CUPCAKES mempunyai frosting (icing) manakala MUFFIN tidak. Biasanya MUFFIN adalah lebih berkhasiat dan disediakan untuk makan pagi /breakfast berbanding CUPCAKES yang disediakan untuk majlis keraian tertentu seperti majlis kahwin/tunang/akikah.
PERBEZAAN 2
cara penyediaan muffin adalah berbeza dengan cupcakes;
MUFFIN
1) cara penyediaan MUFFIN adalah lebih kurang sama seperti membuat biskut.;
campurkan bahan kering dahulu baru sebatikan dengan bahan basah. Sebatikan dengan hanya menggunakan spatula shaja sudah memadai.-jgn over mix kerana boleh menghasilkan gluten dan rongga udara.
2) MUFFIN dibakar dengan suhu tinggi 180C-200C (20-25min) bergantung kepada saiz muffin.
CUPCAKES
1) cara penyediaan CUPCAKES adalah sama seperti penyediaan membuat kek.
butter/marjerin dipukul sebati sebelum dimasukkan gula (dipukul supaya udara & lemak bergabung , kemudian baru masukkan telur , tepung, serbuk penaik dan sesetengah ditambahkan susu).
2) CUPCAKES dibakar dengan suhu seperti penyediaan kek-180C (20-25min).
PERBEZAAN 3
MUFFIN
Perbezaan yang ketara bagi MUFFIN ialah tekstur adunan adalah lebih keras & crumble . Jika diperhatikan adunan muffin akan menggunakan lebih partisi tepung dan hanya sedikit telur digunakan. (biasanya untuk satu adunan hanya 1 biji telur digunakan). Kebiasaannya muffin akan ditambahkan dengan buah kering seperi kismis /badam/kekacang / choc chip. Tekstur MUFFIN yang kasar menggunakan gula kasar dan bukan gula halus seperti penyediaan kek . MUFFIN dikategorikan sebagai lebih berat & padat berbanding CUPCAKES. LEBIH BANYAK TEPUNG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN MUFFIN YANG CEPAT & MUDAH.
CUPCAKES
Cupcakes mempunyai tekstur adunan yang lebih soft & moist berbanding dengan MUFFIN. istilah gebu biasanya mengikut kepada partisi telur, tepung & susu yang digunakan dalam adunan CUPCAKES. Seringkali org menggunakan kaedah pembuatan kek untuk membuat muffin dimana hasilnya lebih keras dan padat.
CUPCAKES have less denser rather than MUFFIN.
Credit to Fieda
Credit to Fieda
No comments:
Post a Comment