Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Monday, 18 January 2016

It's Snowing in Nottingham

Tarikh : 16 Januari 2016

Alhamdulillah, ini merupakan pengalaman pertama kami menyaksikan sendiri salji turun. Seronok bukan kepalang! Kami fikir mungkin tidak berpeluang ada pengalaman tengok salji turun memandangkan ini sudah bulan Januari dan lagi Nottingham jarang ada salji. Alhamdulillah perancangan Allah tiada sapa dapat menduga. 

Salji turun!
Salji mula turun lebih kurang jam 10 malam waktu tempatan sehingga kira-kira pukul 1 pagi. Bergegas kami keluar rumah, membuat bising di malam hari.haha Sorry neighbours, it's our 1st time! Sejuk yang amat, suhu ketika itu -1C. Satu jam juga kami diluar, menggigil, beku tangan main salji.


Pemandangan dari dalam rumah kami. Subhanallah sangat cantik. 'Putih bak Salju', memang putih bersih.

Pagi-pagi Kami pergi ke Forest Field, tempat rekreasi berhampiran untuk sesi bermain sledge dan bergambar sakan. Weehoo!! Salji tidak tebal mana, jadi harus cepat sebelum ia mencair.

Sledging Time!
Seronok juga main luncur ni. Tapi saya asyik melencong dari laluan lurus. haha tak tahu teknik yang betul. Sila cuba lagi.


Damia & husna sampai menangis sebab terlalu sejuk. Apa tidak, mereka yang paling galak meredah salji dan main ais, sudahnya tangan masing-masing jadi beku dan mula sakit. Pelajaran, pengalaman dan kenangan sampai besar wahai anak-anak..


Olaf
Nottingham, 16-17 January 2016, 10pm - 12pm.
Great experience!
Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...