Bismillah..
Sedikit perkongsian pengalaman saya sendiri bersama GSL. Sudah hampir 3bulan saya bersama Group Support Like aka GSL di facebook. Selama 3bulan ini juga facebook personal saya berubah 360 darjah. Penuh dengan pengisian ilmu, kata-kata semangat dan sharing yang positif serta bermanfaat hendaknya.
Kalau dulu sebelum join GSL, nak menulis di wall sendiri pun malu. Asyik taip padam, taip padam, akhirnya tak ada status pun yang dibuat. Habis baik pun hanya muatnaik gambar-gambar tempahan kek, itu pun dengan caption yang ciput aje. hihi
Dulu la, dulu...sebab tak ada ilmu, tak ada guru yang tunjuk ajar. Alhamdulillah Allah lorongkan untuk bertemu ejen GSL. Terima kasih cik Kogy menemukan saya dengan GSL. Terima kasih kepada pengasas GSL Tuan Khairul Zahrin, berjaya mencipta fenomena tsunami GSL. Tahniah kerana sudah setahun membina empayar GSL.
Antara ilmu yang saya belajar dalam GSL ialah cara menulis dengan baik, cara beriklan yang betul, bagaimana menarik engagement dan kekalkan momentum persekitaran positif di Facebook. GSL juga merupakan platform untuk saya bertemu kawan bisnes dalam pelbagai bidang dan berpeluang belajar banyak perkara dari kawan-kawan juga. Ilmu yang tak disangka-sangka Allah beri. Alhamdulillah..
Jadi siapa yang berminat nak join komuniti GSL jom whatsapp saya ejen GSL di 017-3141377 (Qaleesya). Saya bantu anda sehabis mampu. Berjemaah membina engagement, kita mampu pergi jauh.
No comments:
Post a Comment