Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Saturday, 30 April 2016

Teknik Belangkan Lollipop

Bila makan lollipop yang belang-belang tu, pernah tak korang fikir macamana cara buatnya? Kalau ada kita geng! Dah 33tahun hidup baru ni tahu teknik yang digunakan. Haishhh aku ni dok dalam gua ke? krik krik sungguh. Nah korang tengoklah video ni ye.


Friday, 29 April 2016

Mudahnya Muffin Choc Chips

Dah lama rupanya tuan tanah tak berkongsi resepi di sini. Maaf hakak tak perasan, leka asyik share tips aje kan. Baik kalini rasa nak share resepi muffin choc chips. Kalau buat muffin ni kan, hakak suka buat membumbung, nampak montokss gitew! hehe
.
Choc Chips Muffin
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan    serbuk koko
1 cawan       gula perang
1 sudu kecil  baking powder
1 sudu kecil  soda bicarbonate
1/2 s,kecil    garam
1 cawan       susu segar
1 biji            telor
1/3 cawan    minyak sayur
1 s.kecil       esen vanila
choc chips secukupnya

Cara:
1. Campurkan bahan kering iaitu tepung, gula, serbuk koko,
soda, baking powder, garam dan ayak.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan basah iaitu susu, telor, esen
vanila, minyak. Kacau rata guna senduk kayu.
3. Masukkan campuran bahan kering kedalam bahan basah.
Aduk sekejap saja sekadar bercampur.
4. Masukkan choc chips.
5. Sudukan kedalam muffin cup. Bakar selama 20min.


Thursday, 28 April 2016

Apa beza Muffin dan Cup Cake?

Cup cake
Lepas ni jangan keliru lagi ya. Walau nampak seakan serupa tapi sangat berbeza dari segi tesktur, rasa dan cara membuatnya. Orang barat menyediakan muffin sebagai sarapan pagi mereka. Manakala cup cake disediakan untuk majlis keraian seperti majlis kahwin/ birthday etc.

Cup cake ialah adunan kek yang dimasak dalam cawan kertas. Teksturnya lembut dan moist serta dihias dengan cantik samada menggunakan buttercream, freshcream atau fondant.
Muffin
Manakala Muffin pula tergolong dalam kumpulan roti. Ia menggunakan tepung yang banyak dan telur yang sedikit. Tekstur muffin ada jenis yang lembut dan ada jenis yang padat serta kasar. Penyediaan muffin adalah sangat mudah tanpa perlu menggunakan mixer. Cuma jangan overmix, ia akan jadi keras.

Ada yang nak resepi Choc Chips Muffin? Tunggu entri hakak yang seterusnya okayy..


smile emotic

Tuesday, 26 April 2016

Dot-dot Rainbow


Mama Azra memang suka yang simple-simple aje katanya. Minimalist orangnya. Design ni mama Azra search sendiri dan beri kepada kami untuk direalisasikan pada kek Azra.

Dalamnya ialah kek Rainbow with cream cheese frosting. Terima kasih mama Azra & Happy birthday Azra comel!


Monday, 25 April 2016

Lakeside Spring Visit.


Dalam Lakeside ada satu port yang dipenuhi dengan pokok sepanjang laluan pejalan kaki. Pokok-pokok ni sedang mengeluarkan bunga-bunga apple blossom berwarna putih. SubhanAllah maha hebat ciptaan Allah.
Sewaktu kami bergambar disini, ramai juga pengunjung lain sedang photoshoot. Dan perlu berhati-hati sebab banyak lebah-lebah sedang menghisap madu dan melakukan pendebungaan. Saat paling indah untuk dinikmati ialah bila kelopak-kelopak bunga jatuh berterbangan diusik sang lebah. Gugur satu persatu ke bumi. Sempat kami capture scene tersebut, mujur sang lebah-lebah tak kejar kami.

Sunday, 24 April 2016

Nottingham Castle - BBC day out


Free entry sempena BBC day out dibeberapa buah tempat sejarah sekitar Nottingham pada hari ahad yang lepas membawa kami melawat ke Nottingham castle. Dah lama sebenarnya tunggu peluang untuk masuk masuk percuma. Maka berbondong-bondong lah visitor.

Pada kurun ke 17, Nottingham castle pernah menjadi mahligai indah kediaman Dukes of Newcastle. Kini yang tinggal hanyalah sebahagian sahaja daripada struktur asal kesan dari runtuhan semasa peperangan Civil War pada tahun 1657. Ia juga pernah dibakar oleh rioter pada tahun 1831.
Pernah tengok cerita Robin Hood? Haa di Nottingham inilah lagenda robin hood hidup. Apa kaitan dengan Nottingham castle? Menurut ceritanya, Nottingham castle ni dijadikan court apabila sheriff of nottingham dapat menangkap robin hood dan akan disumbatkan ke penjara dibawah dungeon. Dalam lawatan ni, kami tak ikut trip turun ke kawasan dungeon kerana terlihat agak menyeramkan.
Inilah dungeonnya. seram ke seram?
Seluas pemandangan boleh dilihat dari puncak castle. Sangat cantik. Patutlah istana dibina dikawasan tinggi. Peluang untuk raja-raja melihat rakyat dan jajahannya. Disini disediakan binocular untuk melihat bandar Nottingham.

Dalam perjalanan keluar jumpa abang robin nak say hello tapi diacunya kita dengan panah. Baikkk saya tak dekat! Sampai sini entri jalan-jalan. Nanti sambung lagi okayy..

Nottingham castle,
17th April 2016.

Saturday, 23 April 2016

Basic Pakej Kek Kahwin.

Basic pakej terdiri daripada sebiji kek dengan berat 2kg beserta 16pcs cupcakes. Pilihan perasa kek boleh mengikut citarasa bakal-bakal pengantin. Anda datang dengan tema dan deko pilihan, InshaAllah kami cuba realisasikan impian untuk majlis anda.


Friday, 22 April 2016

Petua Kek Ringan dan Gebu.

Gambar sekadar hiasan.
Saya dapat petua ni dari seorang kenalan baker. Beliau merupakan 'orang lama' dalam bidang baking ni. Saya sharekan tipsnya:


" Jemur tepung yang hendak digunakan untuk membuat kek atau sangai tepung terlebih dahulu. Kek akan lebih lembut dan enak. "



Sangai bertujuan untuk membuatkan tepung ringan dan tahan lama. Selamat mencuba.




Wednesday, 20 April 2016

Bouquet of Flower Cake

Gadis ayu dihadiahkan dengan sebiji kek. ehh kek ke kuntum bunga ni?Keliru kan.. Kakak si gadis ayu yang menempah kek ini sangat tahu minat adiknya, maka kakak request untuk letakkan seketul hello kitty topper dalam rimbunan bunga itu sebab si gadis ayu merupakan big fan hello kitty.


Meraikan Suaminya..

Natasya meraikan ulangtahun kelahiran suaminya. Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. Terima kasih atas tempahan.


Tuesday, 19 April 2016

Fruity Cake

Bayangkan bila korang makan dalam setiap kunyahan kek ada buah-buahan dan fresh cream. Sambil pejam-pejam mata makan. teheee


Sunday, 17 April 2016

Jubilee Campus - University of Nottingham


Tarikan dalam jubilee campus
 Innalillahiwainnailaihirojiun,

Hampir 2minggu kami anak-beranak bergilir-gilir diuji dengan demam viral. Saya sendiri paling lama demam, tak mampu untuk bangun pun! Suami yang setia dan bertahan menjaga kami setiap hari. Mujur ketika ini Uni sedang Spring break selama 1bulan.

Alhamdulillah kesihatan kami sekeluarga semakin pulih. Untuk itu, kami keluar menghirup udara nyaman sejuk di sekitar Jubilee Campus. Juga dikenali sebagai 'state of the art facilities' yang terdiri dari fakulti pendidikan & sains komputer, fakulti bisnes, kontemporari chinese studies.

Bangunan ini sebenarnya ialah perpustakaan. Cantik kan senibinanya ditambah dengan pemandangan sekitar tasik. Seronok, aman, tenang rasa nak menimba ilmu dan berdiskusi. 

Bangunan-bangunan didalam campus ini semuanya mesra alam sekitar dan teknologi hijau. Tasek dibina bertujuan sebagai 'cooling' untuk bangunan. Pernah memenangi anugerah 'Energy Globe Award'.
 Adik belajar kenal itik, ikan, bunga, tasek. Silibus alam sekitar. Sila awasi anak-anak bila berjalan di tepi tasik. Tarikan mampu membawa anak terjun dalam tasik.

Saturday, 16 April 2016

Kek hantaran.

Order dari makcik Zaharah untuk majlis perkahwinan anaknya. Bertemakan warna olive, purple dan gabungan kuning. Kek pilihan ialah kek red velvet. Terima kasih!

Thursday, 14 April 2016

Buttercream One-Tier Wonders. Dah Order ke?


Korang yang seangkatan dengan kakak, ye lah korang yang baking tuh, korang dah dapatkan buku terbaru Valeri & Christina Ong? Buku ketiga dari otai Buttercream. 

Antara isi kandungan ialah teknik piping, teknik buat bunga, cara stacking kek, cara guna wafer paper dan banyak lagi. Kakak suka buku-buku mereka sebab banyak kupas teknik untuk penggemar buttercream deko. Especially untuk beginner. Yay!!

Kakak baru buat pre-order, InshaAllah dapat end of April. Nanti kakak buat book review okay korang. Mudah2an korang tak terlepas peluang memiliki buku ni. Elmu tu mahal tau!

ps : harga anggaran dalam RM120, jadi boleh dah start kumpul duhet.hihu

Wednesday, 13 April 2016

Customer's Feedback

Shared from facebook
 Alhamdulillah atas nikmat Allah beri. Bahagia hati bila dapat membuatkan orang lain bahagia. Indahnya perjalanan tukang buat kek ni. =)

Choc moist cake, topper Anna
Terima kasih puan Faezah, ada rezeki tempah lagi ya. Muahh!!

Friday, 8 April 2016

Seni calit-calit nama dia..

Serius cantik walaupun main calit-calit je. 
Ehh nak cuba lah!
Mesti tengok tutorial deko simple ni.

Wednesday, 6 April 2016

Little spring mood.


Selain dari Autumn yang memperlihatkan kebesaran Allah mencipta daun-daun berwarna emas, musim Spring juga sangatlah indah. Satu persatu bunga-bunga akan mekar berkembang selepas melalui musim Sejuk yang teramat sejuk. MashaAllah! 

Tuesday, 5 April 2016

Sunday, 3 April 2016

Sepetang Spring di Arboretum Park, Nottingham

Alhamdulillah, musim spring yang ditunggu-tunggu telah selamat tiba. Ketidaksabaran untuk melihat bunga-bunga berkembang telah membawa kami ke park terdekat dengan rumah. Hanya bunga Daffodil dan Cherry Blossom yang sedang berkembang ketika ini. Itu pun dah terasa cantik yang teramat sangat dah. Subhanallah!
Daffodils

Saturday, 2 April 2016

2design sama dengan warna yang berbeza.

 Kami sedia menerima tempahan pengantin mengikut warna tema yang mereka idamkan. InshaAllah dengan harga yang berpatutan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...