Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Wednesday, 23 November 2016

Cepatnya Service KTMD Melaka!


Ini adalah pengalaman pertama dan kedua kaksya menggunakan khidmat KTMD. Apa yang best guna KTMD ialah parcel-parcel besar gajah pun hanya sukat berat je tau. Tak ada lah nak ukur diameter bagai. Lepas tu kan, bungkus je ikut suka kita nak pakai plastik hitam ke kotak gitu je pun boleh, asalkan parcel dalam keadaan yang baik dan diyakini tak terburai serta selamat. Yelah kita pun kalau nak pos barang tentulah seal rapi kan, kalau boleh macamana kita bagi dekat kaunter macam gitu jugaklah sampai kat tangan customer. Ye dok? Lagi satu service punya lah cepat, 2-4 hari dah sampai. Haa dah macam pos**** pulak kannnn.
 
Kaunter KTMD Krubong Jaya
So nak dijadikan cerita, ada beberapa barang yang customers kirim dari UK haritu macam babyseat, stroller, ironing board yang super gabak dan berat yang amat, pos biasa tak terima, nak guna poslaju mahal bebenau. Alhamdulillah mujur kawan kaksya suruh guna KTMD. So kaksya pun tanyalah pakcik google kat mana KTMD melaka. Dapatlah jawapan di Cheng. Terus tuju ke sana tapi hampa sebab cawangan di Cheng dah tutup. 
Kaunter KTMD Cheng - sudah tidak beroperasi
Cawangan KTMD Melaka yang sedang beroperasi dekat Taman Krubong Jaya sana tau uols. Alahhh dekat taman sebelah stadium Hang Jebat tu je. Dari tepi lebuh SPA pun boleh nampak. Senang je nak spot, dia shoplot hujung betul-betul sebelah lebuh SPA, ada banyak lori-lori KTMD berlabuh kat sana, cuma kat kedai belum naik signange je. Okay uols jom try perkhidmatan KTMD pulak.
Betul- betul kat tepi highway SPA
Alamat kedai : 
NO. 1-1, Jalan KJ 72, Taman Krubong Jaya

Tel : 06 - 3320255 / 06-3322047




Tuesday, 15 November 2016

Oreo Cheese Cake


Mama Afrina teringin nak deko bunga-bunga cinta pada kek anaknya. Alhamdulillah kaksya dah realisasikan impian mama Afrina. Happy birthday Afrina yang lincah dan suweetttt sangad!


Pesanan nota sirih junjung: 
Pure cheesecake tidak menggunakan tepung serta bahan penaik. Kebanyakkan hanya menggunakan creamcheese, maka cheesecake tidak akan jadi tinggi macam kek-kek yang lain. Jadi jangan terkezut jika harganya agak keras tapi keknya hanya setinggi 2-3 inch sahaja ya. Sedikit ilmu untuk dikongsikan. Sekian harap maklum =)


Qaleesya's Desserts
Telok Emas, Melaka
Wasap only : 017-3141377

Monday, 14 November 2016

Watercolor cake


Sudah tersuka buat design ni, sudah terbanyak juga kek kaksya conteng dengan 'watercolor art' ni. hihi Bukan lah kata gua watercolor paint tu, idokkkk! Tetap menggunakan cream cake cuma penggunaan offset spatula tu digayakan ala-ala memegang painting brush. Ahaaa faham ke? takpalah layan je gambau ya.

Rainbow Cake

Choc Cheese Berhantu kata kau


Qaleesya's Desserts,
Telok Mas, Melaka.
Wasap only - 017-3141377


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...