Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka
Wednesday, 10 April 2013
Apa beza brownies dan kek??
Brownies adalah sejenis kek yang dipotong empat segi, yang berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu. Dan kini brownies mempunyai peminat di merata- rata dunia. Kalau anda ingin tahu, Brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya. Tekstur kek adalah lebih lembut manakala tekstur brownies adalah lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut. Ini adalah kerana Brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula,berbanding kek. Kemeriahan coklatnya meletakkan Brownies pilihan no1 dihati peminatnya. Brownies yang sedap menggunakan coklat yang bermutu tinggi dan harganya agak mahal..
Labels:
Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment