Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Friday, 22 January 2016

Asam Pedas Ayam Melaka


Melaka memang terkenal dengan asam pedas. Pelbagai menu asam pedas iaitu asam pedas tetel, asam pedas ikan dan asam pedas ayam. Satu kelainan ialah mereka menggunakan daun limau dan yang asli menggunakan kelapa bakar (yang ni saya belum jumpa gurunya).. 

Jika anda pergi ke Melaka, jangan lepaskan peluang makan roti canai bersama asam pedas. Ini menu wajib anda perlu cuba tau. Memang agak pelik bunyinya tapi bila dah pekena pasti tak pandang kuah dal/ kari lagi (saya lah tu). Credit kepada kak aziekitchen dan asma' atas perkongsian resepi asam pedas ayam. Cuma saya olah sedikit ikut cara saya. Memang mabeles!! (kata suami & anak2 saya).hahaha

Bahan:

1 ekor ayam (dipotong)
1 batang serai (dititik)
Daun limau 4-5 helai
Air asam jawa (50g asam jawa + 1cawan air)
3cawan air
Sedikit lada hitam
Garam
Minyak untuk menumis
1sk Herba campur (biji sawi, halba)

Bahan kisar:

3senduk besar cili kering
1biji bawang merah besar
3ulas bawang putih
1inci kunyit
1inci halia
Belacan sebesar ibu jari


Cara:

  1. Panaskan minyak. Masukkan 1sk herba campuran, serai dan bahan kisar. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
  3. Masukkan air asam jawa dan daun limau. Gaul sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  5. Tambahkan air secukupnya. (sy suka masam, jadi air saya kurangkan)
  6. Tunggu sehingga ayam masak.

Asam pedas ayam biasanya agak berminyak hasil dari ayam tersebut. Buangkan minyak sebelum menghidang. 

Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...