Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Thursday, 31 December 2015

Cupcakes for Akikah

250pcs Choc Moist cupcakes
Packaging in Dome casing

Thanks kak Sarah.
  
Swirl roses 



Wednesday, 30 December 2015

Doorgift Muffin Murah

Assorted Muffins for Doorgift
Paperline cup 
Thanx Nurul..

Loose pack
Choc Chip 
Orange flavour

Tuesday, 29 December 2015

Playdough Scissor skills

 Aktiviti ini untuk develop:

  • Fine motor skills
  • Hand-eye coordination
  • menguatkan tangan.


Resepi Homemade Playdough boleh cari disini



Monday, 28 December 2015

Lovely Elsa & Anna

 Cakes with icing image of
Frozen's two lovable characters.

Red Velvet Creamcheese 
Choc Moist Cake
2kg Choc Moist cake

Sunday, 27 December 2015

Nottingham's Winter Wonderland 2015

Tempohari kami sempat menyibukkan diri untuk melihat sambutan pra-krismas di Market Square, Nottingham City Centre. Usai membeli-belah di Colwick's carboot sale, kami singgah ke city centre. Cuaca sangat baik, matahari tersenyum menyinar kulit mukaku. Alhamdulillah, nikmat Allah yang lama dirindui..


Deretan winter stalls menjual pelbagai makanan, baju , gifts untuk Krismas. Manakala di tengah-tengah kawasan terdapat ice skating rink.



Kemudian kami menuju ke Primark. Primark salah satu tempat fav kami untuk shopping baju.. affordable prices untuk kami yang tengah struggle berjimat-cermat..


Semua urusan berjalan-jalan perlu dilakukan dengan pantas kerana waktu solat amatlah singkat.  

Saturday, 26 December 2015

Seputih Salju

2tiers stacked cake
Red Velvet with Buttercream
White, Red & Black themed



Friday, 25 December 2015

Jom Beramal

Salam Jumaat penuh barokah..
Suka nak share tablet zikir mengikut hari ni. Mudah nak ingat. Moga kita terus sama-sama istiqomah basahkan lidah dengan zikrullah. Mudah-mudahan kita terselamat dari fitnah dajjal.


Thursday, 24 December 2015

Salam Maulidur Rasul 2015

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Wednesday, 23 December 2015

DIY 2: Homemade Playdough

Jimat, mudah disediakan serta selamat untuk anak-anak. Moga bermanfaat.. Selamat mencuba!

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam halus
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
1 cawan air mendidih
Pewarna
Perisa (optional -saya tak letak)

  • satukan tepung, garam, cream of tartar, minyak. Gaul sebati.
  • masukkan air panas mendidih & gaul guna sudu.
  • bila dah suam boleh uli doh.
  • bahagikan doh beberapa bahagian. Letakkan pewarna & perisa. Uli sebati.
  • boleh terus digunakan.
Tortoise
Notes: Doh agak berbau, seeloknya letak perisa supaya wangi.


Airplane
Cara Penyimpanan: Simpan dalam bekas kedap udara. Agak keras dan flaky bila terdedah diluar selama beberapa hari.
Flower & Bee
Untuk ketahanan yang lebih lama, simpan dalam chiller dalam bekas bertutup. Boleh tahan berbulan-bulan. 
Snail
Butterfly

Tuesday, 22 December 2015

Colwick Carboot Sales

Alhamdulillah masih berkesempatan pergi carboot sales untuk kesekian kalinya. Tempat yang biasa kami pergi ialah Colwick. Hampir setiap ahad, menjadi aktiviti wajib kami untuk ke bootsales. Walaupun dah tak ada apa-apa untuk dibeli pun, tapi masih lagi nak berjalan & cuci mata ke sana. 


Suasana di carboot

Gigih meredah sejuk di waktu pagi. Kutip pengalaman katanya. Nanti balik Malaysia dah tak ada carboot yang serupa disini. Carboot sales di Colwick bermula dari pukul 8.30pagi sampai 11-12 tengahari. Hampir kesemua barang-barang dagangan mereka adalah preloved/ 2nd hand. Walaupun barangan telah digunakan, tapi masih dalam keadaan baik, malah ada yang nampak macam baru. Dari segi harga, sangatlah murah berbanding dengan yang baru. Jadi bagi kami yang hanya sementara waktu saja di bumi UK ni sudah tentu kami pilih barang-barang yang murah. Memandangkan kami hanya bermaustatin cuma sebentar & perlu berjimat berada di bumi Inggeris ni.  Setakat hari ini, tukaran matawang GBP - MYR ialah 6.4. Phewww seramm!!



Toys macam ni sememangnya menjadi buruan anak-anak. Tengok lah harganya, tersangat lah berbaloi membeli. Pendek kata jika ada rezeki maka anda akan berjumpa barangan yang dicari. Perlu pandai tawar-menawar juga kadangkala..Dan jika datang pada hampir penghujung jualan, ada seller yang akan buat lelongan serendah 20pence untuk barangan perabot. Kan dah kata berbaloi!

Thursday, 17 December 2015

Mana satu idaman hati?

Kenwood KMix
Bila cerita bab mixer ni memanglah excited terlebih, terutama bagi kami para baker. Tidak kira samada hand mixer, stand mixer atau industrial mixer. Saya sendiri mula membuat kek menggunakan hand mixer sahaja. Selama 1 tahun! 2-3kali berganti.

Mixer umpama jantung dalam bisnes bakery. Hampir semua bancuhan perlu menggunakan mixer. Terutama sekali bila tiba part mendeko kek menggunakan buttercream atau fresh cream.
Masuk tahun kedua berniaga, saya upgrade ke stand mixer 5L brand 'The Baker'. Pernah juga beberapa kali hook whisk patah berderai gara-gara memukul cream terlalu banyak & laju. Belajar dari pengalaman, saya upgrade lagi ke industrial mixer. Ia sangat membantu untuk adunan yang banyak & membancuh doh roti (doh roti lebih cepat elastik). Itulah antara aset-aset berharga sepanjang berniaga..

Seterusnya pasang impian nak tambah lagi stand mixer. Tapi kali ini bercita-cita nak beli brand UK pula. Semestinya Kenwood KMix stand mixer. Terlalu banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semua berkenan kot!

*sumber gambar: google

Wednesday, 16 December 2015

Tuesday, 15 December 2015

Monday, 14 December 2015

Busy Baby with Pompom

Aktiviti ini untuk melatih fine motor skills. Memindahkan pompom dari satu tempat ke dalam tray menggunakan sudu. Colour sorting juga boleh dilakukan serentak.


Sunday, 13 December 2015

Pompom Art

Fine motor skills menggunakan pompom & penyepit.

Bahan yang diperlukan

Saturday, 12 December 2015

Bagaimana Pelangi Terbentuk?

Allahuakhbar!!

Pembelajaran spontan untuk anak-anak. Mereka yang nampak pelangi pada waktu ini. Jadi saya terangkan bagaimana pelangi terbentuk. Dalam bahasa mudahnya, biasanya pelangi terbentuk ketika udara panas tetapi hujan rintik-rintik.


Gambar diambil oleh anak bujang saya dari tingkap bilik homeschooling kami. Terfikir untuk buat weather station. Alangkah seronok!


Friday, 11 December 2015

Pre - Writing Practice

Sudah menjadi rutin setiap malam, saya akan sediakan bahan untuk homeshooling keesokan hari. Bila anak bangun esok tengok atas meja ada bahan/ benda baru nak belajar, gembira mereka. Lepas sarapan terus nak buat homework (mandi pun tidak) haha..

Kadang-kadang habis kering idea tak tahu nak buat apa. Maka beralih kepada buku teks dimana mereka agak bosan dengan kaedah ini. Anak-anak suka dengan cara fun learning, warna warni & bergambar. Tak hairanlah anak-anak yang bersekolah di UK sangat enjoy pergi ke sekolah.
Trace the dotted lines
Ini bagi mengukuhkan tangan memegang pensil, mengikut bentuk untuk mudah menulis. 
Add caption










Tuesday, 8 December 2015

Peralatan Asas Deko Kek

Pasti ramai ibu-ibu yang suka/ berhajat nak deko kek untuk anak atau suami. Dapat yang simple pun jadilah kan. Bermula dengan kek anak/suami, bila dah konfiden bolehlah ambil tempahan. Haa gituuhh..

InshaAllah kali ni saya nak kongsikan peralatan-peralatan asas yang perlu untuk anda mendeko kek.
Turntable - memudahkan
 kek dipusing
Spatula -
untuk melepa cream
Cake Scrapper -
untuk melicinkan permukaan
& dinding kek yang sudah
disalut cream
Nozzle & Piping bag

Anda hanya perlu beli nozzle yang mahu digunakan saja, tak perlu beli satu set nozzle (jimat). Antara nozzle yang mesti ada dalam list saya ialah star tip, rose tip, round tip, leaf tip, nail.
Closed star tip
Image result for rose tip nozzle
Leaf tip
Rose tip

Semoga Bermanfaat..
* Sumber gambar google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...