Free entry sempena BBC day out dibeberapa buah tempat sejarah sekitar Nottingham pada hari ahad yang lepas membawa kami melawat ke Nottingham castle. Dah lama sebenarnya tunggu peluang untuk masuk masuk percuma. Maka berbondong-bondong lah visitor.
Pada kurun ke 17, Nottingham castle pernah menjadi mahligai indah kediaman Dukes of Newcastle. Kini yang tinggal hanyalah sebahagian sahaja daripada struktur asal kesan dari runtuhan semasa peperangan Civil War pada tahun 1657. Ia juga pernah dibakar oleh rioter pada tahun 1831.
Pernah tengok cerita Robin Hood? Haa di Nottingham inilah lagenda robin hood hidup. Apa kaitan dengan Nottingham castle? Menurut ceritanya, Nottingham castle ni dijadikan court apabila sheriff of nottingham dapat menangkap robin hood dan akan disumbatkan ke penjara dibawah dungeon. Dalam lawatan ni, kami tak ikut trip turun ke kawasan dungeon kerana terlihat agak menyeramkan.
Seluas pemandangan boleh dilihat dari puncak castle. Sangat cantik. Patutlah istana dibina dikawasan tinggi. Peluang untuk raja-raja melihat rakyat dan jajahannya. Disini disediakan binocular untuk melihat bandar Nottingham.
Dalam perjalanan keluar jumpa abang robin nak say hello tapi diacunya kita dengan panah. Baikkk saya tak dekat! Sampai sini entri jalan-jalan. Nanti sambung lagi okayy..
Nottingham castle,
17th April 2016.
No comments:
Post a Comment