Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Monday, 30 November 2015

Hello Kitty Cakes

Artwork Hello Kitty Cartoon
Rainbow Theme
Square cake 2kg++



Sunday, 29 November 2015

Lempeng Kelapa in Nottingham

Lempeng kelapa
cicah kari kambing.

Cuaca sejuk ditambah hujan amatlah sedap menikmati lempeng kelapa kan. Walaupun kelapa parut yang original nan hado dekat Nottingham ni tapi gigih juga nak makan lempeng kelapa #rindu Malaysia sebenarnya.sob sob..Jadi saya gantikan dengan dessicated coconut, jadilah kan buat rasa-rasa kelapa.huhu

Bahan-bahan:

11/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1cawan kelapa putih/dessicated coconut
11/3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuat:

  1. Campurkan tepung gandum, baking powder, kelapa parut & tambahkan air. Gaul sebati.
  2. Tambahkan garam secukup rasa, bagi rasa lemak2.
  3. Panaskan nonstick pan, sendukkan adunan kedalam pan & ratakan dengan senduk.
  4. Masak dengan api sederhana.
  5. Hidangkan bersama kari daging/ sambal tumis.














Saturday, 28 November 2015

Art is a Must !!

Sepanjang minggu ni aktiviti homeschooling adalah serius. Dari hari isnin mama asyik kejar silibus menggunakan buku-buku latihan PTS & Sasbadi.

Rasa rugi pula tak bawa buku latihan silibus sekolah Malaysia banyak-banyak tempohari. Hanya berbekalkan silibus tahun satu saja. Tahun depan balik Malaysia perlu kejar silibus tahun 2 pula. May Allah ease..

Pagi-pagi anak-anak syurga dah tanya harini nak belajar apa mama? Berbunga-bunga hati mama nakkk.. Makanya harini mereka mulakan kelas dengan aktiviti mewarna menggunakan water colour. Stamping & painting with straw. Excited!!

Stamping guna kentang
yang diukir bentuk & sayuran.
 Apa yang ada je masa tu hihihi

Syok betul dak adik melukis.

Friday, 27 November 2015

10 Tips for Beginner Bakers

Dunia baking ni macam dunia fesyen juga. Sentiasa akan ada idea-idea deko terbaru, resepi terbaru, macam-macam lagi lah. Kadang-kadang sampai tak larat nak ikut trend*nanges*..InshaAllah kalau ada minat yang mendalam (bukan hangat2 ye), rajin & semangat kuat pasti jadi baker yang berjaya ada nama & identiti kek yang tersendiri. 

Meh saya kongsikan beberapa tips untuk yang baru berjinak-jinak baking.  

  1. Mulakan dengan bismillah & selawat.
  2. Baca resepi secara menyeluruh & fahamkan teknik.
  3. Sediakan semua bahan & peralatan yang diperlukan di satu tempat.
  4. Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik. 
  5. Sebelum bancuh bahan-bahan, alaskan dahulu pan/ loyang dengan baking paper siap-siap.
  6. Panaskan oven. Sekurang-kurangnya 15-20minit awal.
  7. Ayakkan bahan-bahan kering.
  8. Pecahkan telur dalam bekas berasingan. Manalah tahu kot ada telur tembelang, terpaksa buang semua bahan pulak nanti.
  9. Campurkan semua bahan ikut turutan seperti dalam resepi. Kat sini korang jangan derhaka tau.
  10. Bakar ikut pada suhu oven memasing. Setiap oven suhu berbeza, jadi kenali oven anda ya.

Semoga berjaya!!

Thursday, 26 November 2015

Cuppies for all occasions

Cupcake for Hantaran

Red Velvet with
Creamcheese

Choc moist with ganache
& buttercream flower

Wednesday, 25 November 2015

Number cake & Minion Theme

Choc Moist Cake 2kg++
Number 1 cake
Artwork Cartoon
Red Velvet Cupcakes with Edible Image




Tuesday, 24 November 2015

Cakes with Edible Image

Charge tambahan RM15 dikenakan untuk penggunaan edible image.

Frozen : Anna & Elsa

Princesses

Ultraman

Transformers

Gambar kelas

Monday, 23 November 2015

Pembuka Selera: Kerabu Ikan Bilis


Resepi sihat lagi mudah. Main campak-campak saja. Cuma perlu berhati-hati sebab tanpa sedar nasi dah bertambah 3pinggan.haha

Bahan-bahan: 


Ikan bilis secukupnya - digoreng rangup
Timun jepun - dihiris panjang
Bawang besar - dihiris halus
Daun ketumbar (saya tak letak)
Tomato

Bahan Sos:


Cili api 4biji
Sebatang serai - diracik halus
Sebiji lemon (ambil air perahan)
Sos ikan (saya tak letak)
Garam & gula

Bila nak makan baru gaulkan semua bahan diatas. Lagi masam lagi sedap. (saya suka masam)

*credit to Pn.Kamariah Abdullah atas cadangan awesome ni. Den makan tak toleh kiri kanan dah.huhuhu

Sunday, 22 November 2015

DIY 1 : Marble Maze

>> Guli berhalangan.

Wow!! Sangat teruja dengan aktiviti ini. Anak-anak pun excited sungguh. Aktiviti ini untuk latih motor skill mereka. Saya praktikkan kat semua anak-anak, yang paling best sebab dapat renggangkan mereka dengan gadjet. Alhamdulillah..

Mudah & cepat penyediaannya. Bahan yang diperlukan ialah kotak, straw (lebih elok gunakan straw yang bersaiz besar), guli, gam, gunting.

Bahan-bahan yang diperlukan.
Potongkan straw berwarna-warni kepada beberapa bahagian. Aturkan didalam kotak seperti halangan kepada guli untuk bergerak bebas & gamkan straw.
Hasil Maze kami.
Budak ni yang paling excited. 

Penambahbaikan:- 
  1. Gunakan straw besar supaya guli tidak mudah terkeluar dari landasan.
  2. Buat halangan yang lebih sukar.
  3. Sila buat 2-3set maze mengikut bilangan anak-anak supaya tidak berebut.hahaha



Saturday, 21 November 2015

Kenapa kene order awal??

Assalamualaikum..

Pernah tidak anda tertanya-tanya kenapalah para bakers ni susah sangat nak terima order terkezut a.k.a adhoc order. Tambah pulak kalau musim cuti sekolah, cuti perayaan, cuti umum yang panjang. Kan?

Minta maaf ye semua. Kami para bakers bukannya sengaja menolak rezeki ataupun sombong. Jadual kami adalah padat di setiap musim yang saya sebutkan diatas, ramai kan yang suka sambut birthday, anniversary, berkahwin bertunang waktu semua adik beradik berkumpul. Jadi silalah order seawal yang boleh, 1-2minggu awal.

Sebabnya kami buat kek ikut order, awal 2hari sebelum anda ambil kek. Kami tidak menyimpan stok kek terlalu lama (1minggu lebih). Semua kek kami bake fresh, ISTIMEWA untuk yang menempah sahaja. Untuk kek kahwin pula, sebaiknya tempah 1-2 bulan sebelum majlis. Awal? Tidak ye, silap-silap ramai dah bakers yang tutup ambil order kek kahwin, lagi-lagi di musim cuti sekolah. Kek kahwin lagi ISTIMEWA & biasanya bertingkat-tingkat. 

Jadi bakal-bakal pengantin rancanglah sebaiknya. Pilih bakers yang anda berminat dengan hasil kerjanya, nyatakan kek kahwin impian anda, nyatakan budget & minta quotation. Kalau terlambat masuk order jangan menangis tepi bucu katil ye. Bukan rezeki namanya.hihi

Musim Raya. Yang ini 1st batch,
ada lagi 2batches nak diselesaikan.
Artwork cartoon cake makan masa tau nak siapkan.




Friday, 20 November 2015

Penghargaan dari Pelanggan.

Alhamdulillah, alhamdulillah dengan izin Allah semuanya ini terjadi. Saya kembalikan segala pujian kepadaNya. Segala kekurangan & kelemahan datang dari pihak saya. Mohon ampum & maaf jika ada yang tidak memenuhi piawaian citarasa anda ya customers sekalian. Jootaan terima kasih atas sokongan yang tak pernah putus dari dulu, kini & akan datang. Majulah kek halal untuk dunia!

Indulgence cake with edible image
Chocolate Moist Cake


Thursday, 19 November 2015

Belajar Mengenal Abjad & Nombor

Anak-anak lebih mudah tertarik untuk belajar jika kita menggunakan kertas yang berwarna-warni. Sebenarnya nak mengajar husna (1thn 10bln) mengenal nombor & abjad, jadi saya gunakan lukisan. 


Kakak yang lebih teruja, jadi kita belajar bersama.

Misi - mengenalkan nombor & abjad, sepadankan mengikut tulisan berwarna.

Alhamdulillah untuk kakak ini adalah mudah. Untuk husna perlu latih selalu, setakat ini husna pandai susun-susun ikut bulatan tapi tidak mengikut susunan yang betul.

Aktiviti ini juga boleh melekakan husna. Kurang sikit gangguan kepada kakak & abang yang tengah buat homework.hehe




Wednesday, 18 November 2015

WAHM & Homeschooling

Sebagai ibu yang bekerja dari rumah, sudah pasti anak-anak doplohpat jam berada dengan ibu. Alhamdulillah. Satu nikmat yang tidak semua ibu dapat tapi ramai yang mahu.

Jadi apa kata kita homeschool anak-anak. Semestinya pendidikan yang terbaik bermula dari rumah kan. Homeschool sesuai untuk umur 1-5 tahun. Bila anak dah masuk 6tahun tu eloklah hantar ke sekolah bagi mereka serasi dengan keadaan persekitaran, bersosial agar tidak janggal.

Tips untuk ibu - biasanya saya akan cuba siapkan kerja-kerja rumah seawal mungkin. Masak, basuh, mengemas ala kadar. Kemudian baru boleh fokus untuk mengajar anak2.

Masa yang saya diperuntukkan 2 - 4 jam sehari. Tapi tapi...bukanlah berterusan, bagi mereka ruang untuk 'take 5', snack time, solat, lunch. Ikut keselesaan mereka.

Alat bantu mengajar - gunakan objek/ kertas/ marker yang berwarna-warni. Kotak/ botol/ tisu roll jangan dibuang, ia boleh digunakan sebagai alat craft.

Follow group/ instagram/ pinterest homeschooling. Ramai mat saleh yang sharekan idea/ aktiviti yang bersesuaian untuk umur anak. Banyak idea boleh kita cedok. Tinggal rajin atau tak je nak buat.*winking emoticon*
Tengok tu teruja tak ibu-ibu? Hihi 
*sumber google.

Sunday, 15 November 2015

Tutorial Penggayaan AJ Terkini

Hari ini saya nak sharekan gaya pemakaian tudung bawal. Pilihan saya semestinya AJ. Design yang up to date, harga berpatutan hati perempuan mana yanng tidak tertawan. Kebetulan pula jiran sebelah rumah saya adalah reseller AJ, jadi makin rancak lah pengumpulan aset tudung AJ.hahaha tapi saya bukan lah fanatik sangat, bila ada kemampuan apa salahnya beli untuk reward diri sendiri.

Apapun gaya & jenis tudung yang kita gayakan, pastikan ianya mampu menutupi dada, bahu serta belakang tubuh kita. Juga jangan ada 'bonggol unta' dirambut kita. Mari kita labuhkan tudung, berstokin kaki serta berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Moga terus istiqomah.

Jom kita layan video ni:
 Tutorial Gaya Tudung Simple 


Sumber google

Saturday, 14 November 2015

My Lova Lovas..

Dalam entri 13 November 2015,  saya sudah kongsikan banyak tips penting dalam penghasilan meringue. Anda dah cuba? 

Nah saya bagi semangat cuci mata dengan gambar pavlova air tangan saya. Kalau tak cukup masa juga untuk membuatnya bolehlah tempah dari saya. hehehe

Fully coated with fresh cream

Awww seksinya dinding awak cik lova


Friday, 13 November 2015

Tips Meringue confirm jadi.

Untuk menghasilkan meringue amatlah mudah jika anda tahu teknik serta tips yang betul. Teknik yang digunakan ialah 'beat to stiff peak', dalam erti katanya anda perlu pukul putih telur pada kelajuan maksimum mixer, sehingga putih telur 'bertanduk'.

Disini saya kongsikan beberapa tips penting dalam penghasilan meringue:


  1. Telur mestilah fresh. Jika telur yang digunakan lebih dari 2minggu, anda akan dapati tiada buih terbentuk pada kelajuan minimum. (tanda-tanda awal kegagalan kejadian meringue)
  2. Seeloknya gunakan telur A.
  3. Semasa mengasingkan putih telur dari kuning telur, pastikan tangan serta bowl yang digunakan kering & bersih. 
  4. Buang serpihan-serpihan kulit telur yang termasuk dalam bowl jika ada.
  5. Sukatan gula jangan dikurangkan terlalu banyak. (memang ia manis sebab ia pavlova!)
  6. Semasa mencampurkan tepung jagung & cuka, cukup sekadar kaup balik secara perlahan sahaja. Sekadar untuk bagi sebati.
  7. Bakar pada suhu rendah mengikut suhu oven masing-masing. Setiap oven adalah berbeza suhunya. Jadi kenali oven anda. Wink!

Perhatikan gambar dibawah:

Sumber google

  1. Putih telur akan berbuih pada awalnya.
  2. Teruskan beat dengan kelajuan maximum sehingga dapat stiff peaks. Pada tahap ini sila gunakan spatula untuk kaup balik tepung & cuka.
  3. Jangan sampai over whip. 

Selamat Berjaya..



Thursday, 12 November 2015

Hantaran Jambangan Bunga Coklat

Cipta kelainan dalam dulang hantaran anda dengan jambangan bunga coklat. Coklat menggunakan premium milk chocolate & white chocolate. Warna boleh mengikut tema pilihan anda. 

Berita baik untuk semua, kini jambangan bunga coklat ini boleh dipos ke seluruh semenanjung malaysia. Penghantaran dijangka dalam tempoh 3-4 hari bekerja. Jadi anda perlu menempah dengan kami seawal 2minggu dari tarikh majlis. 

Hantaran bertema hitam & putih
50pcs choc praline



Wednesday, 11 November 2015

Cheesecake Lover

Sapa suka cheesecake kita geng! 

New York Cheesecake 
Oreo Cheesecake. 
Fruitlicious Cheesecake


Limpahan choc ganache yang memanggil-manggil.. Yang tengah berdiet sila senyum aje.hihi

Tuesday, 10 November 2015

Puding Roti Selembut Salju

Lembut. Wangi. Kurang Manis. Sedap

Bahan- bahan:

4 keping           roti
2 biji                telor
½ cawan           susu pekat
170 ml              susu cair
8 g                   serbuk agar-agar
½ cawan           gula
2 sudu besar    butter cair
31/2 cawan      air
Pewarna merah & coklat emulco
Saya tambah sos stoberi & sos coklat hershey’s

Cara-cara:
  • Blend roti, telor, susu pekat, susu cair, ½ cawan air. Ketepikan.
  • Didihkan 3cawan air bersama gula, serbuk agar-agar.
  • Masukkan bahan yang telah diblend tadi.
  • Masak sampai didih, kacau guna whisk.
  • Masukkan butter cair.
  • Bahagikan adunan 3 bahagian.
  • 1 bahagian masukkan pewarna merah (sy tambah sos stoberi hershey’s)
  • 1 bahagian masukkan coklat emulco (sy guna sos coklat hershey’s
  • 1 bahagian biarkan pada warna asal.
  • Mula melapis dgn satu warna diikuti warna yg lain.
  • Habis melapis boleh lorekkan menggunakan lidi.
  • Simpan dalam peti sejuk sehingga keras.






Monday, 9 November 2015

Doa sharing dari rancangan semanis kurma

Antara tips doa yg diberikan oleh ustaz & ustazah ialah:

  • Doa anak cepat cerdik : Surah Al- Anbiya ayat 79
  • Doa agar anak taat pada Allah : Al- Baqarah ayat 128
  • Doa mendapat anak yg soleh : Ali- Imran ayat 38
  • Doa pelembut hati : An- Namli ayat 30-31
  • Doa kasih saying suami isteri : Al – Furqan ayat 74 & Ali – Imran ayat 31


Sama-samalah kita panjangkan ilmu ni. Selamat beramal semua.

Sunday, 8 November 2015

Sama Tapi Tak Serupa : 2tiers Stacked wedding cake

Stacked kek memerlukan teknik yang perlu berulangkali dicuba. Cuba untuk levelkan pasak supaya kek di bahagian atas sekata. Boleh gunakan straw/ chop untuk jadikan pasak dalam kek.

Penyediannya agak memakan masa memandangkan kek perlu dikeraskan dahulu sebelum di'stack'. Ia bagi mengelakkan buttercream yang sudah dideko menjadi comot.

Pemilihan saiz loyang juga memainkan peranan. Seeloknya gunakan loyang yang 3inch berbeza untuk atas & bawah. 

Bawah size 9"
Atas size 6"
Kek jadi tinggi.


Bawah 10"
Atas 7"
Kek agak rendah



Berat keseluruhan selepas deko ialah 3.5-4kg. Terima kasih kepada pengantin atas tempahan ini. Banyak dapat saya belajar dari pengalaman ini.

Saturday, 7 November 2015

Throwback!!

Mengimbas semula kenangan kek-kek kahwin yang pernah saya buat. Ini adalah antara kek kahwin bertingkat yang terawal dibuat. Saya hadiahkan pada pasangan pengantin rahman & yuzalia pada resepsi sebelah lelaki.

Mujur mereka menerima sahaja kek apa yang hendak saya buatkan. Jadi mudahlah kerja saya. 
Saya terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis mereka sebab mereka ni adik ipar & biras saya. (memang selalunya family lah org terawal cuba produk kita kan?)hihi

Pada sebelah siang saya menolong kerja-kerja setup majlis manakala di sebelah malam baru saya berpeluang bake & deko kek mereka. Kebetulan pula masa itu anak-anak kurang sihat. Jadi proses menyiapkan kek ni sedikit lambat dari yang dijangka. Dengan izin Allah dapat juga saya siapkan. Alhamdulillah.

Selepas disetup di meja makan beradap.
1st tier : Rainbow cake
Bottom : Buttercheese cake
Cupcakes : Choc moist




Gembira, senang hati bila ramai dapat menjamu ramai orang kan. Bertitik tolak dari situlah semangat, keyakinan saya makin kuat untuk ambil tempahan-tempahan kek kahwin yang seterusnya. 


Bila kita dah cuba baru kita tahu sejauh mana kemampuan & kebolehan diri serta skill yang kita ada. Yakinlah! May Allah make ways & ease everything ahead for us..

Friday, 6 November 2015

Bantuan musim sejuk.

Musim sejuk makin hampir. Waktu siang di Nottingham jadi pendek (10jam) & malam hampir 14jam panjangnya. Suhu pula makin drop & dense fog berlaku hampir setiap hari. Kadangkala dari pagi berlarutan ke petang keadaan berkabus tu.

Sunrise pada pukul 7.10am, menjelang pukul 4.30pm hari sudah gelap. Waktu solat jadi singkat. Allahu Akbar! Diluar sejuk terasa menyerap sampai ketulang. Itupun sudah berlapis-lapis baju dipakai beserta coat & gloves. 

Terbayang bagaimana rakyat palestine, syria & Iraq yang kehilangan tempat tinggal meneruskan kehidupan mereka. Anak-anak kecil, baby, ibu mengandung, warga emas tinggal sehelai sepinggang. Moga mereka sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah.

Aqsa Sharif ada menubuhkan dana 'Winter Relief 2015'. Dana bertujuan membantu menampung keperluan rakyat palestine, syria & Iraq semasa musim sejuk. Sumbangan boleh disalurkan ke account seperti tertera dibawah. Anda boleh menderma seberapa banyak yang mampu. Tarikh akhir sumbangan ialah 31 Disember 2015.

Bantu yang memerlukan maka Allah bantu kita. 

Thursday, 5 November 2015

Autumn In My Heart.

Hujung minggu lepas  kami berkesempatan meronda-ronda di Arboretum Park. Park ni dekat saja dengan lokasi rumah kami. Hanya mengambil masa 15minit berkenderaan ke sana. Alhamdulillah cuaca cerah dari pagi sampai ke petang, suhu 14C.

Kawasan tasik di dalam Arboretum Park.
SubhanaAllah sangat sempurna & cantik ciptaan Allah.


Inilah family kecil saya. *smile emoticon*
Dedaun menguning keemasan. Andai saja boleh ditukar jadi deduit. kihkihkih
Ombre colour. Memang sesuai sangat untuk dijadikan idea mendeko kek.
Once a baker always a baker.Wink!
MasyaAllah hijau merah oren kuning!!


Hampir 3jam kami meronda, picnic & bergambar dalam taman ni. Sakan! Anak-anak pun keletihan. Great family time we had. Looking forward to visit another park (many more).InshaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...