Lihatlah kegebuan cheese itu. nyummss |
A. Adunan Cheese
250g creamcheese
60g gula castor
1biji telor
1sb susu cair/ susu segar
1sk jus lemon
1sb tepung gandum
- pukul creamcheese & gula sebati.
- masukkan telor, susu cair, jus lemon, tepung gandum. Gaul rata.
B. Adunan Coklat
1cwn tepung gandum
1/2cwn serbuk koko
1/2sk baking powder
1/2sk soda bicarbonate
1cwn gula castor
1/2cwn air panas
1/2cwn susu segar/susu cair
1/2cwn minyak jagung
2biji telor
- ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bicarbonate.
- dalam bekas lain, pukul telor & gula castor sehingga gebu.
- masukkan susu segar & minyak. Kacau rata.
- masukkan bahan kering yang sudah diayak tadi. Kacau rata.
- masukkan air panas mendidih. Sebatikan.
C. Cara melayer
- panaskan kukus, gunakan api sederhana untuk mengukus kek.
- tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang. Kukus 20minit/ sehingga masak.
- kemudian tuangkan adunan cheese & kukus sehingga masak.
- kemudian tuang baki adunan coklat tadi & kukus lagi.
- Cucuk kek dengan cake tester/ lidi, jika tiada sisa pada cake tester bermakna kek sudah masak.
- Biarkan sejuk baru keluarkan kek dari loyang.
D. Topping coklat ganache
130g coklat masakan
80ml whip cream
- Double boilkan bahan diatas. Kacau sehingga coklat cair.
- Biarkan ganache sejuk sedikit kemudian curah atas kek.
Kek choc cheese ini tanpa topping pun dah cukup sedap. Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment