Assalamualaikum..
Ape kaba kwn2?
Lamenye qaleesya x update blog,
dah berhabuk bersawang dah blog ni.
Sapu2, mop sket bagi
berseri ..
Kemunculan kembali ni
qaleesya nak share resepi
Creampuff ngan uolls..
Credit to Nina Bake
House for the recipe..
Mekaseh ye kak
nina.moga bisnes terus maju.
Jom kite perpanjang
ilmu ni..
CREAMPUFF
Origin: Nina
Bake House
Editted by:
Qaleesya’s Desserts
Bahan untuk puff:
250 ml air
80 g majerin
160 g tepung gandum
4 biji telur
1 sb esen vanila
Secubit garam
Cara:
- Masak air, garam & majerin dalam kuali sampai cair & didih.
- Perlahankan api, tuang tepung dalam kuali. Gaul hingga jadi doh. Biarkan doh sejuk.
- Pecahkan telur dalam mangkuk & tambahn esen vanila. Kacau sampai buih.
- Bila doh dah sejuk, pindahkan tepung dalam mangkuk besar & tuang telur perlahan-lahan sambil kacau.
- Masukkan dalam piping bag guna nozzle star, pipe atas parchment paper.
- Bakar suhu 200°C selama 20 minit.
- Bile puff dah sejuk, belah di tengah & pipekan cream custard. Sedia utk dimakan.
*Tips: Sblm masukkan dalam oven, renjiskan creampuff dgn air sejuk utk
kekalkan kerangupan puff.
Bahan utk cream custard:
½ cwn tepung custart/ tepung jagung
½ cwn gula pasir
2 cwn susu cair/ sus segar
1 biji telur
2 sb butter
1 cwn whipping cream
Cara:
- Campurkan susu,tepung, gula & telur. Kacau sampai adunan pekat likat.
- Masukkan butter & whipping cream. Kacau sampai didih.
No comments:
Post a Comment