Lembut. Wangi. Kurang Manis. Sedap |
Bahan- bahan:
4 keping roti
2 biji telor
½ cawan susu pekat
170 ml susu cair
8 g serbuk agar-agar
½ cawan gula
2 sudu besar butter cair
31/2 cawan air
Pewarna
merah & coklat emulco
Saya tambah
sos stoberi & sos coklat hershey’s
Cara-cara:
- Blend roti, telor, susu pekat, susu cair, ½ cawan air. Ketepikan.
- Didihkan 3cawan air bersama gula, serbuk agar-agar.
- Masukkan bahan yang telah diblend tadi.
- Masak sampai didih, kacau guna whisk.
- Masukkan butter cair.
- Bahagikan adunan 3 bahagian.
- 1 bahagian masukkan pewarna merah (sy tambah sos stoberi hershey’s)
- 1 bahagian masukkan coklat emulco (sy guna sos coklat hershey’s
- 1 bahagian biarkan pada warna asal.
- Mula melapis dgn satu warna diikuti warna yg lain.
- Habis melapis boleh lorekkan menggunakan lidi.
- Simpan dalam peti sejuk sehingga keras.
No comments:
Post a Comment