Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Thursday, 30 June 2016

Pembekal Cookies Melaka


Menjejak kenangan 2 tahun lepas. 2014 merupakan tahun ke-3 kaksya supply cookies untuk raya. Tahun yang sama kaksya dan team dapat join kiosk dalam mydin mall ayer keroh, melaka. Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.


Tahun tu kaksya buat marketing saja, dibawah brand Qaleesya's Desserts. Segala order production team yang uruskan. Kau tahu kawan, semua perlu pantas. Produk perlu di-topup selalu, segera. Pagi-pagi dah tolong buka pintu mydin sebab nak restok cookies. Hamper sekali borong 30-40pack, sedangkan kau readymade 10je. Balik lah berkejar bungkus hamper plak. Rezeki dalam ribut orang kata. Alhamdulillah.
Mira tengah jaga  booth
Pengalaman-pengalaman macam ni kita tak boleh beli dari orang. Kena turun padang rasai sendiri. Macam nak terkeluar jantung kaksya but i love what i do. Like a lot! 


😘
Catatan pengalaman,
Baker sedang bercuti panjang,
Qaleesya Roslan.

Thursday, 23 June 2016

Tips Dapat Lailatul Qadar.

Imam Makkah memberi nasihat yang sungguh praktikal, beliau mengatakan untuk 10 hari terakhir Ramadhan kita cuba buat perkara-perkara ini. Semoga Allah rezeki kita semua bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini dan tahun-tahun kehadapan.

  1.  Sedekah RM 1 setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setipa hari selama 84 tahun.
  2.  Solat 2 rakkat setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna kita solat setiap hari selama 84 tahun.
  3.  Baca surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, seolah-olah kita telah membaca seluruh Al- Quran setiap hari selama 84 tahun.

Mudah-mudahan kita terus istiqomah beribadah dalam bulan Ramadhan dan sepanjang tahun. Amin.


Tuesday, 21 June 2016

Selamat Hari Bapa 2016

Kaksya ucapkan selamat hari bapa pada semua yang bergelar ayah ataupun yang bakal bergelar ayah. Besar pengorbanan ayah membesarkan kasya adik beradik. Sayang ayah dunia akhirat!
Kek ni ditempah oleh Munirah sempena birthday suaminya yang kebetulan jatuh pada hari bapa. Untunglah dapat celebrate sekaligus. Terima kasih atas feedback yang membuatkan hati kaksya kembang kuncup. Muahh ciked!

Monday, 20 June 2016

Tempat-tempat Menarik di London

Cerita ni sebenarnya berlaku 3minggu lepas, waktu ibu ayah kaksya datang UK, kebetulan pula cuti sekolah. Kaksya share disini untuk kenangan dan panduan bagi korang yang bercadang nak tuju London. 
sedang bersarapan di malaysian hall canteen
Kaksya sefamily stay London 3hari saja dari hari Selasa sampai Khamis, kami duduk di hotel budget Travelogde dekat kingston upon thames. Hotel agak jauh dari centre London jika menggunakan public transport, lebih kurang 40minit. Tapi masa ni disebabkan kami ambil ibuayah dari Malaysia turun kat Heathrow, so location ni tengah-tengah, tak sibuk sangat pekan dia. Kalau korang cari hotel budget, kaksya cadangkan Travelogde, merata tempat ada, harga mampu, tapi sila booking awal-awal ye. 
depan buckingham palace
Hari pertama keluar dari hotel kami terus tuju ke Malaysian Hall canteen untuk menyantap breakfast. Haa jauh tak kitorang cari breakfast? ahaha saja lah kan teringin nak rasa makan kat malaysian hall. Alhamdulillah sedap, banyak juga pilihan makanan, layanan mesra dan paling penting murah. Datang london ni semua main duit saja, mahal bak ang. Parking saja dah 2.7 pound sejam, kalau kita pusing jalan-jalan tinggal keta 6jam pun dah berapa charge parking. Korang kira lah sendiri. Jadi yang mana boleh jimat kita jimat sebab jap lagi nak naik underground tube, bus, nak naik cruise sepanjang Thames river, nak masuk madam tussauds lagi, haa pandai-pandailah budget ya.
menyelit-nyelit celah orang ramai,
dapat jugak tengok kereta kuda ni
Tower Bridge selalu orang confius dengan london
bridge, yang tersergam indah ni tower bridge.
London bridge jambatan biasa je
London kota yang sangat sibuk, waktu kami datang kebetulan cuti sekolah di UK, jadi laluan  dan lautan orang membanjiri kota metropolitan ni. Lepas breakfast, park kereta dan cari tube menuju ke Buckingham Palace. Kebiasaannya pada pukul 11.30pagi ada acara tukar guard, lama gak tau hampir sejam, so jangan lepaskan peluang tengok acara ni. 
my partner in crime dan seketul Husna
Next kami menuju ke Westminster, dari buckingham palace tadi sambung naik tube menuju Westminster. Haa kat sini banyak tempat boleh pergi, ada big ben, london eye, tower bridge, london bridge, westminster abbey. Lepas bergambar sakan kat sekitar big ben, kami terus tuju ke thames river untuk naik cruise. Tips nak dapat tiket cruise murah, sila booking awal tiket awal sebelum datang ke London, dapat diskaun kaw-kaw u! Syukur sangat kami tempah tiket cruise, sebab tak larat kot nak jalan-jalan pergi dari satu tempat ke tempat lain. Lagipun kesian kat parents kita penat jalan dengan jetlag lagi, tu belom masuk anak-anak kita merengek sebab 'mama, abang dah penat lah..mama, laparrr!'.. ini semua perlu ambil kira tau, kalau tak mood travel ke laut jadinya.
underground tube, dah nak
balik ke car park semula
Sebelum balik ke Nottingham, kami sempat singgah ke Harrods. tapi cuci-cuci mata saja, fenat yatmat dah takdak mood nak menyoping. Ohh sebelum kaksya lupa, kalau korang nak borong souvenir, boleh borong dekat-dekat area Queensway, banyak kedai souvenir. Ada satu kedai tu seller dia siap pandai cakap bahasa melayu lagi, sikit-sikitlah bab greeting tu pandai lah. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat kena pergi, cuma kami sempat pergi beberapa tempat saja. Alhamdulillah dapat juga menyantuni ibuayah yang teringin nak tengok kota London.

Qaleesya Roslan, 
London 31 May 2016.

Sunday, 19 June 2016

Baju Raya 2016

 Dah berapa pasang baju raya korang kumpul untuk tahun ni? Sempat lagi kalau nak tambah untuk raya ke-2 ke-3. Banyak pilihan cecantiks dan malatop tau kat intagram @jubahcantik4u. 

Jemput cuci mata, tengok-tengok dulu. Tak perlu susah-susah bersesak dalam shopping mall atau kat bazar Ramadhan, semua dalam hp korang je. Lagi-lagi kalau ada anak kecil tu, tak daya nak hangkut semua kan. Meh kaksya tolong bagitahu, sempena bulan Ramadhan ni @jubahcantik4u   berbesar hati nak cut off cas pengeposan. Kira free postage untuk Semenanjung Malaysia untuk semua jubah, bajukurung dalam koleksi mereka.

Namun kan, korang jangan lambat-lambat tau. Sebab poslaju dah keluarkan notis. Tarikh akhir poslaju terima parcel untuk diedarkan sebelum raya ialah pada 29 June 2016. Bagi pihak @jubahcantik4u pula, tarikh akhir terima order pada 27hb June. Bukan apa, takut nak ambil risiko kalau baju, jubah korang tak sempat sampai sebelum raya. Nanges tepi almari korang nanti. Okay selamat shopping mata kat ig @jubahcantik4u. Korang nak fast respond silalah wasap admin dia ya+017-3141377.

Saturday, 18 June 2016

Baju Raya 2016

 Dah berapa pasang baju raya korang kumpul untuk tahun ni? Sempat lagi kalau nak tambah untuk raya ke-2 ke-3. Banyak pilihan cecantiks dan malatop tau kat intagram @jubahcantik4u. 


Jemput cuci mata, tengok-tengok dulu. Tak perlu susah-susah bersesak dalam shopping mall atau kat bazar Ramadhan, semua dalam hp korang je. Lagi-lagi kalau ada anak kecil tu, tak daya nak hangkut semua kan. Meh kaksya tolong bagitahu, sempena bulan Ramadhan ni @jubahcantik4u   berbesar hati nak cut off cas pengeposan. Kira free postage untuk Semenanjung Malaysia untuk semua jubah, bajukurung dalam koleksi mereka.


Namun kan, korang jangan lambat-lambat tau. Sebab poslaju dah keluarkan notis. Tarikh akhir poslaju terima parcel untuk diedarkan sebelum raya ialah pada 29 June 2016. Bagi pihak @jubahcantik4u pula, tarikh akhir terima order pada 27hb June. Bukan apa, takut nak ambil risiko kalau baju, jubah korang tak sempat sampai sebelum raya. Nanges tepi almari korang nanti. Okay selamat shopping mata kat ig @jubahcantik4u. Korang nak fast respond silalah wasap admin dia ya+017-3141377.


Friday, 17 June 2016

Teknik Tambah Followers di Instagram

Sapa yang ada kedai maya di instagram tapi followers ciput, engagement sendu, tak pernah ada sales dari instagram? Meh meh rapat sket kaksya nak kongsikan cerita dan selok belok instagram yang kaksya dah belajar dari group telegram @ig_sokongan. Perkara utama yang korang perlu tahu ialah perihal mana nak cari Prospek. So kalau korang berminat nak tambah ilmu sila baca sampai habis tau entri ni.

Dimana Prospek ?

Sangat baik untuk anda tahu dimana prospek anda seterusnya menukar prospek kepada potential customer .

Ramai yang fikir dengan menapis ketika follow atau approve followers ,dah kira satu cara monitor siapa customer kita.

Kemudian mereka mula membuat iklan melalui post mereka yang MENYERAMKAN!!!

memang ramai sangat yang terlepas pandang bab mencari prospek ni.

Dengan mengunakan cara yang salah,anda bakal kehilangan bakal PROSPEK ANDA yang SANGAT PENTING. AKHIRNYA pesaing anda  begitu TERUJA menggunakan instagram sebagai tool marketing,anda makin "give up".

INGAT!!!

Prospek tidak semestinya followers anda dan mereka tak semestinya nampak iklan anda pun.

Saya berniat untuk menjual nota "DIMANA PROSPEK" pada harga RM150 sebagai ebook.

NAMUN

Saya fikir x ramai yang MAMPU,

jadi ,saya buat keputusan untuk diberi sebagai hadiah dengan PERCUMA.
maka lebih ramai yang dapat amalkan ilmu ni nanti.

In shaa Allah

Jom share dan ajak kenalan anda join telegram
@ig_sokongan
@ig_sokongan
@ig_sokongan

Atau
Share link👉 Group Channel instagram sokongan
Difacebook anda.

Jom kita cukupkan 10,000 members dalam channel ni.

#sebarkankebaikan


Credit to http://suamiohsuami.blogspot.com http://suamiohsuami.blogspot.co.uk/2016/06/dimana-prospek.html#ixzz4BlyKRZYp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...