Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Showing posts with label Birthday Cakes. Show all posts
Showing posts with label Birthday Cakes. Show all posts

Friday, 18 August 2017

Batman Cake

Jenuh tau buat petals ni, pahtu kita guna cheesecream lagi lah cepat cair. Bertapa depan chiller masa buat ni. Tobat taknak buat lagi. huhuhu
Red Vevet Cheesecream Cake

Thursday, 10 August 2017

2tier stacked naked wedding cake

Tempahan dari the lurve event. TQ yan selalu bagi kepercayaan pada kaksya untuk buat kek-kek in trend.

Wishlist cake design #num3. Achievement unlocked! Alhamdulillah.




Qaleesya's Desserts, 
Telok Emas, Melaka
WA only : +60173141377


Wednesday, 9 August 2017

Cartoon Artwork Cake

Comel tak aye?
Sekarang ni kan, kaksya dah terrr makin suka buat design cartoons. Tapi tapi cartoon kita guna cream je, tak guna fondant tau.
Dalam wishlist nak try buat seketul pony pulak. Anyone? 


Qaleesya's Desserts,
Telok Emas,
WA only : +60173141377


Friday, 14 April 2017

Cartoon Cakes

Hello Kitty cake for Auni. Choc Indulgence inside.
 TQ Lia & Dr. Umar, Utem
Mickey cake for Zafirah. Red Velvet 
cake inside. TQ 
Little Pony theme, Walnut Butterscotch cake. 
TQ May, Pokok Mangga.



Qaleesya's Desserts
WA only 017-3141377
Self Collect : Telok Mas

Wednesday, 22 February 2017

Number 5 Spiderman Cake


Ini first time kaksya buat kek nombor 5, boleh tahan rumit nak mendeko kat celah-celah lekuk tu ye, maklumlah tangan gemukkkss. Kek ditempah oleh Aziana, boleh kata regular customer kaksya juga adik manis ni. Alhamdulillah terima kasih atas kepercayaan nana.
Choc Moist Cake with Buttercream


Qaleesya's Desserts
Wasap 017-3141377
Self Collect at Telok Mas

Tuesday, 21 February 2017

2tier Rosette Ombre Birthday cake

Hi chuolss!! Comel tak kek ruffles ni? ahaha
Kek ditempah oleh Ain dari Masjid Tanah untuk birthday princess Sofea. Sangat senang berurusan dengan Ain, terima kasih banyak Ain.
Pilihan warna & design atas permintaan Ain. Cake topper & crown Ain tempah sendiri. 

Bottom tier : Rainbow cake
Top tier : Choc Moist cake
Total weight 5kg ++
Begitu rupa kek setelah dihias topper, crown & seketul princess sofea. Gambar ihsan dari Ain. Thanks again dear.


Qaleesya's Desserts
Wasap 017-3141377
Self Collect at Telok Mas

Tuesday, 13 December 2016

Kek Nombor 3 & cik puan Tailor Melaka


Assalamualaikum semua!
Wahh lama cuti kalini ye, puas memenuhi jemputan kenduri sana sini sinun. Alhamdulillah terima kasih tuan rumah. 3hari cuti kaksya bersantai di rumah saja, almaklumlah nak siapkan kek order awak semua. Cuma speed tu agak slowwww, mood pun bercuti katanya. ahahah 

Kek nombor 3 ini ditempah oleh tailor kita, Anne. Kek choc moist with buttercream dengan tema ultraman. Ok cerita tentang Tailor Anne, kaksya suka sangat hantar baju kat anne, sebab jahitan cantik serta kemas, baju-baju yang Anne buat pun serasi dengan kaksya. Cuba lah datang ke kedai jahit anne (BUTIK ir' D) tengok hasil kerja tangan beliau, pasti korang pun terpikat. Lokasi shoplot bersebelahan Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil. Kedai hujung, sebelah kedai gunting rambut & bengkel kereta.


Nak tempah kek? Jom wasap kaksya 017-3141377

Nak tempah baju? Jom wasap Anne 017-6801816


Nota kaki : Anne dah buka tempahan untuk baju-baju raya 2017. Tempahan dibuka sampai 15.3.2017 saja uols! Cepat-cepat plan.





Thursday, 24 November 2016

Monster Cupcakes

Teringat pada seorang anak kecik yang makan cupcake ni. Dia tengok karektor pada cupcake ditangan, kemudian bertanya pada ibunya 'Ibu, kenapa muka dia masam?' ahaha tergelak ibu si anak kecil tadi. Kaksya yang terdengar pun join gelak. Pandai betul dia baca air muka cookie monster tu. sooo somelll lah awak! Muahhh!
Cookie Monster

Bear 

Elmo


Qaleesya's Desserts,
Telok Emas, Melaka
WA +6 017-3141377



Tuesday, 15 November 2016

Oreo Cheese Cake


Mama Afrina teringin nak deko bunga-bunga cinta pada kek anaknya. Alhamdulillah kaksya dah realisasikan impian mama Afrina. Happy birthday Afrina yang lincah dan suweetttt sangad!


Pesanan nota sirih junjung: 
Pure cheesecake tidak menggunakan tepung serta bahan penaik. Kebanyakkan hanya menggunakan creamcheese, maka cheesecake tidak akan jadi tinggi macam kek-kek yang lain. Jadi jangan terkezut jika harganya agak keras tapi keknya hanya setinggi 2-3 inch sahaja ya. Sedikit ilmu untuk dikongsikan. Sekian harap maklum =)


Qaleesya's Desserts
Telok Emas, Melaka
Wasap only : 017-3141377

Monday, 14 November 2016

Watercolor cake


Sudah tersuka buat design ni, sudah terbanyak juga kek kaksya conteng dengan 'watercolor art' ni. hihi Bukan lah kata gua watercolor paint tu, idokkkk! Tetap menggunakan cream cake cuma penggunaan offset spatula tu digayakan ala-ala memegang painting brush. Ahaaa faham ke? takpalah layan je gambau ya.

Rainbow Cake

Choc Cheese Berhantu kata kau


Qaleesya's Desserts,
Telok Mas, Melaka.
Wasap only - 017-3141377


Tuesday, 21 June 2016

Selamat Hari Bapa 2016

Kaksya ucapkan selamat hari bapa pada semua yang bergelar ayah ataupun yang bakal bergelar ayah. Besar pengorbanan ayah membesarkan kasya adik beradik. Sayang ayah dunia akhirat!
Kek ni ditempah oleh Munirah sempena birthday suaminya yang kebetulan jatuh pada hari bapa. Untunglah dapat celebrate sekaligus. Terima kasih atas feedback yang membuatkan hati kaksya kembang kuncup. Muahh ciked!

Tuesday, 17 May 2016

Mirror glaze cake

MashaAllah! Kek ke apa ni, berkilat macam cermin boleh tengok jerawat kat muka..heh heh ...Hebatnya Allah ciptakan manusia dengan skill yang bermacam-macam, skills yang hebat, semuanya Allah punya. 

Banyak lagi design-design yang cantik tertarik mampu menggoda mata. Korang gi skodeng kat intagram owner dia @olganoskova dari Rusia. Korang tengok keratan rentas kek-kek yang olga buat, kompom korang terliur.


Tuesday, 10 May 2016

Pocoyo birthday cake.


 Amirah Suffiya menyambut ulang tahun kelahiran kedua dengan kek coklat moist kegemarannya. Kali ini bonda Amirah Suffiya memilih tema pocoyo untuk majlis harijadi Amirah. Happy birthday sweetie pie!


Qaleesya's Desserts,
017-3141377 (wasap only)






Wednesday, 4 May 2016

Rahsia disebalik Edible Image.


Pernah tak, edible image korang berkedut-kedut lepas tampal atas kek? Edible image ni bukannya murah tau. Sayang kalau rosak. Meh hakak bagi tips supaya kita tak ulang kesilapan yang sama.

Sebelum tampal atas kek, sapukan coklat putih yang dicairkan pada bahagian belakang edible image secara sekata dan nipis-nipis saja. Tunggu kering dan sedia digunakan. Senyum sikit..=)



smile emoticon

Wednesday, 20 April 2016

Meraikan Suaminya..

Natasya meraikan ulangtahun kelahiran suaminya. Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. Terima kasih atas tempahan.


Tuesday, 5 April 2016

Tuesday, 9 February 2016

Transformers Icing Image.

 Hendak diingatkan sekali lagi, jika mahukan penggunaan icing image pada kek anda, tempahan hendaklah dibuat seawal seminggu sebelum tarikh. Icing image perlu ditempah khas dikedai. Harga bagi sekeping icing image bermula dari RM15 -RM25.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...