>> Guli berhalangan.
Wow!! Sangat teruja dengan aktiviti ini. Anak-anak pun excited sungguh. Aktiviti ini untuk latih motor skill mereka. Saya praktikkan kat semua anak-anak, yang paling best sebab dapat renggangkan mereka dengan gadjet. Alhamdulillah..
Mudah & cepat penyediaannya. Bahan yang diperlukan ialah kotak, straw (lebih elok gunakan straw yang bersaiz besar), guli, gam, gunting.
 |
Bahan-bahan yang diperlukan. |
Potongkan straw berwarna-warni kepada beberapa bahagian. Aturkan didalam kotak seperti halangan kepada guli untuk bergerak bebas & gamkan straw.
 |
Hasil Maze kami. |
 |
Budak ni yang paling excited. |
Penambahbaikan:-
- Gunakan straw besar supaya guli tidak mudah terkeluar dari landasan.
- Buat halangan yang lebih sukar.
- Sila buat 2-3set maze mengikut bilangan anak-anak supaya tidak berebut.hahaha
No comments:
Post a Comment