Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Tuesday 17 January 2017

Tinted Magic Melaka

Assalamualaikum.

Harini kaksya nak share tentang tinted magic. Sekarang ni cuaca dah start panas lit-lit (baca: Alhamdulillah), kepala pun asik migrain je, maklumlah keluar time matahari tegak atas kepala nak pick up anak-anak balik sekolah kan tambah pulak kereta tak bertinted hahaha hamek! Tak boleh tahan kot kadar silau tu. Boleh mendatangkan bahaya. 
https://www.facebook.com/tintedmagicmelaka
So kalau korang pun sedang mengalami masalah yang sama, baik korang cepat tinted cermin. hihi Pernah dengar tinted magic yang dok viral tu? Apa yang magic nya ialah filem yang digunakan boleh pasang - cabut - pasang semula. Korang boleh buat sendiri je. Tapi kaksya nengok brother tu buat boleh tahan susah gak. Tak kuasa kaksya kalau pasang sendiri. So untuk yang berdekatan Melaka boleh pergi kedai dia kat Air Molek, pilih kadar kegelapan filem dan diorang siap pasangkan sekali.

3lot kedai. Kedai kosong, kedai santan, kedai tinted magic.
Landmark: Mardi Ayer Molek

Dari AMJ, masuk simpang ke Duyung/ Ayer Molek. Jalan terus sampai jumpa Mardi sebelah kiri, kemudian jumpa traffic light, ambil simpang kanan. Kemudian selepas beberapa buah rumah lot sebelah kiri akan jumpa 3 kedai (rujuk gambar). Perhatikan juga lot banglo yang terbengkalai (sebelah kedai) kalau-kalau terlepas pandang lot kedai tadi.


Qaleesya's Desserts,
Telok Mas, Melaka


Friday 13 January 2017

Kek Pisang Mudah lagi Sedap.



Korang tahu tak nak buat kek pisang ni amat mudah. Dah lah mudah, rasa dia sedap ya ampun. Ulang-ulang makan satu beranak, siap bawak bekal ke sekolah lagi. Berbunga hati mak tengok anak-anak dan suami makan tahu. Dalam resepi gunakan pisang emas, namun kan kaksya guna pisang 40 hari tu. Alah pisang kecik-kecik, kebetulan ibuayah bekalkan dari kampung. Kita guna je apa yang ada, janji pisang masak ranum okay.


Resepi :

4 biji       telor
8 biji       pisang (7biji dilecek, 1 biji dihiris nipis)
1 cawan  gula castor
2 cawan  tepung gandum
3/4 cwn  butter cair/ corn oil
1 st        baking powder
1 st        soda bicarbonate
1 st        esen pisang/ vanila 
sedikit garam

Cara :

  1. Ayak tepung, baking powder.
  2. Lecek pisang sampai lumat. 1 biji dihiris nipis untuk hiasan atas kek.
  3. Campurkan garam & soda kedalam pisang yang dilecek tadi.
  4. Dalam bekas lain, pukul telor & gula sampai kembang.
  5. Masukkan esen pisang/ vanila & butter cair. Sebatikan guna senduk saja.
  6. Masukkan tepung. Sebatikan.
  7. Masukkan adunan pisang. Kaup balik.
  8. Tuang adunan dalam loyang petak bersaiz 9 inch, pastikan loyang sudah digris terlebih dahulu.
  9. Susun hirisan pisang pada permukaan adunan.
  10. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit/ sehingga masak.

Mudah kan? Selamat mencuba =)







Thursday 12 January 2017

Cupcake Hantaran Murah


Kebanyakkan cupcake yang ditempah mengikut design yang customer kaksya request. Kalau uols ada design lain pun kaksya alu-alukan ya. Kita bincang tepi, mohon wasap kaksya 017-3141377.

Minimum purchase 16pcs cupcakes. Bersamaan 1 set atau 1 box. Perisa boleh pilih antara choc moist, red velvet atau sponge. Untuk hantaran, kaksya galakkan guna buttercream. Untuk birthday boleh request guna fresh cream/ ganache/ creamcheese/ butterccream. InshaAllah.



Qaleesya's Desserts,
Telok Mas, Melaka.



Tuesday 10 January 2017

Kek Kahwin 3 tingkat Melaka


Assalamualaikum semua,

Kaksya nak ucapkan terima kasih pada pengantin Bariah & pasangan, juga kepada orang kuat majlis Kak Faizah sebab sudi menempah kek 3 tingkat untuk majlis kahwin. Mohon maaf atas kekurangan ya. Selamat Pengantin Baru, selamat melayari bahtera rumahtangga.=)

3tiers Stacked Wedding Cake - 9kg 

Top Tier : Red Velvet 
Second Tier : Red Velvet
Bottom Tier : Buttercheesecake
Fully covered with buttercream.
Cascading roses blue & white themed - as request by bride.
Free cake topper.
RM 350.

Cake decorator nak interframe jugak
Tempahan dan pertanyaan pakej kek kahwin boleh wasap kaksya : 017-3141377
Lokasi : Telok Mas, Melaka
Tempahan kek kahwin 2017 dibuka. InshaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...