Homemade :: Birthday cakes :: Wedding cakes :: Continental cakes :: Cupcakes :: Brownies :: Breads :: Telok Emas :: Melaka

Thursday, 30 June 2016

Pembekal Cookies Melaka


Menjejak kenangan 2 tahun lepas. 2014 merupakan tahun ke-3 kaksya supply cookies untuk raya. Tahun yang sama kaksya dan team dapat join kiosk dalam mydin mall ayer keroh, melaka. Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.


Tahun tu kaksya buat marketing saja, dibawah brand Qaleesya's Desserts. Segala order production team yang uruskan. Kau tahu kawan, semua perlu pantas. Produk perlu di-topup selalu, segera. Pagi-pagi dah tolong buka pintu mydin sebab nak restok cookies. Hamper sekali borong 30-40pack, sedangkan kau readymade 10je. Balik lah berkejar bungkus hamper plak. Rezeki dalam ribut orang kata. Alhamdulillah.
Mira tengah jaga  booth
Pengalaman-pengalaman macam ni kita tak boleh beli dari orang. Kena turun padang rasai sendiri. Macam nak terkeluar jantung kaksya but i love what i do. Like a lot! 


😘
Catatan pengalaman,
Baker sedang bercuti panjang,
Qaleesya Roslan.

Thursday, 23 June 2016

Tips Dapat Lailatul Qadar.

Imam Makkah memberi nasihat yang sungguh praktikal, beliau mengatakan untuk 10 hari terakhir Ramadhan kita cuba buat perkara-perkara ini. Semoga Allah rezeki kita semua bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini dan tahun-tahun kehadapan.

  1.  Sedekah RM 1 setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setipa hari selama 84 tahun.
  2.  Solat 2 rakkat setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, bermakna kita solat setiap hari selama 84 tahun.
  3.  Baca surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika ia jatuh pada malam lailatul qadar, seolah-olah kita telah membaca seluruh Al- Quran setiap hari selama 84 tahun.

Mudah-mudahan kita terus istiqomah beribadah dalam bulan Ramadhan dan sepanjang tahun. Amin.


Tuesday, 21 June 2016

Selamat Hari Bapa 2016

Kaksya ucapkan selamat hari bapa pada semua yang bergelar ayah ataupun yang bakal bergelar ayah. Besar pengorbanan ayah membesarkan kasya adik beradik. Sayang ayah dunia akhirat!
Kek ni ditempah oleh Munirah sempena birthday suaminya yang kebetulan jatuh pada hari bapa. Untunglah dapat celebrate sekaligus. Terima kasih atas feedback yang membuatkan hati kaksya kembang kuncup. Muahh ciked!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...