Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Wednesday, 2 December 2015

Resepi Roti Manis/ Roti Naik Mudah.

Hari ni saya nak share resepi roti yang simple. Satu resepi ni boleh dipelbagaikan. Apa-apa saja jenis roti samaada roti lebah, roti manis, roti sosej, roti kacang etc. Iye benarrr, satu resepi untuk pelbagai rasa & bentuk roti.

Saya join kelas meroti ni masa penghujung tahun 2013, masa tu tengah sarat mengandung anak no.3..haaa gigih tau makyong gi kelas masa tengah memboyot. Orang mengidam makan itu ini, saya mengidam nak gi kelas meroti. Berbaloi sangat belajar meroti. Syok!! Terima kasih sifu kak Musainah atas ilmu.

Topping gula & Cheddar Cheese
Topping gula & badam
Perghh bersarang dalam
dia uolls!! Pastikan uli doh
sampai elastik ye,
baru dapat kejadian macam ni.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

  • 15g yis kering (brand saf instant)
  • 1000g tepung high protein
  • 150g gula pasir
  • 15g garam
  • 40g susu tepung (fernleaf)
  • 10g bread improver
  • 4biji kuning telur (80g)
  • 120g butter
  • 200g ais ketul
  • 350g air sejuk

Cara-cara:
  • Nota: elakkan yis & garam dari bercampur. Garam akan mematikan yis. 
  • Timbang & campurkan semua bahan kedalam mixer bowl. Uli dengan speed 1.
  • Bila dah sebati semua bahan, tukar speed 2.
  • Uli selama 30-45minit atau sampai elastik & doh licin. 
  • Keluarkan doh & rehatkan 10minit.
  • Griskan loyang dengan butter.
  • Timbang 40g doh, buat rounding & susun dalam loyang.
  • Biarkan doh mengembang (lebih kurang 1jam jika cuaca panas)
  • Sapu milk wash & letakkan topping (gula & badam/ gula & cheese/ suka-suka hati)
  • Bakar pada suhu 180C api atas bawah sampai kekuningan.

Milk wash:
  • 10g susu tepung
  • 25g air

Nota tambahan:
  • Jika guna industrial mixer, uli dalam 30-45minit saja dah boleh dapat elastik.
  • Jika guna breadmaker, buat 2-3kali ulian.

Semoga bermanfaat..Selamat Meroti!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...