Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Friday, 27 May 2016

Mudahnya Congo Bars

Walaupun dah tak trending lagi, kaksya tetap suka makan Congo Bar tambah lagi mudah sangat nak sediakan. Buat kudapan minum petang, lawankan dengan teh O limau panas. Wallahh nikmat sungguh. Pelik sket nama dia Congo, taktahulah mungkin origin dari  congo kot. Wallahuaklam.. Meh layan resepi.

Bahan:

315g   tepung gandum
21/2st baking powder
1/2 st  garam
150g   mentega
250g   gula perang
3biji    telor A
1st      esen vanila
150g   choc chips
70g     choc bar (potong petak dan nipis)
100g   almond flakes


Cara:
  1. Alas loyang 10 x 10inch dengan baking paper. Lebihkan baking paper pada setiap bahagian supaya mudah keluarkan congo bar.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam.
  3. Masukkan choc chips, choc bar dan almond flakes. Gaul rata dan letak tepi.
  4. Dalam bekas lain, satukan mentega dan gula perang. Gaul guna spatula.
  5. Masukkan telor satu persatu. Kacau sebati.
  6. Masukkan esen vanila.
  7. Masukkan tepung yang dah digaul dengan choc chips tadi. Sebatikan.
  8. Tuang dan ratakan dalam loyang.
  9. Bakar selama 35-40minit suhu 150C (ikut suhu oven masing2)

Kalau tak habis, simpan dalam bekas kedap udara okay. Selamat menjamu selera.

Friday, 20 May 2016

Book review : Buttercream one-tier wonders



Bismillah..
Hari ini kak sya nak bayar hutang book review. Maaf lambat ye semua, 2minggu yang super sibuk. Okay buku Buttercream One-tier wonders by Valeri & Christina merupakan buku ke-3 dari mereka. 
Ada 10 bahagian tema dekorasi kek antaranya Classic, Scenic, Shabby Chic, Metallic. Ada 30 kek idea, setiap bahagian diberikan 3 biji kek contoh berserta step by step. Ralit dok belek-belek gambar sebab cantik sangat, cara dan penerangan mudah difahami. Ada disertakan tips lagi uolss. Yeay!! Bonus diajar teknik buat bunga rose, hibiscus, ruffle flowers dan cara guna wafer paper.
Pencinta kek buttercream seperti kak sya harus dapatkan buku ni. Tambah skills dan idea mendeko supaya kek kita lain dari lain. Superb Awesome!


Thursday, 19 May 2016

Non Dairy vs Dairy Whipping Cream

Keliru dengan dua beradik lain susur galur ni? Kak sya terangkan serba ringkas kegunaannya ya. Check it out.
Non-Dairy Whipping Cream
Non-Dairy Whipping Cream aka Fresh Cream biasanya digunakan untuk menghias kek. Lebih stabil sebab dirumus dari minyak sayuran & kelapa sawit. Perlu disimpan dalam peti sejuk beku, jangka hayat lama. Cara guna : Nyahbeku, kemudian tuang dalam mixer, pukul dengan kelajuan maksimum sehingga cream kental dan bertanduk. Tak perlu tambah gula.
Favourite brand : Rich's Gold Label, Vivo, Value Pride.
Dairy Whipping Cream

Dairy Whipping Cream aka Double Cream/ Thick Cream biasanya digunakan dalam masakan, untuk buat ganache dan inti creampuff. Ia adalah hasil tenusu, jangka hayat pendek serta kurang stabil jika digunakan sebagai hiasan kek. 
Favourite brand : Anchor






Wednesday, 18 May 2016

Kek Hari Ibu.

Sebenarnya hari-hari pun hari ibu kan. Setiap masa hargai ibu kita. Banyak ibu dan ayah korbankan untuk besarkan kita. Tak terbalas segalanya. Setiap hari sedekahkan Al-fatihah untuk ibuayah kita samada yang masih hidup atau telah pergi menemui Allah. Kita juga bakal menyusul, semoga anak-anak kita mampu hadiahkan doa banyak-banyak untuk kita nanti. Amin..

Tuesday, 17 May 2016

Mirror glaze cake

MashaAllah! Kek ke apa ni, berkilat macam cermin boleh tengok jerawat kat muka..heh heh ...Hebatnya Allah ciptakan manusia dengan skill yang bermacam-macam, skills yang hebat, semuanya Allah punya. 

Banyak lagi design-design yang cantik tertarik mampu menggoda mata. Korang gi skodeng kat intagram owner dia @olganoskova dari Rusia. Korang tengok keratan rentas kek-kek yang olga buat, kompom korang terliur.


Monday, 16 May 2016

GSL semakin menggempur!

Harian Metro, 9 Mei 2016
Alhamdulillah, GSL mengorak langkah maju 2,3 tapak ke hadapan lagi. Tengok gambar tu, haa itulah pengasas GSL, tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Selama setahun beliau berhempas pulas demi membantu usahawan-usahawan mahir berniaga di Facebook. 

Semalam kami dimaklumkan oleh beliau yang GSL akan memulakan langkah baru dengan membantu usahawan mendapatkan ilmu-ilmu bisnes dari pakar-pakar yang terpilih. Pakar storytelling, pakar marketing, pakar networking dan lain-lain yang akan membantu usahawan. Semoga dipermudahkan.


Qaleesya Roslan,
Ejen GSL.


Sunday, 15 May 2016

Panduan Memulakan Bisnes Pertama.

Apa rasanya ada hobi yang mampu menjana pendapatan? Seronok lah! Hobi yang memang kita suka, minat sangat nak buat tu boleh dijadikan sumber pendapatan tau. Jangan percaya, buat je dulu. Buat dengan ilmu dan cari mentor.

Mulakan dengan apa yang ada, biar kecil tapi berterusan. Gunakan modal yang ada ditangan, usah bergolok bergadai buat loan. Ingat! Ini bisnes pertama kita, tak tahu lagi rentak perjalanan bisnes ini bagaimana. Nanti dalam perjalanan bisnes kita tambah, lengkapkan mana yang kurang. Kalau tunggu semuanya lengkap, memang lambatlah. Lepas tu motivasi pun lemau, maka datanglah 'budak kecik' dalam diri yang akan pertikaikan diri sendiri.

Sekarang ni zaman semuanya dihujung jari. Kedai pun boleh dalam talian je, kedai maya. Gunakan segala medium yang ada, Facebook, Instagram, Twitter, blog dan macam-macam lagi. Pengguna suka shopping online, jimat masa! Jadikan rumah macam office..oppss haha

Paling penting, rekodkan semua perbelanjaan keluar masuk setiap hari, simpan segala mak nenek resit/ bil. Senang nak audit hujung tahun sok, dah tak perlu selongkar bawah sofa bawah katil cari resit. Takmo jadi penggelap duit syarikat sendiri, takmo takmo..

Kalau sekarang sedang bekerja, jangan lah berhenti notis 24jam sebab nak bisnes. Teruskan kerja, sambil-sambil tu buatlah bisnes. Join dropship ke hape ke janji buat bersungguh-sungguh sampai dapat kekalkan momentum. Ehh tapi janganlah masa untuk kerja hakiki pun dok pulun buat bisnes. Fikirkan dimana berkatnya bisnes tu kalau dah curi masa kerja hakiki. Allah bagi kita 24jam kan, pandai-pandailah bagi masa ye tak. Semoga berjaya dalam jihad ekonomi..

Saturday, 14 May 2016

Selamat Pengantin Baru.

Tempahan dari kakak pengantin untuk majlis perkahwinan adiknya. Baiknya kakak sponsor kek untuk adik. Semoga murah rezeki selalu dan selamat pengantin baru.

Qaleesya's Desserts,
Melaka.

Thursday, 12 May 2016

Manfaat bersama GSL.

Bismillah..

Sedikit perkongsian pengalaman saya sendiri bersama GSL. Sudah hampir 3bulan saya bersama Group Support Like aka GSL di facebook. Selama 3bulan ini juga facebook personal saya berubah 360 darjah. Penuh dengan pengisian ilmu, kata-kata semangat dan sharing yang positif serta bermanfaat hendaknya. 

Kalau dulu sebelum join GSL, nak menulis di wall sendiri pun malu. Asyik taip padam, taip padam, akhirnya tak ada status pun yang dibuat. Habis baik pun hanya muatnaik gambar-gambar tempahan kek, itu pun dengan caption yang ciput aje. hihi

Dulu la, dulu...sebab tak ada ilmu, tak ada guru yang tunjuk ajar. Alhamdulillah Allah lorongkan untuk bertemu ejen GSL. Terima kasih cik Kogy menemukan saya dengan GSL. Terima kasih kepada pengasas GSL Tuan Khairul Zahrin, berjaya mencipta fenomena tsunami GSL. Tahniah kerana sudah setahun membina empayar GSL.

Antara ilmu yang saya belajar dalam GSL ialah cara menulis dengan baik, cara beriklan yang betul, bagaimana menarik engagement dan kekalkan momentum persekitaran positif di Facebook. GSL juga merupakan platform untuk saya bertemu kawan bisnes dalam pelbagai bidang dan berpeluang belajar banyak perkara dari kawan-kawan juga. Ilmu yang tak disangka-sangka Allah beri. Alhamdulillah..

Jadi siapa yang berminat nak join komuniti GSL jom whatsapp saya ejen GSL di 017-3141377 (Qaleesya). Saya bantu anda sehabis mampu. Berjemaah membina engagement, kita mampu pergi jauh.


Wednesday, 11 May 2016

Positive feedback


Happy customer : Kak, terima kasih kek semalam. Sedap sangat, nanti adik-adik Fera kahwin atau tunang nak tempah kat akak lagi.

Qaleesya's Dessserts : Alhamdulillah..syukur!!


Tuesday, 10 May 2016

Pocoyo birthday cake.


 Amirah Suffiya menyambut ulang tahun kelahiran kedua dengan kek coklat moist kegemarannya. Kali ini bonda Amirah Suffiya memilih tema pocoyo untuk majlis harijadi Amirah. Happy birthday sweetie pie!


Qaleesya's Desserts,
017-3141377 (wasap only)






Saturday, 7 May 2016

Meriahnya kek dengan Kitkat & Hershey's.


Kek sebegini ramai peminatnya. Tengok sajalah ia dihias dengan pelbagai coklat, menarik dan tertarik. Dipagari Kitkat, disirami coklat ganache dan ditaburi strawberi & aneka hershey's. Kek 'orang kaya' hakak gelarkan. Harga kita bisik-bisik tepi okay. 



Thursday, 5 May 2016

Apple Blossom ke Sakura?

Bila cake decorator kami ambil mood spring, maka inilah hasilnya. Ehh sapa kata Telok Mas takde musim spring. Haa jangan taktahu, setiap awal tahun antara bulan 1-3 bunga-bunga sakura akan berkembang mekar di sepanjang jalan utama taman kami. Bahkan di sekitar Melaka juga tau. Untunglah...

Wednesday, 4 May 2016

Rahsia disebalik Edible Image.


Pernah tak, edible image korang berkedut-kedut lepas tampal atas kek? Edible image ni bukannya murah tau. Sayang kalau rosak. Meh hakak bagi tips supaya kita tak ulang kesilapan yang sama.

Sebelum tampal atas kek, sapukan coklat putih yang dicairkan pada bahagian belakang edible image secara sekata dan nipis-nipis saja. Tunggu kering dan sedia digunakan. Senyum sikit..=)



smile emoticon

Tuesday, 3 May 2016

Rainbow cake for Princess.


Mariah suka baca buku fairytale dan fefeeling princess. Jadi sempena birthday Mariah, bonda Mariah tempah kek ala-ala princess dari Qaleesya's Desserts. Kek rainbow ini seberat 2.5kg dihantar terus ke rumah bonda Mariah.

pssst kami kenakan charge untuk penghantaran bergantung pada jarak ya. 


Sunday, 1 May 2016

Bestnya Group Support Like.


Bismillah..

Apa apa dengan GSL? Nak jugak ala-ala AADC. haha

Meh hakak tolong rungkaikan persoalan korang tu. GSL a.k.a Group Support Like ialah satu platform untuk entrepreneur yang menggunakan FB personal (online bisnes) untuk menaikkan engagement posting. Satu group untuk kita berkumpul dan membantu satu sama lain dalam bisnes masing-masing. Penuh dengan informasi dan perkongsian dari pengasas dan trainer sekaligus meluaskan networking.

Bagaimana fungsinya?

Dalam GSL setiap ahli perlu mengamalkan sikap supportive dan berfikiran positif. Bantu sahabat dan sahabat akan bantu kita. Bantuan diberikan dalam bentuk LIKE, KOMEN posting ahli-ahli group. Dari situ, ENGAGEMENT akan tinggi, jadi lebih ramai prospek akan nampak iklan yang kita buat. Tiada lagi masalah sendu, bercakap dengan dinding atau krik krik krik. InshaAllah.

Jemaah GSL adalah terdiri dari pelbagai latarbelakang bidang. Ada yang bisnes emas, perfume, pakaian, makanan, stokis. Nampak tak betapa luasnya networking dalam GSL ni. Bila dah ramai usahawan yang berkumpul, akan berlakulah perkongsian demi perkongsian. Menarik menarik?

Berminat untuk jadi family GSL boleh whatsapp hakak di +06017-3141377 (kak sya). Hakak buka kaunter pertanyaan untuk GSL di wasap okayy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...