Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Friday, 25 November 2016

Kek Kahwin Melaka.


Musim persekolahan hampir tiba ke penghujung, menandakan akan tiba musim orang kahwin dan bertunang. Best wooo memenuhi jemputan kahwin, acah-acah mengimbau diri sendiri di atas pelaminan. aceeewah gedik ko kan!

Makanya kaksya nak pesan pada bakal-bakal pengantin, jika berhajat untuk menempah kek dengan Qaleesya's Desserts, wajiblah menempah awal, seminggu atau dua minggu awal supaya kaksya tidak dengan berat hati terpaksa menolak order awak-awak disebabkan slot dah penuh. Nak selit pun kadang-kadang tak mampu walaupun dah guna tangan sotong enjin turbo. huhu


So simpan num kaksya ni dan whatsapp terus untuk bertanya atau menempah kek +6 017-3141377. Yes ada delivery sekitar Melaka untuk tempahan kek kahwin, namunnn bergantung pada availibility juga. =)

Terima kasih atas kerjasama bakal pengantin semua. Kaksya doakan majlis anda berjalan lancar, bahagia dan bersama membimbing keluarga menuju Syurga Allah.


Thursday, 24 November 2016

Monster Cupcakes

Teringat pada seorang anak kecik yang makan cupcake ni. Dia tengok karektor pada cupcake ditangan, kemudian bertanya pada ibunya 'Ibu, kenapa muka dia masam?' ahaha tergelak ibu si anak kecil tadi. Kaksya yang terdengar pun join gelak. Pandai betul dia baca air muka cookie monster tu. sooo somelll lah awak! Muahhh!
Cookie Monster

Bear 

Elmo


Qaleesya's Desserts,
Telok Emas, Melaka
WA +6 017-3141377



Wednesday, 23 November 2016

Cepatnya Service KTMD Melaka!


Ini adalah pengalaman pertama dan kedua kaksya menggunakan khidmat KTMD. Apa yang best guna KTMD ialah parcel-parcel besar gajah pun hanya sukat berat je tau. Tak ada lah nak ukur diameter bagai. Lepas tu kan, bungkus je ikut suka kita nak pakai plastik hitam ke kotak gitu je pun boleh, asalkan parcel dalam keadaan yang baik dan diyakini tak terburai serta selamat. Yelah kita pun kalau nak pos barang tentulah seal rapi kan, kalau boleh macamana kita bagi dekat kaunter macam gitu jugaklah sampai kat tangan customer. Ye dok? Lagi satu service punya lah cepat, 2-4 hari dah sampai. Haa dah macam pos**** pulak kannnn.
 
Kaunter KTMD Krubong Jaya
So nak dijadikan cerita, ada beberapa barang yang customers kirim dari UK haritu macam babyseat, stroller, ironing board yang super gabak dan berat yang amat, pos biasa tak terima, nak guna poslaju mahal bebenau. Alhamdulillah mujur kawan kaksya suruh guna KTMD. So kaksya pun tanyalah pakcik google kat mana KTMD melaka. Dapatlah jawapan di Cheng. Terus tuju ke sana tapi hampa sebab cawangan di Cheng dah tutup. 
Kaunter KTMD Cheng - sudah tidak beroperasi
Cawangan KTMD Melaka yang sedang beroperasi dekat Taman Krubong Jaya sana tau uols. Alahhh dekat taman sebelah stadium Hang Jebat tu je. Dari tepi lebuh SPA pun boleh nampak. Senang je nak spot, dia shoplot hujung betul-betul sebelah lebuh SPA, ada banyak lori-lori KTMD berlabuh kat sana, cuma kat kedai belum naik signange je. Okay uols jom try perkhidmatan KTMD pulak.
Betul- betul kat tepi highway SPA
Alamat kedai : 
NO. 1-1, Jalan KJ 72, Taman Krubong Jaya

Tel : 06 - 3320255 / 06-3322047




Tuesday, 15 November 2016

Oreo Cheese Cake


Mama Afrina teringin nak deko bunga-bunga cinta pada kek anaknya. Alhamdulillah kaksya dah realisasikan impian mama Afrina. Happy birthday Afrina yang lincah dan suweetttt sangad!


Pesanan nota sirih junjung: 
Pure cheesecake tidak menggunakan tepung serta bahan penaik. Kebanyakkan hanya menggunakan creamcheese, maka cheesecake tidak akan jadi tinggi macam kek-kek yang lain. Jadi jangan terkezut jika harganya agak keras tapi keknya hanya setinggi 2-3 inch sahaja ya. Sedikit ilmu untuk dikongsikan. Sekian harap maklum =)


Qaleesya's Desserts
Telok Emas, Melaka
Wasap only : 017-3141377

Monday, 14 November 2016

Watercolor cake


Sudah tersuka buat design ni, sudah terbanyak juga kek kaksya conteng dengan 'watercolor art' ni. hihi Bukan lah kata gua watercolor paint tu, idokkkk! Tetap menggunakan cream cake cuma penggunaan offset spatula tu digayakan ala-ala memegang painting brush. Ahaaa faham ke? takpalah layan je gambau ya.

Rainbow Cake

Choc Cheese Berhantu kata kau


Qaleesya's Desserts,
Telok Mas, Melaka.
Wasap only - 017-3141377


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...