Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Wednesday, 10 April 2013

10 Tips Membuat Kek

Saya selalu buat macam ni:
  • Pilih bahan yang baru dan bermutu.
  • Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutama untuk telur dan mentega.
  • Siapkan loyang, gris dengan butter & alas dengan baking paper.
  • Kacau mentega dan gula terlebih dahulu dengan mixer pada kadar sederhana hingga gula lembut dalam bekas kering dan bebas lemak. 
  • Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3-4 minit untuk setiap butir telur. 
  • Langkah terakhir, masukkan tepung gandum secara berperingkat, sekitar 3-4 peringkat agar adunan tidak turun kerana berat tepung.
  • Kacau adunan dengan gerakan satu arah dan ringan, dari bawah ke atas sehingga udara masuk ke dalam adunan agar kek mempunyai tekstur yang cantik. 
  • Panaskan oven 15 minit sebelum memasukkan kek.
  • Bakar kek dalam oven yang sudah dipanaskan sehingga masak.
  • Hias kek agar nampak lebih menarik dan menyelerakan. Manfaatkan kacang-kacang seperti almond dan sebagainya. 
  • Sebelum menghias, sejukkan kek terlebih dahulu hingga suhunya sama dengan suhu bilik. Potong kek mengikut selera anda.

Credit to Juena

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...