Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Wednesday, 23 November 2016

Cepatnya Service KTMD Melaka!


Ini adalah pengalaman pertama dan kedua kaksya menggunakan khidmat KTMD. Apa yang best guna KTMD ialah parcel-parcel besar gajah pun hanya sukat berat je tau. Tak ada lah nak ukur diameter bagai. Lepas tu kan, bungkus je ikut suka kita nak pakai plastik hitam ke kotak gitu je pun boleh, asalkan parcel dalam keadaan yang baik dan diyakini tak terburai serta selamat. Yelah kita pun kalau nak pos barang tentulah seal rapi kan, kalau boleh macamana kita bagi dekat kaunter macam gitu jugaklah sampai kat tangan customer. Ye dok? Lagi satu service punya lah cepat, 2-4 hari dah sampai. Haa dah macam pos**** pulak kannnn.
 
Kaunter KTMD Krubong Jaya
So nak dijadikan cerita, ada beberapa barang yang customers kirim dari UK haritu macam babyseat, stroller, ironing board yang super gabak dan berat yang amat, pos biasa tak terima, nak guna poslaju mahal bebenau. Alhamdulillah mujur kawan kaksya suruh guna KTMD. So kaksya pun tanyalah pakcik google kat mana KTMD melaka. Dapatlah jawapan di Cheng. Terus tuju ke sana tapi hampa sebab cawangan di Cheng dah tutup. 
Kaunter KTMD Cheng - sudah tidak beroperasi
Cawangan KTMD Melaka yang sedang beroperasi dekat Taman Krubong Jaya sana tau uols. Alahhh dekat taman sebelah stadium Hang Jebat tu je. Dari tepi lebuh SPA pun boleh nampak. Senang je nak spot, dia shoplot hujung betul-betul sebelah lebuh SPA, ada banyak lori-lori KTMD berlabuh kat sana, cuma kat kedai belum naik signange je. Okay uols jom try perkhidmatan KTMD pulak.
Betul- betul kat tepi highway SPA
Alamat kedai : 
NO. 1-1, Jalan KJ 72, Taman Krubong Jaya

Tel : 06 - 3320255 / 06-3322047




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...