Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Tuesday 5 January 2016

Super Moist Brownies Kedut


Bahan :

400g   choc compound -potong kasar
150g   butter
100g   gula perang
100g   gula castor
4biji    telur
100g   tepung gandum
1/2st   baking powder
30g     serbuk koko
1st      esen vanilla
100g   walnut/ brazil nut - cincang (optional)


Cara buat :
  • Alaskan loyang 10 x 10 dengan baking paper, lebihkan kertas pada kesemua hujung supaya senang hendak keluarkan brownies.
  • Cairkan choc compound & butter. Boleh guna microwave atau double boilkan atas dapur.
  • Dalam bekas lain, satukan gula perang, gula castor, telur, esen vanila. Gaul sebati & Tuangkan kedalam adunan coklat tadi.
  • Masukkan bahan kering iaitu kacang, tepung, baking powder, serbuk koko yang telah diayak. Sebatikan.
  • Masukkan dalam loyang, ratakan.
  • Bakar pada suhu 160C selama 30minit.
  • Selepas 30minit, tutup suis oven & biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka sedikit selama 15minit.

Notes:
  • Boleh gunakan tepung naik sendiri. Sukatannya: 
         100g tepung gandum         =  100g tepung naik sendiri.
        + 1/2st baking powder 
  • Suhu oven berbeza mengikut jenis oven. Jadi kenali suhu yang betul bagi oven anda.
  • Untuk rasa yang lebih sedap, gunakan choc compound & butter yang premium.
  • Jika anda gunakan 1/2 adunan dari resepi, gunakan loyang bersaiz 8inch.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...