Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Tuesday, 22 December 2015

Colwick Carboot Sales

Alhamdulillah masih berkesempatan pergi carboot sales untuk kesekian kalinya. Tempat yang biasa kami pergi ialah Colwick. Hampir setiap ahad, menjadi aktiviti wajib kami untuk ke bootsales. Walaupun dah tak ada apa-apa untuk dibeli pun, tapi masih lagi nak berjalan & cuci mata ke sana. 


Suasana di carboot

Gigih meredah sejuk di waktu pagi. Kutip pengalaman katanya. Nanti balik Malaysia dah tak ada carboot yang serupa disini. Carboot sales di Colwick bermula dari pukul 8.30pagi sampai 11-12 tengahari. Hampir kesemua barang-barang dagangan mereka adalah preloved/ 2nd hand. Walaupun barangan telah digunakan, tapi masih dalam keadaan baik, malah ada yang nampak macam baru. Dari segi harga, sangatlah murah berbanding dengan yang baru. Jadi bagi kami yang hanya sementara waktu saja di bumi UK ni sudah tentu kami pilih barang-barang yang murah. Memandangkan kami hanya bermaustatin cuma sebentar & perlu berjimat berada di bumi Inggeris ni.  Setakat hari ini, tukaran matawang GBP - MYR ialah 6.4. Phewww seramm!!



Toys macam ni sememangnya menjadi buruan anak-anak. Tengok lah harganya, tersangat lah berbaloi membeli. Pendek kata jika ada rezeki maka anda akan berjumpa barangan yang dicari. Perlu pandai tawar-menawar juga kadangkala..Dan jika datang pada hampir penghujung jualan, ada seller yang akan buat lelongan serendah 20pence untuk barangan perabot. Kan dah kata berbaloi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...