Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Monday, 11 November 2013

Rainbow cake

Rainbow cake with creamcheese frosting..5 lapisan kek yg berwarna pelangi disaluti philadelphia creamcheese yg sangat sedap.. Trima kasih sudi order..mnta halal mana yg terkurang ya..^_^

 Tempahan dari Raja Azizie, Ayer molek
Berat kek : 1.2kg

 Tempahan dari customer tetapku..thanx ya


Kek Baldu Merah

Red velvet cake with creamcheese frosting..khas ku buat untuk celebrate birthday mak & abah mertuaku..Semoga mereka panjang umur, diberi kesihatan yg baik selalu.


Choc moist with ganache

Koleksi tempahan choc moist cake. Layer & coating dengan fresh cream. Topped dengan ganache. Deco as per requested. Thank u very much pada customer2 ku..

Tempahan dari sis Nurul untuk anaknya Mia, Bachang 
Berat kek: 2.2kg

  
Tempahan dari Yusliza , Utem
Berat kek : 2kg

Tempahan dari Nurul Huda, Bukit katil
Berat kek : 1.2kg

Wednesday, 17 April 2013

Butterscotch Heaven

Assalamualaikum..

Tau x knape saya sukeee makan kek2 kontinental..sbb saya adalah penggemar fresh cream..Bagi la byk mane pon kek yg gune fresh cream mmg sy TAK tolak hokehh!! hehe 
Kek Butterscotch heaven ni fresh creamnya dicampurkan dengan sos butterscotch, pastu ditambah pulak dgn kekacang, mmg lah sgt heaven mkn kek ni..mak mertua lalu blakang pon x nampak gitu.^_^



sisinya ku tabur kacang walnut as per request oleh customer, mau byk2 kacang katanya.

Feedback customer:



Many thanx,
Qaleesya's Desserts, Melaka
017-3141377

Resepi Creampuff



Assalamualaikum..
Ape kaba kwn2? Lamenye qaleesya x update blog,
 dah berhabuk bersawang dah blog ni.
Sapu2, mop sket bagi berseri ..
Kemunculan kembali ni qaleesya nak share resepi
Creampuff ngan uolls..
Credit to Nina Bake House for the recipe..
Mekaseh ye kak nina.moga bisnes terus maju.
Jom kite perpanjang ilmu ni..

CREAMPUFF
Origin: Nina Bake House
Editted by: Qaleesya’s Desserts

Bahan untuk puff:

250 ml air
80 g majerin
160 g tepung gandum
4 biji telur
1 sb esen vanila
Secubit garam

Cara:
  •   Masak air, garam & majerin dalam kuali sampai cair & didih.
  •  Perlahankan api, tuang tepung dalam kuali. Gaul hingga jadi doh. Biarkan doh sejuk.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk & tambahn esen vanila. Kacau sampai buih.
  •  Bila doh dah sejuk, pindahkan tepung dalam mangkuk besar & tuang telur perlahan-lahan sambil kacau.
  • Masukkan dalam piping bag guna nozzle star, pipe atas parchment paper.
  • Bakar suhu 200°C selama 20 minit.
  • Bile puff dah sejuk, belah di tengah & pipekan cream custard. Sedia utk dimakan.



*Tips: Sblm masukkan dalam oven, renjiskan creampuff dgn air sejuk utk kekalkan kerangupan puff.

Bahan utk cream custard:

½ cwn tepung custart/ tepung jagung
½ cwn gula pasir
2 cwn susu cair/ sus segar
1 biji telur
2 sb butter
1 cwn whipping cream

Cara:
  • Campurkan susu,tepung, gula & telur. Kacau sampai adunan pekat likat.
  • Masukkan butter  & whipping cream. Kacau sampai sebati.




Si Baldu Merah


RV cuppies order dari org jauh..jauh ke? Seremban je pon.hehe
Thanks Noni for the order..

Testimonial Pelangganku:

Mr, LOVA again n again




Thanks, 
Qaleesya's Desserts 

Mr. Lova Lova ^_^

Assalamualaikum ..
x dan nk celoteh pepanjang.hihi meh layan pictures..
Anda dh try? Berminat? 
SMS 017-3141377 untuk menempah..TQVM!! ^_^





Thanx,
Qaleesya's Deeserts


Wednesday, 10 April 2013

Red Velvet - moist


2kg++ / size 9''




Thanks, 
Qaleesya's Desserts 

Choc Indulgence



1.2kg++, 8inch




Thanks,
Qaleesya's Desserts

Oh la la : Chocolate Indulgence

Assalamualaikum semua..
Agak renyah tau buat kek kontinental, hanya yang dah membuatnye saje tau.
Patutla harga kek kat SR boleh tahan..huhu



Customer order nk ganache je, yang simple2 aje katanye..
Maseh byk ye sudi menempah ngn QD..



Koleksi Kek Kontinental

Assalamualaikum & salam 1Malaysia..
Antara kek-kek kontinental yang ade dalam list menu Qaleesya's Desserts ialah:
  • Chocolate Indulgence
  • Pecan/ Walnut Butterscotch
  • Red Velvet - moist
  • Russian Black & White
  • Rainbow cake with Creamcheese frosting
Untuk berat kek 1kg++, saya gunakan acuan 7/8inc..
Untuk berat kek 1.5kg - 2kg++, saya gunakan acuan 9/10inc..
Harga amatlah berpatutan..^_^
Berminat?? Untuk menempah sila hubungi 017-3141377..Please place ur order 3days earlier.TQ ^_^

Jom cuci mata dengan gambar kek.



Choc Indulgence



Pecan/ Walnut Butterscotch




Rainbow creamcheese



Red Velvet



Russian Black&White


Thanks,
Qaleesya's Desserts 

Apa beza cupcake dengan muffin??

PERBEZAAN 1
CUPCAKES mempunyai frosting (icing) manakala MUFFIN tidak. Biasanya MUFFIN adalah lebih berkhasiat dan disediakan untuk makan pagi /breakfast berbanding CUPCAKES yang disediakan untuk majlis keraian tertentu seperti majlis kahwin/tunang/akikah. 

PERBEZAAN 2
cara penyediaan muffin adalah berbeza dengan cupcakes;

MUFFIN
1) cara penyediaan MUFFIN adalah lebih kurang sama seperti membuat biskut.;
 campurkan bahan kering dahulu baru sebatikan dengan bahan basah. Sebatikan dengan hanya menggunakan spatula shaja sudah memadai.-jgn over mix kerana boleh menghasilkan gluten dan rongga udara. 

2) MUFFIN dibakar dengan suhu tinggi 180C-200C (20-25min)  bergantung kepada saiz muffin.

CUPCAKES
1) cara penyediaan CUPCAKES adalah sama seperti penyediaan membuat kek. 
butter/marjerin dipukul sebati sebelum dimasukkan gula (dipukul supaya udara & lemak bergabung , kemudian baru masukkan telur , tepung, serbuk penaik dan sesetengah ditambahkan susu).

2) CUPCAKES dibakar dengan suhu seperti penyediaan kek-180C (20-25min).

PERBEZAAN 3

MUFFIN
Perbezaan yang ketara bagi MUFFIN ialah tekstur adunan adalah lebih keras & crumble . Jika diperhatikan adunan muffin akan menggunakan lebih partisi tepung dan hanya sedikit telur digunakan. (biasanya untuk satu adunan hanya 1 biji telur digunakan). Kebiasaannya muffin akan ditambahkan dengan buah kering seperi kismis /badam/kekacang / choc chip. Tekstur MUFFIN  yang kasar menggunakan gula kasar dan bukan gula halus seperti penyediaan kek . MUFFIN dikategorikan sebagai lebih berat & padat berbanding CUPCAKES. LEBIH BANYAK TEPUNG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN MUFFIN YANG CEPAT & MUDAH.

CUPCAKES
Cupcakes mempunyai tekstur adunan yang lebih soft & moist berbanding dengan MUFFIN. istilah gebu biasanya mengikut kepada partisi telur, tepung & susu yang digunakan dalam adunan CUPCAKES. Seringkali org menggunakan kaedah pembuatan kek untuk membuat muffin dimana hasilnya lebih keras dan padat.
CUPCAKES have less denser rather than MUFFIN. 


Credit to Fieda

Apa beza brownies dan kek??

Brownies adalah sejenis kek yang dipotong empat segi, yang berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu. Dan kini brownies mempunyai peminat di merata- rata dunia. Kalau anda ingin tahu, Brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya. Tekstur kek adalah lebih lembut manakala tekstur brownies adalah lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut. Ini adalah kerana Brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula,berbanding kek. Kemeriahan coklatnya meletakkan Brownies pilihan no1 dihati peminatnya. Brownies yang sedap menggunakan coklat yang bermutu tinggi dan harganya agak mahal..






10 Tips Membuat Kek

Saya selalu buat macam ni:
  • Pilih bahan yang baru dan bermutu.
  • Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutama untuk telur dan mentega.
  • Siapkan loyang, gris dengan butter & alas dengan baking paper.
  • Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak. 
  • Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur. 
  • Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 peringkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung.
  • Kacau adunan dengan gerakan satu arah dan ringan, dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik. 
  • Panaskan oven 15 minit sebelum memasukkan kek.
  • Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak.
  • Hias kek agar nampak lebih menarik dan menyelerakan. Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. 
  • Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik. Potong kek mengikut selera anda.

Credit to Juena

Kenali Jenis-jenis Tepung


TEPUNG SERBAGUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.


TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.


TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

T
EPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama Carnation.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR

Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT

Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI

Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI

Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG GLUTINOUS RICE 
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK

Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima. Insyallah hasilnya seperti yang telah D buat.

Sunday, 31 March 2013

Resepi lasagna sedap & mudah

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Harini dah pun penghujung March 2013..
Pantasnya masa berlalu..Masa tak menunggu kita sebaliknya kita yg perlu kejar masa..
Petang2 ni disana minum apa??
Disini melantak lasagna.'melantak' tu..haha
Ape x nye, bile kita DIY lasagna dpt byk, tula untungnye DIY..
Biase mkn kt pizza alahai secoet je tp disini masih bersyukur dgn rezeki itu..Alhamdulillah
So dgn riang gumbirenye disini nk bg resepi lasagna utk disana2 semua..
Must try recipe tau..simple yet delicious.



Lasagna
Sumber: Cahaya Cintaku
Diuji rasa: Qaleesya’s Desserts

Pelakon Utama:

(A) Kepingan lasagna
-didihkan air, bubuh minyak sket & rebus kepingan lasagna

(B) Bahan utk inti daging

Sos Prego (sy guna 1 tin)
Cendawan butang
400g daging cincang
Serbuk black pepper
Serbuk oregano
Bawang besar & bawang putih
1sb sos cili
Garam

Cara:
- Tumiskan bawang, masukkan daging n tunggu sampai daging masak.
- Masukkan sos prego, cendawan butang.Gaul.
- Perasakan dgn garam, serbuk black pepper, serbuk oregano n 1 sb sos cili.

(C) Bahan utk sos putih

2sb     Butter
2kpg   cheddar cheese/cheesdale
250ml fullcream milk
2sb     tepung gandum
Garam (sket je sbb cheddar cheese dah masin)

Cara:
- Pastikan guna api kecik je.
- Cairkan butter, masuk 2sb tepung gandum
- Masukkan susu, keju
- Perasakan dgn garam.
- Kacau sampai likat.

* doublekan bhn utk sos utk rasa yg lebih nyumm!!

(D) Lain2
Mozarella cheese
Parmesan cheese (yg ni sy xgune)

(E) Cara utk assemble

Kepingan lasagna – Inti daging – Sos putih (pastikan cover inti daging, banjir lg bagus) – tabur mozzarella cheese - ulang dgn kepingan lasagna (sy buat 3layer) –daging – sos putih – mozzarella cheese – bakar pd suhu 180C @ 30-40mins.



*utk bahan2 diatas, dapatla 2 bekas aluminium foil cam dlm pic tu.


Selamat mencuba, 
Qaleesya's Desserts
017-3141377

Saturday, 16 March 2013

Order - Kek untuk hantaran

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhirnye siap kek order dari cik Mimi utk majlis pertunangan beliau. Tahniah dik..
Blueberry sponge cake with Buttercream..Pink jadi pilihan tema Mimi & request deco macam dlm pic..






Many thanks,
❤ Qaleesya's Dessert, Melaka 
017-3141377
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...