Ini kek throwback tahun 2014. Permintaan anak bujang mahu kek car Lightning McQueen katanya. Pandai dah request kek-kek yang mencabar kreativiti mama dia. Haishh.. Sepanjang mendeko kek ni (agak lama dari biasa) anak syurga asyik lah bertanya 'dah siap ke mama? lama lagi ke mama? abg dah tak sabar ni.' Excited sungguh. Indahnya kenangan itu wahai anak. Terima kasih Allah atas pinjaman ini.
Tanggal 5 Disember 2015, genaplah 6tahun usiamu sayang. Doa mama semoga abang jadi anak soleh, rajin solat & cemerlang berjaya dunia dan akhiratmu anak. Tahun ni abang request kek Thomas & Friends tapi mama tak dapat nak tunaikan sebab barang-barang baking mama semua tinggal di Malaysia. Claim tahun depan ye sayang. Kalau panjang umur kita. InshaAllah..
No comments:
Post a Comment