Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Thursday, 31 March 2016

Tutorial Fondant Dress


Comel sangat sangat sangat.. Jom cuba.

#piccreditgoogle

Wednesday, 30 March 2016

Cupcakes comel

Choc moist

Choc moist


Tuesday, 29 March 2016

Tempahan dari FTK, Utem


Sempena meraikan harijadi staff. 
Tempahan 3biji kek choc moist 2kg setiap satu. 


 Terima kasih kerana mempercayai kami. 


Saturday, 26 March 2016

Kenali Baker Anda..


Assalamualaikum,

Saya Qaleesya Roslan, founder/ baker/ cake decorator di Qaleesya's Desserts. Salam kenal semua..=)

Hasil selepas dikemaskan

Mula membabitkan diri secara serius dalam dunia bakeri bermula pada Januari 2013 sehingga kini. Alhamdulillah dengan izin Allah dan suami, serta sokongan dari ibubapa, minat membuat kek yang dulu adalah hobi bertukar menjadi kerjaya saya.

Kami beroperasi dari rumah berlokasi di Taman Seri Telok Emas, Telok Emas, Melaka. Jika hendak membuat tempahan sila hubungi talian 017-3141377 seminggu sebelum tarikh yang dihajati. Terima kasih..

** Buat sementara waktu, kami masih berada diluar kawasan dijangka sehingga September 2016.


Friday, 25 March 2016

Tutorial Minion Cake


Nampak mudah kan..Jom belajar sama-sama..

#imagecredittogoogle

Thursday, 24 March 2016

Melatih Otak Berhubung

Adik somell & block..
Block ni akan buatkan adik leka. Dia boleh berada dalam dunianya dalam jangka masa yang agak lama. Sesekali akan dengar adik bercakap sorang diri, mungkin ada 'kawan' imaginasi..huhu sel-sel otak sedang berhubung.
Kehulu kehilir pun dengan block, mujur tak tidor bawa block.. Lebih baik begitu dari kepit gadjet doplohpatjam kan..

#freegadjet

Wednesday, 23 March 2016

Congo bars, nak resepi ke?

Makan panas-panas cicah air kopi sambil tengok tv, kudapan ni mampu buatkan korang mengelamun rasa macam kat tepi pantai. Walhal kau masih dalam gua lagi..tee hee

Nanti rajin kakak taip resepi mabeles ni okayy..

Monday, 21 March 2016

Tutorial Basketweave



Friday, 18 March 2016

Moistnya Red Velvet !!

Ada banyak resepi Red Velvet dalam gudang resepi saya. Yang paling saya suka ialah resepi ini. Juga saya gunakan untuk berniaga. Yes, yang korang dok ulang-ulang order tulah..hihi
.
Saya wakafkan ilmu disini. Moga bermanfaat untuk semua. Silakan share supaya ladang pahala kita membiak bersama..
.

Moistnya Red Velvet !!
.
Bahan A :
.
300g tepung gandum
2sb serbuk koko
2st baking powder
1st soda bicarbonate
secubit garam
.
Bahan B :
.
125g butter
280g gula castor
.
Bahan C :
.
2biji telor B
.
Bahan D :
.
1st esen vanila
1st cuka
1st pewarna merah (atau tambah ikut selera mata korang)
.
Bahan E (buttermilk) :
.
240ml susu segar
1sb cuka
.
.
Cara ;
1. Pukul B sehingga bercream.
2. Masukkan C. Sebatikan (bahagian ini dan kebawah sila
gunakan senduk saja).
3. Masukkan D, sebatikan.
4. Masuk tepung berselang dengan buttermilk dan diakhiri
tepung, sebatikan.
5. Masukkan dalam loyang 8/9 inch.
6. Bakar pada suhu 150C (ikut suhu oven memasing) selama
50minit atau sehingga masak.

.
Topping Creamcheese Sedap !!
.
250g creamcheese (anchor/philadelphia)
60g icing sugar
400g whip cream (non-dairy)

- pukul creamcheese dan gula sehingga lembut.
- masukkan whip cream dan pukul sehingga kental.

#qaleesyadessert #credittokakannaqawinatoo

Wednesday, 16 March 2016

Testimonial : Biar gambar berbicara.

Seronoknya tengok anak-anak 'menyerang' kek kami. Inilah salah satu BIG WHY saya dalam bisnes kek ni. Kegembiraan anak-anak dan ibubapa mereka menyambut birthday bersama kek-kek yang ditempah dari kami. Penat lelah itu sudah terbayar. Big Smile dalam hati saya! Alhamdulillah..

Tuesday, 15 March 2016

Monday, 14 March 2016

Wollaton Hall 'Batman's House', Nottingham

Wollaton Hall, disini lah penggambaran cerita Batman 'The Dark Knight Rises' dijalankan pada tahun 2011. Cantik rumah agam Elizabethan yang dibina pada tahun 1850an. Kini Wollaton Hall dijadikan museum, Nottingham Natural History Museum dan Industrial Museum.
Seketul mamat kat depan bukan batman ye

Wollaton Hall telah dibeli oleh council pada tahun 1925 untuk dijadikan museum. Museum ini adalah terbuka kepada umum dan kemasukan percuma.
 

Wollaton Park ni sangatlah luas, kami juga berpeluang menjejak rusa di padang ragut dan kawanan itik dan angsa dalam tasik. Tempat riadah bersama keluarga yang sentiasa dipenuh orang. Wollaton park juga tempat tumpuan untuk bermain sledging ketika salji. Memang seronok sebab kawasan lapang.

Sunday, 13 March 2016

Kunjungan Hormat Team Exeter

Hari Sabtu lepas, kami menerima kunjungan hormat team dari Exeter.. Mereka terdiri dari 3buah keluarga yang sedang membuat pengajian PHD dan postdoc mereka. Fatimah dan Fayeez dari Utem, yang ni satu team dengan suami saya (Utem), manakala Dr.Halimah & Dr. Hafiz staff UUM. Alhamdulillah seronok kami dengan kedatangan mereka. Tahu sajalah bila dah jadi golongan minoriti ni, hubungan jadi akan cepat mesra dan akrab walaupun baru pertama kali jumpa. Seronok bak hang jumpa Malaysian!
Mencipta memory =)

Berborak berkenalan macam dah lama jumpa. Yang lebih seronok bila Dr.Hafiz & Dr. Halimah banyak kongsikan tips dan pengalaman mereka untuk panduan kami. Ilmu yang berharga untuk newbie macam kami. 

Benarlah kata orang, tetamu itu datang membawa rezeki dan rahmat, bila mereka pulang membawa keluar dosa-dosa kecil kita. Allahuakhbar!!
Terima kasih semua menceriakan 2hari kami. InshaAllah jika berkesempatan kami membalas kunjungan ke Exeter pula. Nice to know u guys!

Nottingham,
5-6 March 2016

Saturday, 12 March 2016

Kek Kahwin Tema Kuning.

 Kek Red Velvet disaluti Buttercream untuk pengantin. 
Mereka memilih warna tema 
kuning diraja semasa hari persandingan.. 
Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga syurga.


Friday, 11 March 2016

Baking Hacks.


Untuk elakkan adunan kek korang merencik kecah satu dapur, lekatkan pinggan kertas pada hand mixer, semasa mengadun rapatkan dengan bowl.

Dah tak penat mengemas lagi..Happy Baking!!



Thursday, 10 March 2016

World Book Day 2016

Di UK , world book day disambut pada minggu pertama dalam bulan March. Anak-anak perlu memakai costume watak-watak yang terdapat dalam buku. Jadi Iqbal memilih untuk bawakan watak 'Cowboy', manakala Damia membawa watak 'Princess'.. 

 Seronok kan ada hari 'costume'..Mak diaorang pulak rasa nak masuk sekolah semula.heh heh
kesian horsey terseksa bawa budak besar ni.


Bentinck Primary School, 
Nottingham,
4hb March 2016.

Wednesday, 9 March 2016

Happy Mother's Day & International Women's Day

Rainbow cake

Selamat Hari Ibu dan Wanita Sedunia 2016 
untuk semua wanita..
Semoga kita menjadi wanita solehah dunia dan akhirat..

Hadiah dari suami dan anak-anak. =)


Sunday, 6 March 2016

Tips Melancong ke Cameron Highlands.

Tips ini saya perolehi daripada Puan Fadillah Nur. Dan saya tuliskan semula di sini untuk rujukan kita semua. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaat. Antara tipsnya adalah seperti berikut:
.
1. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
  • harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
  • sukar untuk dapat parking kereta.
  • kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
  • kurang privasi.
.
2. Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
  • Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.
  • Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
  • Puan Fadillah Nur pernah beli 20 kotak teh uncang dengan harga RM100, kemudian dapat percuma sekotak strawberry white coffee.
  • Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
.
3. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
.
4. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta dulu, kemudian jalan kaki untuk buat survey. Biasanya backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
.
5. Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
.
Sekian perkongsian dari Puan Fadillah Nur. Terima kasih.

Saturday, 5 March 2016

Cinta tidak buta tau!

Sweet sangat tau gelaran untuk suami dia --> Cinta.
Terima kasih atas tempahan kek ini.

Friday, 4 March 2016

Topping Marshmallow yang mudah serta lazat.


Bila cupcake hampir masak, letakkan marshmallow diatasnya. Masukkan semula ke dalam oven sehingga cupcake masak. Senang ke senang?

Mudahnya Buat Pavlova!


Oleh sebab haritu dah share tips supaya meringue confirm jadi, jadi harini saya nak share resepi mudah buat pavlova. Simple sesangat lah! Sediakan bahan okay..

4 biji putih telur
3/4cawan gula castor
1 s.b tepung jagung
1 s.t cuka
1 s.t esen vanila.
.

  1. Putar putih telur sampai berbuih (slow speed).
  2. Masukkan gula sket2. (3kali masuk).
  3. Kemudian gunakan high speed, pukul sampai jadi meringue.
  4. Masukkan esen vanila dan teruskan pukul.
  5. Macamana nak tahu dah jadi meringue ke blom? Korang cuba terbalikkan mangkuk tu adunan tak akan jatuh pun, maka teruskan langkah berikut.
  6. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul dengan senduk, kaup balik saja ye.
  7. Letakkan adunan atas baking paper dan bentukkan bulat, pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
  8. Masak pada suhu 110C selama 1jam 30 minit.
  9. Kemudian tutup api oven, biarkan meringue 1jam didalam oven.

.
nampak tak dinding pavlova tu.
elok bulat tak ada crack.

Topping:

3/4 cawan non-dairy whip cream.
Buah2an masam.
Pukul whip cream sehingga kental, paipkan atas meringue dantaburkan buah2an tadi. Siap!

Thursday, 3 March 2016

Cara login 5 akaun Instagram sekaligus.

https://www.instagram.com/qaleesyadesserts/
Akhirnya, kita dah boleh login 5 akaun sekaligus di phone. Kali ini, tidak lagi menggunakan Klon Instagram. Tapi, menggunakan apps Instagram yang original sahaja. Sila download latest apps Instagram ye!
.
Bagaimana login 5 akaun?
1. Pergi ke Setting di Instagram.
2. Skrol sehingga bawah sekali.
3. Klik pada Add Account.
.
Bagaimana cara tukar akaun?
1. Pergi ke Profile Page di Instagram.
2. Klik pada username(rujuk gambar).
3. Kemudian, klik pada Add Account.
.
Kelebihan login 5 akaun Instagram?
1. Boleh cek Direct Messages(inbox).
2. Mudah bertukar akaun.
3. Mudah reply customer/peminat.

Creditkepadatuanempunyaposting.

Follow instagram kami : https://www.instagram.com/qaleesyadesserts/
credhttps://www.instagram.com/qaleesyadesserts/

Wednesday, 2 March 2016

Sehangat Cintanya!

Rainbow cake
Pilihan warna-warna hangat dari isteri kepada suami sempena sambutan ulangtahun ke-8 mereka. Semoga berkekalan dan berbahagia sehingga jannah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...