Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Sunday, 15 May 2016

Panduan Memulakan Bisnes Pertama.

Apa rasanya ada hobi yang mampu menjana pendapatan? Seronok lah! Hobi yang memang kita suka, minat sangat nak buat tu boleh dijadikan sumber pendapatan tau. Jangan percaya, buat je dulu. Buat dengan ilmu dan cari mentor.

Mulakan dengan apa yang ada, biar kecil tapi berterusan. Gunakan modal yang ada ditangan, usah bergolok bergadai buat loan. Ingat! Ini bisnes pertama kita, tak tahu lagi rentak perjalanan bisnes ini bagaimana. Nanti dalam perjalanan bisnes kita tambah, lengkapkan mana yang kurang. Kalau tunggu semuanya lengkap, memang lambatlah. Lepas tu motivasi pun lemau, maka datanglah 'budak kecik' dalam diri yang akan pertikaikan diri sendiri.

Sekarang ni zaman semuanya dihujung jari. Kedai pun boleh dalam talian je, kedai maya. Gunakan segala medium yang ada, Facebook, Instagram, Twitter, blog dan macam-macam lagi. Pengguna suka shopping online, jimat masa! Jadikan rumah macam office..oppss haha

Paling penting, rekodkan semua perbelanjaan keluar masuk setiap hari, simpan segala mak nenek resit/ bil. Senang nak audit hujung tahun sok, dah tak perlu selongkar bawah sofa bawah katil cari resit. Takmo jadi penggelap duit syarikat sendiri, takmo takmo..

Kalau sekarang sedang bekerja, jangan lah berhenti notis 24jam sebab nak bisnes. Teruskan kerja, sambil-sambil tu buatlah bisnes. Join dropship ke hape ke janji buat bersungguh-sungguh sampai dapat kekalkan momentum. Ehh tapi janganlah masa untuk kerja hakiki pun dok pulun buat bisnes. Fikirkan dimana berkatnya bisnes tu kalau dah curi masa kerja hakiki. Allah bagi kita 24jam kan, pandai-pandailah bagi masa ye tak. Semoga berjaya dalam jihad ekonomi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...