Kalau korang google resepi roasted chicken ni ada pelbagai cara & bahan yang digunakan. Dari yang panggang kosong, bermadu sampailah yang spicy. Resepi yang saya cuba ni ada gunakan madu & smoky BBQ sauce. Sumber dari arwendanish (thanx sis). Sedap lah wehh..
Bahan :
1ekor ayam saiz sederhana
1biji bawang holland *
3biji bawang putih *
1inci halia *
2-3sb sos BBQ (sy guna smoky BBQ)
1sb lada hitam
2sb madu
1ketul kiub ayam (sy guna 1/2)
2sb gula pasir
2sb mixed herbs
11/2st garam
Olive Oil
Butter secukup rasa
Cara:
- Blend bahan bertanda *
- Campurkan dengan bahan-bahan lain kecuali butter.
- Lumurkan bahan rempah keseluruh ayam. Masukkan juga kedalam kulit dan dalam perut ayam.
- Masukkan butter kedalam kulit.
- Curah olive oil atas ayam tadi. Ratakan.
- Perap selama 2jam atau lebih lama supaya rempah serap.
Cara masak kentang :
- Potong kentang beberapa bahagian.
- Didihkan air untuk masak kentang.
- Masukkan kentang dan masak selama 12minit.
- Toskan dan letak garam.
- Pindahkan kedalam dulang ayam tadi, letak butter dan perasakan dengan mixed herbs.
Cara Bakar :
- Panaskan oven pada suhu 200C.
- Masak ayam selama 1jam. Selepas 30minit, terbalikkan ayam dan sudukan lebihan air perapan dari dulang keatas ayam.
- Selepas 1jam, keluarkan ayam dan kelar sedikit bahagian peha untuk pastikan ayam telah masak atau belum.
- TIPS - jika air yang keluar dari belahan berwarna jernih, maka ayam telah masak sepenuhnya. Jika berwarna merah sila tambah lagi masa memasak dalam 20minit.
Hasil selepas memanggang |
P/S : Gravy dia saya tak buat, next time boleh try resepi jamie oliver pula.
No comments:
Post a Comment