Disini saya kongsikan beberapa tips penting dalam penghasilan meringue:
- Telur mestilah fresh. Jika telur yang digunakan lebih dari 2minggu, anda akan dapati tiada buih terbentuk pada kelajuan minimum. (tanda-tanda awal kegagalan kejadian meringue)
- Seeloknya gunakan telur A.
- Semasa mengasingkan putih telur dari kuning telur, pastikan tangan serta bowl yang digunakan kering & bersih.
- Buang serpihan-serpihan kulit telur yang termasuk dalam bowl jika ada.
- Sukatan gula jangan dikurangkan terlalu banyak. (memang ia manis sebab ia pavlova!)
- Semasa mencampurkan tepung jagung & cuka, cukup sekadar kaup balik secara perlahan sahaja. Sekadar untuk bagi sebati.
- Bakar pada suhu rendah mengikut suhu oven masing-masing. Setiap oven adalah berbeza suhunya. Jadi kenali oven anda. Wink!
Perhatikan gambar dibawah:
Sumber google |
- Putih telur akan berbuih pada awalnya.
- Teruskan beat dengan kelajuan maximum sehingga dapat stiff peaks. Pada tahap ini sila gunakan spatula untuk kaup balik tepung & cuka.
- Jangan sampai over whip.
Selamat Berjaya..
No comments:
Post a Comment