Mujur mereka menerima sahaja kek apa yang hendak saya buatkan. Jadi mudahlah kerja saya. Saya terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis mereka sebab mereka ni adik ipar & biras saya. (memang selalunya family lah org terawal cuba produk kita kan?)hihi
Pada sebelah siang saya menolong kerja-kerja setup majlis manakala di sebelah malam baru saya berpeluang bake & deko kek mereka. Kebetulan pula masa itu anak-anak kurang sihat. Jadi proses menyiapkan kek ni sedikit lambat dari yang dijangka. Dengan izin Allah dapat juga saya siapkan. Alhamdulillah.
![]() |
| Selepas disetup di meja makan beradap. |








