Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Monday, 7 December 2015

Takziah Kepada Seluruh Kerabat Johor.

Innalillahiwainnailaihirojiun..
Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abd Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 
Selamat istirehat Tunku Jalil. Setahun menanggung derita kanser hati. Semalam Allah panggil beliau kembali kepada Penciptanya. Kita juga bakal menyusul, cepat atau lambat saja. Moga kita semua hidup dalam iman & kembali kepada pencipta dalam khusnul khotimah.
Al-Fatihah..

Saturday, 5 December 2015

Happy 6th Birthday Anak Bujang Mama!


Ini kek throwback tahun 2014. Permintaan anak bujang mahu kek car Lightning McQueen katanya. Pandai dah request kek-kek yang mencabar kreativiti mama dia. Haishh.. Sepanjang mendeko kek ni (agak lama dari biasa) anak syurga asyik lah bertanya 'dah siap ke mama? lama lagi ke mama? abg dah tak sabar ni.' Excited sungguh. Indahnya kenangan itu wahai anak. Terima kasih Allah atas pinjaman ini.

Tanggal 5 Disember 2015, genaplah 6tahun usiamu sayang. Doa mama semoga abang jadi anak soleh, rajin solat & cemerlang berjaya dunia dan akhiratmu anak. Tahun ni abang request kek Thomas & Friends tapi mama tak dapat nak tunaikan sebab barang-barang baking mama semua tinggal di Malaysia. Claim tahun depan ye sayang. Kalau panjang umur kita. InshaAllah..




Friday, 4 December 2015

Si Merah Baldu

Tekstur kek red velvet yang moist..
Disaluti dengan cheesecream frosting..
Makan sambil pejam-pejam mata..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...