1. Biasakan lidah anak-anak dengan istighfar setiap kali mereka melakukan kesalahan, sebagai contoh, ketika anak melihat adegan yang tidak sepatutnya di televisyen, ajar anak-anak untuk terus beristighfar.
2. Biasakan juga lidah anak-anak untuk beristighfar ketika bermusafir bersama-sama. Boleh dilakukan aktiviti beristighfar beramai-ramai di dalam kereta yang dipimpin oleh anak-anak. Apa yang penting, istighfar mesti menjadi keutamaan besar dalam hidup mereka.
3. Fahamkan anak-anak tentang makna-makna asas dalam istighfar. Sebagai contoh, terangkan kepada mereka makna dari penghulu istighfar yang cukup mulia itu dan minta mereka beramal dengannya setiap hari sekurang-kurangnya sekali.
4. Jelaskan juga kepada anak-anak akan kelebihan dan kemuliaan manusia yang sentiasa melazimi istighfar. Terangkan juga bahawa mereka yang beristighfar adalah manusia yang dicintai oleh Allah dan bakal mendapat balasan syurga yang cukup menakjubkan.
5. Ayah perlu memeluk anak-anak perempuan dan mencium mereka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu sebelum mereka ke sekolah atau rumah pengasuh dan sebelum mereka tidur.
Banyakkan memuji anak-anak perempuan pada masa dan ketika yang sesuai untuk memenuhi keperluan emosi mereka. Anak-anak perempuan yang kenyang dengan kasih sayang ayahnya tidak akan mencari lelaki lain sebelum tiba masanya bagi memenuhi emosinya yang kosong.
Tips ini dan banyak lagi tips-tips menarik seputar tarbiatul aulad akan dimuatkan dalam buku terbaru berkisar tentang tarbiah keayahan yang akan terbit tidak lama lagi.
Insya-Allah.
FB~ Hisham Sharif
No comments:
Post a Comment