek memerlukan teknik yang perlu berulangkali dicuba. Cuba untuk levelkan pasak supaya kek di bahagian atas sekata. Boleh gunakan straw/ chop untuk jadikan pasak dalam kek.

Penyediannya agak memakan masa memandangkan kek perlu dikeraskan dahulu sebelum di'stack'. Ia bagi mengelakkan buttercream yang sudah dideko menjadi comot.

Pemilihan saiz loyang juga memainkan peranan. Seeloknya gunakan loyang yang 3inch berbeza untuk atas & bawah. 

Bawah size 9"
Atas size 6"
Kek jadi tinggi.


Bawah 10"
Atas 7"
Kek agak rendah



Berat keseluruhan selepas deko ialah 3.5-4kg. Terima kasih kepada pengantin atas tempahan ini. Banyak dapat saya belajar dari pengalaman ini.

Saturday, 7 November 2015

Throwback!!

Mengimbas semula kenangan kek-kek kahwin yang pernah saya buat. Ini adalah antara kek kahwin bertingkat yang terawal dibuat. Saya hadiahkan pada pasangan pengantin rahman & yuzalia pada resepsi sebelah lelaki.

Mujur mereka menerima sahaja kek apa yang hendak saya buatkan. Jadi mudahlah kerja saya. 
Saya terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis mereka sebab mereka ni adik ipar & biras saya. (memang selalunya family lah org terawal cuba produk kita kan?)hihi

Pada sebelah siang saya menolong kerja-kerja setup majlis manakala di sebelah malam baru saya berpeluang bake & deko kek mereka. Kebetulan pula masa itu anak-anak kurang sihat. Jadi proses menyiapkan kek ni sedikit lambat dari yang dijangka. Dengan izin Allah dapat juga saya siapkan. Alhamdulillah.

Selepas disetup di meja makan beradap.
1st tier : Rainbow cake
Bottom : Buttercheese cake
Cupcakes : Choc moist




Gembira, senang hati bila ramai dapat menjamu ramai orang kan. Bertitik tolak dari situlah semangat, keyakinan saya makin kuat untuk ambil tempahan-tempahan kek kahwin yang seterusnya. 


Bila kita dah cuba baru kita tahu sejauh mana kemampuan & kebolehan diri serta skill yang kita ada. Yakinlah! May Allah make ways & ease everything ahead for us..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...